Sunday 29 April 2012

Jikaku bukan terbaik untukmu!!!




Entah esok ada atau tiada..

Setiap saat kehidupan ini berubah rupa..kadangkala ia adalah tempat berteduh, kadangkala kehidupan ini adalah matahari terik, hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat sementara masih ada masa..entah esok ada atau tiada.

Susah menjumpai seseorang yang akan mencintaimu dengan sepenuh hati. Jika ada seseorang sebegitu, dialah yang terbaik untukmu, peganglah tangannya, Si baik hati itu..entah esok ada atau tiada.

Jika seseorang itu memanggilmu dengan isyarat mata, cubalah kawal hatimu, tetapi ia akan terus berdebar, tetapi fikirkanlah apa yang ada di saat ini..entah esok ada atau tiada.


Jikaku bukan terbaik untukmu!!!

Jikaku tak dapat berada di sisimu lagi..mungkin aku patut berhenti mencintaimu.

Jikaku bukan yang terbaik buatmu..mungkin sudah takdirnya kau tak dapat ku miliki.

Jikaku tak dapat jumpamu lagi..mungkin aku akan lupakanmu, lupakan semua mengenaimu.

Setiap kali aku mahu senyum, kamu pula buat aku menangis.

Setiap kali aku rindukanmu, kamu pula mengecewakanku.

Setiap kali ku ingin berada di sisimu, kamu pula mempersendakanku.

Kamu buat aku tak dapat buat apa-apa yang kuinginkan tentangmu.


Berusaha untuk lupakanmu tapi tak jadi, kerana mencintaimu aku terluka..


Kehidupan yang telah aku lalui kerana “CINTA” aku terluka..

Kehidupan demi kehidupan penuh cabaran, dari cabaran itu yang telah mengajar aku berani. Sungguh, sudah aku rasakan berseri dengan cinta yang kau sebutkan padaku. Hari ini dan seterusnya, makin kita mengejar dewasa..semakin meningkat umur. Pengalaman demi pengalaman yang aku dapat dari keperitan kehidupan bercinta. Dia mengajar aku erti kesabaran hidup. Sukar untuk menemui yang betul ikhlas menyayangi aku. Semakin lama semakin teguh pendirian ini. Setiap kehidupan yang berjalan dengan satu perjalanan yang jauh. Kini, apa yang tinggal hanyalah kenangan. Aku keseorangan dengan tanpa teman “CINTA”. Aku tiada teman untuk kongsikan cerita dan apa-apa tentang aku selain ibubapa dan kawan-kawan.

Keberanian, kesabaran, kehangatan dan pengajaran yang aku dapat dari pengalamanku cukup untuk aku merawat hati yang terluka dan entah bila akan hilang. Kalau boleh aku ingin undur putaran bumi agar dapat ku ubah semula kata-kata dan tingkah lakuku sejak dulu. Sudah lumrah bagi insan yang bernafas, kadangkala ia menyakitkan, kadangkala ia menyeronokkan. Hidup ini selalu berubah rupa. Selagi masih hidup, aku akan hidup dengan sepenuhnya. Sementara ia masih ada, entah esok ada atau tiada, memang ia tak boleh dinafikan tanpa cinta ‘seseorang’ aku kesepian. Telah pun ku cari untuk mengubat hati rindu setelah sekian lama kesepian masih tak ku jumpa.

Apa yang aku dapat dari perjalanan ini dari seorang demi seorang yang ku temui telah menambahkan lagi kesakitan padaku. Aku sedar aku memang insan yang sangat lemah pada rayuan manja dia. Suka dan duka bersilih ganti ku lalui, walaupun ku tahu ianya pedih. Akanku tabah untuk menanti kekasih yang sehati denganku. Keasyikan pasti dialami. Impian, angan-angan, lamunan..mungkin dalam mimpi atau kenyataan. Memang benar wanita takkan lari dari genggaman lelaki dan begitulah sebaliknya.

Inilah cinta dusta yang telah aku lalui…

Inilah cinta terlarang yang telah aku lalui…

Inilah cinta remaja yang telah aku temui…

Mujur Tuhan membuka jalan padaku…

Jalan cinta hakiki lagi suci…cinta ILLahi.


Aku kini lebih gembira. Semoga perjalanan yang bakal ku tempuhi diredhai Allah. Semoga pengalaman pahit ini tak berulang lagi. Jika tertimpa ujian, biarlah ia menambahkan keimananku pada yang SATU. Ku dambakan cinta yang Maha Satu. Semoga Allah meredhaiku, semoga Allah mengampuniku..ameen.

~PEMUDA TEGAR~


3 comments:

Nadzirah Hafizah said...

Jika engkau mencintai bunga,
sedarlah engkau bunga itu akan layu...
Jika engkau cintakan manusia,
sedarlah suatu hari dia akan pergi,
Jika engkau mencintai harta,
harta itu nanti kau akan tinggalkan...
Jika engkau cintakan Ilahi,
hanya DIA lah yang akan kekal abadi...
Cintailah Ilahi...

Hafizah Hamalul Quran said...

cukuplah hanya Allah dihatiku juga dihatimu...
nescaya akan ada insan y mencintai kita kerana Ilahi...moga si Dia yang diciptakan untuk aku jua untukmu akan membawa kita ke Syurga yang abadi...sandarkan hatimu sepenuhnya hanya pada Ilahi, Pencipta Cinta insani...

Adamiah Daud said...

terima kasih krn prihatin shabtku..benar kata2mu itu..