Sunday 2 December 2012

Semak Muhasabah Diri


Alhamdulillah, selawat dan salam semoga senantiasa tercurah bagi nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam juga bagi keluarganya, sahabat-sahabatnya dan yang mengikuti mereka hingga akhir dunia.

Atas kasih sayang Allah ta’ala kita telah berada di bulan Muharam 1434 H, untuk menumbuhkan kecintaan kita terhadap Syiar Islam..apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah usaha. Usaha dalam memantapkan diri saya sendiri dan juga orang lain. 

Teringat dan terkesan dengan kata-kata Dr. Asma' iaitu pensyarah yang mengajar saya saat ini dalam pengajian bahasa Arab (kursus saya), beliau menasihatkan; sesiapa yang dirinya ingin mendekatkan diri kepada Allah, perlulah berusaha kuat dan istiqomah melakukannya. Kerana sikap manusia sering berubah-ubah, takut diri tergolong dalam kalangan yang tidak tetap pendirian..nauzubillah.




“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (At Taubah;20)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Senarai Semak Muhasabah 1 : Amalan Harian

-       Solat Maghrib berjemaah
-       Solat sunat  selepas Maghrib
-       Solat sunat sebelum Isyak
-       Solat Isyak berjemaah
-       Solat sunat selepas Isyak
-       Ulangkaji pelajaran
-       Tilawah al-Quran
-       Solat sunat Tahajjud
-       Qiamullai
-       Solat sunat Hajat
-       Solat sunat sebelum Subuh
-       Solat Subuh berjemaah
-       Riadah
-       Ma’thurat
-       Puasa sunat Isnin & Khamis
-       Solat sunat Dhuha
-       Solat sunat sebelum Zohor
-       Solat Zohor berjemaah
-       Usrah/tazkirah/ceramah/motivasi
-       Membaca buku agama
-       Solat Asar berjemaah
-       Riadah
-       Muhasabah diri

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

“Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala.” (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Senarai Semak Muhasabah 2 : Amalan Mingguan

-       Silaturahim ibubapa
-       Membantu rakan
-       Membersih bilik asrama/rumah
-       Mengemas alatan diri
-       Hafal ayat al-Quran/hadis
-       Menghadiri usrah/majlis ilmu
-       Muhasabah diri

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

Senarai Semak Muhasabah 3 : Amalan bulanan

-       Bacaan al-Quran
-       Solat sunat Tahajjud
-       Zikrullah
-       Istighfar
-       Qiamullai
-       Sedekah
-       Muhasabah diri


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Ar Ra'd;11)

“..sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
(Al Anfaal; 53)

p/s:Kadang...ada saat , di mana aku perlu menghadapi dengan sendiri. Hati sering menangis..perlu berusaha kuat untuk mendapatkn semangat dalam meneruskan kehidupan..sekiranya dengan sindiran-Nya kita tidak merasa malu, maka pada sindiran siapa lagi kita patut malu?? Bagaimanakah kita akan menyedari kekurangan dan segera memperbaiki diri?? Demikianlah keadaan kita yang sering mengeluh akan sesuatu, padahal keluhan itu tidak akan menjadi lebih baik..Wallahu a'lam.

No comments: