Tuesday 29 November 2011

Antara Persahabatan dan Keegoan


Assalamualaikum..salam ma'al Hijrah 1433.
Alhamdulillah..sekalian umat masih lagi segar bernafas..nikmat Allah sentiasa melimpah ruah pada hambanya yang taat lagi beriman..mudahan-mudahan tergolong dalam golongan itu. 

"Dalam beberapa hari ni, hilang semangat nak study..asyik terfikir masalah je. 
Masalah itu..masalah ini..sesuka hati je fikir..serabut kepala"

"Aiwah..dahsyat sungguh pemikiran manusia ye!
Sebenarnya, bukan sengaja nak salahkan orang lain bila masalah menimpa..
tapi ada juga yang terasa.
.kena tempias kot.."

"Macam mana nak terangkan.."

"Blog nie..tempat meluahkan perasaan ke?...mungkin jugak!
,nak bagi orang tahu masalah diri?...tak jugak!
Nak kongsi pengalaman & ilmu...oh ye ar!

Oklah, berhenti bermonolog!
Nanti ada yang salah faham..

Maaf, mungkin sahabat yang sudi membaca blog nie nak tau apa yang hendak saya sampaikan..tajuk yang saya nyatakan adalah "Antara Persahabatan dan Keegoan". Monolog di atas tu..kadang2 berlaku dalam diri. pernah terfikir jugak..masalah kan.

Cerita mengenai tajuk ni..setiap manusia tak luput dari salah. Kadang2 sikap ego yang ada dalam diri tu tak disedari. Kalau ada yang sedar, cepat2lah tegur diri dan juga orang lain. Dalam persahabatan, mungkin ramai yang dah mengalami perasaan seperti ini. Dikecewakan oleh seseorang yang kita sayang..kerana sikap ego. Bila masing2 tak nak mengalah..last2 persahabatan terputus begitu je..TAK MAHU macam tu.

Kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia..
Kadangkala kita perlu bergembira untuk setitis airmata..
Persahabatan itu indah..
Cintai persahabatan kerana Tuhan Yang Esa.

Sahabat  bercerita,
Sahabat meluahkan rasa,
Bila ditanya.."boleh kongsi?"
Dia menjawab.."boleh,tapi sikit jelah"
Bila bertanya.."Kenapa?"
Dia jawab,
"Hanya Allah yang tahu apa yang ada di hatiku"

"Baiklah, sikit ni je.."
Salahkah aku, bila mana aku mempunyai perasaan kasih dan sayang pada seseorang?
Aku fikir dia layak..
Perlukah aku kongsi cerita ini sahabatku?
Sedangkan kepercayaan aku pada orang lain telah luput..
Tak cukup baikkah aku..
Aku dah jadi sahabat yang jahat..
Setiap perkara nak kena ego..bosan tau!

Aku tidak mahu lagi berfikir tentang perkara ini..tidak terlalu teruja dengan sesuatu yang tidak kekal. Malas memberi “perasaan marah, sedih, kecewa, irihati, serabut kepadanya”. Kerana  aku  tidak mahu menerima ‘perasaan’ itu balik. Maka, luahan hatiku adalah kelegaanku. Dilukai kerana memberi sesuatu yang tidak selayaknya diberi..dan bila dah terlanjur memberi, .siapa yang bersalah?Diri sendiri..Mengenai penerimaan balik, kalau kita dah ada penyakit hati..baik atau buruk, tetap buruk di hati. Bahaya bukan penyakit hati?

Sahabatnya berkata:
“Salam, terjawab sedikit persoalanku mengenai kebisuanmu..seolah-olah diri ini yang sedang berada di tempatmu. Kalau orang lain membaca kalammu ini, apa ye tafsiran mereka? Walaupun aku tidak tahu jelas masalahmu..aku doakan yang terbaik untukmu. 


“Jangan Bersedih Lagi”.  Di sini, ku ingin kongsikan kata2 dari Khalifah Ali bin Abi Thalib iaitu: “Bagi setiap nikmat itu ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya, yang mana kunci pembukanya adalah SABAR dan kunci penyelaknya adalah MALAS”. 

Untuk mendapatkan nikmat yang baik dan yang terbaik adalah kena bersabar! Firman Allah Ta’ala: Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar..;Al-Baqarah,45. Dan sifat malas itu, minta dijauhkan.

 Mengenai penyakit hati itu, perbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami jelas maksudnya, berzikir juga dapat menenangkan hati serta berdoalah agar tersingkir perasaan yang boleh merosakkan hati kita. Jagalah hati, jangan kau kotori..teringat pula lirik lagu kumpulan Snada dari Indonesia..n_n..Baiklah, ucaplah selamat tinggal kepada sikap “putus asa”. Bila melakukan kebaikan, ingatlah Allah sentiasa bersamamu. ‘InsyaAllah dan I believe’..lagu dari Maher Zain, renung2kan juga. Wasalam.”

Sama ada faham atau tidak..
cukuplah tahu ini masalah persahabatan..
dan keegoan..
Jauh2kan...






No comments: