Tuesday, 19 August 2014

PRAY HARD FOR GAZA



Ayuh support GAZA dengan mendoakan keselamatan dan keamanan pada saudara seISLAM kita di sana. Doa Qunut Nazilah jangan lupa! Doakan keamanan MALAYSIA juga..^_^..proud to be MUSLIM..Alhamdulillah..



Bagaimana kita menyokong GAZA???
Yang pasti bukan sekadar menyebarkan gambar sahaja tetapi lebih kepada penghayatan kita terhadap apa yang berlaku...



Semoga Islam terus membangun..."Membangun Bersama Islam"
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan pemeliharaan Allah Taala..
"Fi Amanillah..^_^"


Thursday, 12 June 2014

Hanya Ini Yang Mampu


Takyah la pegi lau takde bajet sgt..
Nak belanje hari2 pun tak cukup..
Dah tau takde duit, jangan nak join ape2..
Kalau pandai usaha sdiri takpe gak, goyang kaki je tak berhasil..
Nak suh paham mcmne lagi neh???..

Qalbiah mengadap diari lagi. Dia baru mencoret sesuatu yang ligat bermain di kepalanya. Dia menarik nafas panjang. Puas bermonolog dalam diari. Dia teringat dengan panggilan ibunya.

“Ibu boleh bagi sikit je..sebab bulan ni dapat tu je”                              

“Ok bu..takpe la..tak comfirm lagi pegi ke tak..”

“Kenape pulak? Hari tu cakap dah comfirm..”

“Ada perubahan sikit…”

“Nanti ada apa2 bagitau la ibu..jangan simpan sorang2 pulak. Jangan lupa makan ye..nanti gastrik lagi. Nak berjimat pun, biarlah kesihatan terjaga!”

“Insya’Allah bu..sayang ibu, ok..”

Qalbiah mencapai surat yang diberi rakannya tadi. Surat berkenaan dengan lawatan antarabangsa anjuran fakulti. Dia begitu teruja ingin melancong ke luar negara bersama teman-temannya. 

Bukan senang peluang begini hadir bagi insan sepertinya. Tak ada sponsor, tak ada sumbangan..itulah masalah yang dihadapinya. Jujurnya..duit tidak mencukupi! Namun, dia berusaha juga untuk mencapai dengan setakat yang mampu dia lakukan. Mungkin dia rasa mampu!

“Kalau kau betul nak pergi, aku boleh bantu. Duit simpanan aku ada.”

“Eh, bukan kamu nak guna untuk ambil lesen kereta ke?”

“Takpela..aku boleh cari lagi.”

“Serba salah pulak rasanya…nantilah aku fikir balik”

Qalbiah menerima mesej dari adiknya tadi. Dia makin risau. Makin ramai orang yang dia susahkan termasuk kakak dan abangnya.

“Nanti kak long bagi hujung minggu ni. Tak banyak la sebab akhir2 ni perlu belanja banyak untuk anak-anak kak long sebab gaji kak long tak masuk lagi. Yang ada sekarang duit suami kak long. Kamu jangan risau sangat ye..fokus pada belajar dulu..insya’Allah ada jalan nanti..”

Perlahan-lahan airmata Qalbiah keluar. Terharu dengan sikap ahli keluarganya. Walaupun masing-masing ada keperluan sendiri, masih lagi ingin membantunya. Hari itu jugak abangnya sms.

“Nanti aku mintak dengan bos aku…pinjam untuk pendahuluan dulu boleh kot. Kalau dapat aku bagitau kau. Ok.”

“Ok bang..”

Ya Allah…permudahkan urusanku. Tak sangggup lagi nak menyusahkan mereka.

* * * * * * * *


Maka akhirnya, apa yang dirancang tak semuanya berjaya. Oleh kerana masa untuk mengumpul duit adalah terhad, Qolbiah terpaksa membatalkan rancangannya untuk sama2 mengikuti teman2nya ke lawatan antarabangsa. Qolbiah terpaksa akur dengan ketentuan-Nya, ada hikmahnya.

“Saya tau awak excited sangat nak pergi. Saya nampak kesungguhan awak, menitis airmata saya sebab terharu dengan usaha yang awak tunjukkan. Awak tak suka susahkan orang kan? Sedih dapat tau awak tak dapat pergi. Saya tau semua tu..saya bertambah sedih bila tak dapat tolong awak..maafkan saya ye..saya doakan awak selalu..”

“Ya Allah, sahabatku..takde ape lah..saya yakin dengan janji Allah pada hamba2-Nya yang berusaha dan tidak berhenti berusaha..terima kasih sebab menyokong saya..dan juga mendoakan saya..sama2lah kita mendoakan..”

Qolbiah teringat perbualan bersama rakannya.

Qolbiah membuka semula diarinya.

Ya Allah, aku perlu berkorban juga. Mungkin kali ini bukan rezeki aku. Moga ada lagi peluang yang juga menjadi cita-citaku itu. Aku perlu berusaha sendiri dan keep berusaha. Tak perlulah nak susahkan ramai orang. Hanya ini yang mampu. Buatlah setakat yang termampu. Bukan terhenti di sini sahaja…^_^.


Friday, 23 May 2014

HATI TERUSIK SEKETIKA


Cuti study week bermula lagi…
Dah beli tiket nak balik kampung?” mesej Norjihan masuk. Waktu itu aku sedang membaca novel Cinta High Class karya Fatimah Syarha.
“Urmm..belum lagi. Tak tau lagi nak balik dengan apa…kereta api atau bas.” balas aku setelah menutup novel.
“Ohh..jom balik sekali. Biar saya je yang beli. Kebetulan nak ke Seremban, kita naik kereta api jelaa..jimat sikit.” balas Norjihan lagi dengan simbol senyum.
“Alhamdulillah..baiklah, saya ikut awak je. Syukran Jihan.” Aku membalas mesej Norjihan.
Afwan ukhti mahbubah” dia pantas membalas.
Dia merupakan sahabat baik aku sejak sekolah menengah. Kami bertuah kerana berada di tempat pengajian yang sama walaupun berbeza bidang pengajian. Ukhuwah kami belum diuji dengan jarak…^_^
Sewaktu di KTM Seremban…hari kami bertolak pulang..
“Tak sabar nak jumpa mak dan ayah. Baru tadi sempat call diorang.” aku mula meluahkan rasa yang terpendam di hati saat itu. Terlalu rindu keluarga di kampung.
“Samalah saya..rindu sangat2..awal2 lagi dah bagitau diorang nak balik hari nie” ujar Norjihan yang tadi senyap, dia meluahkan rasa seperti aku.
Tiba-tiba Norjihan berbisik padaku. Dia memberitahu ada seorang lelaki memandang ke arah kami sejak dari tadi. Aku tidak pula memandang lelaki tersebut, takut dia syak kami berbicara mengenainya. Hanya Norjihan yang sesekali memandang lelaki tersebut kerana bimbang ada perkara buruk berlaku. Bagaimanapun, aku menasihatkan Norjihan supaya mengabaikan lelaki tersebut. Mustahil lelaki itu akan melakukan sesuatu di tempat orang ramai iaitu di ruang menunggu kereta api sebelum ia tiba.
Dua minit berlalu, kereta api tiba ke Seremban. Waktu itu jam 21:56 malam. Kami segera mengambil beg dan mencari tempat duduk masing2. Aku dan Norjihan duduk bersama. Cerita mengenai lelaki tadi hilang begitu saja. Kami kepenatan lalu menyandarkan kepala di kerusi. Hampir setengah jam kereta api telah bertolak. Walaupun kepenatan kami tidak tidur kerana lampu yang cerah dan orang yang lalu-lalang di tengah2 laluan sedikit mengganggu. Jadi kami hanya menjadi pemerhati ketika itu.
Sedang kami memerhati orang, tiba2 terasa kami pula diperhati oleh seseorang yang berdiri di pintu (tempat orang masuk & keluar). Tambahan, dari tadi orang itu asyik ulang-alik di laluan sama dalam kawasan gerabak yang kami duduk dan berhenti pada pintu tersebut. Orang itu sedang bercakap dengan seseorang sambil memerhati ke arah kami. Ketika itu aku berasa tidak sedap hati. Ingin saja aku abaikan perasaan itu namun makin lama makin bimbang di hati. Aku terus memberitahu hal itu pada Norjihan. Selepas itu Norjihan diam2 mencuri tengok orang itu untuk mengetahui kebenaran apa yang aku beritahu. Ternyata Norjihan juga percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada orang itu. Orang itu adalah lelaki yang memerhati kami sebelum menaiki kereta api. Lelaki yang sama. Dia memikul beg galas yang besar, memakai cermin mata hitam, berbaju t-shirt biasa serta berseluar slack kelabu.
Gayanya seperti seorang askar. Itu gambaran yang Norjihan bagitahu aku apabila melihat lelaki itu. Aku pula hanya mengerling samar. Takut lelaki itu perasan. Tambahan pula, kelibat penumpang lain yang turut lalu-lalang menghalang pandangan. Sekali lagi aku menyuruh Norjihan abaikan saja lelaki itu dan kami berbual seperti biasa. Sedang rancak kami berbual, seorang makcik datang ke tempat kami.
“Anak, makcik ada sesuatu nak bagitau..” makcik itu bersuara sambil memberi senyuman yang sukar aku tafsir. Ada maksud di sebalik senyumannya.
Ye makcik..” aku pula bersuara sambil membalas senyuman. Norjihan hanya diam,. Hanya membiarkan aku berbicara. Fikiranku pula kosong, seolah-olah blur dengan kehadiran makcik tanpa diundang itu.
“Makcik nak tolong sampaikan pesanan seseorang..itu dia…” ujar makcik sambil menuding jari ke arah seseorang. Aku dan Norjihan memandang orang itu. Ya Allah, dia lagi. Bisik hatiku. Aku dan Norjihan saling berpandangan.
“Dia nak berkenalan dengan kamu..tapi dia malu nak bercakap. Jadi dia minta tolong makcik sampaikan.” makcik itu menambah lagi sambil menunjukkan jarinya ke arahku. Aku sedikit bingung. Norjihan hanya tersenyum apabila makcik menghalakan tangannya ke arahku. Aku mula fikirkan sesuatu. Lidah ku kelu untuk berkata, Norjihan pula sama seperti aku. Makcik itu pula masih di situ, menunggu jawapan. Manakala penumpang-penumpang lain kebanyakannya sudah tidur.
“Maaf makcik kalau saya berbahasa kasar…saya tak berapa jelas..” ringkas aku membalas bicara makcik itu.
“Tak mengapa..nanti makcik bagitahu dia ye..” tenang makcik itu berbicara sambil beredar. Adui..aku tak tahu nak cakap apa. Aku agak terkejut dengan apa yang berlaku. Aku memandang Norjihan, menunggu dia berkata sesuatu terhadap hal yang baru terjadi itu.
“Dia nak berkenalan dengan awak la tu..patutlah dia memerhati dari tadi. Dia dah berkenan dengan awak rupanya..hehe..” kata-kata Norjihan menambah lagi keresahan di hatiku. Aku menidakkan kata-kata itu dengan mengeleng kepala. Sementara itu, makcik itu datang kembali.
“Anak, makcik dah bagitahu dia. Dia cakap dia ikhlas nak mengenali kamu. Dia takut kamu menolak jika dia sendiri yang datang bagitahu. Dia inginkan jawapan dari kamu. Bagaimana kali nie?” kali ini makcik itu bernada serius. Tapi senyumannya masih lagi terserlah di wajahnya.
Belum lagi aku menjawab, tiba2 saja lelaki itu meluru ke arah kami. Makcik tadi terus beredar. Aku dan Norjihan terkejut. Lelaki tadi menundukkan kepala tanda hormat. Aku makin resah hingga diam melihat gaya lelaki itu. Norjihan lagi laa..mukanya kelihatan garang. Entah apa yang bermain di fikiran Norjihan.
“Assalamualaikum..maaf sebab mengganggu. Biar saya berterus-terang untuk semua hal yang terjadi seketika tadi. Apa yang makcik beritahu tadi memang benar. Saya betul2 nak berkenalan dengan saudari yang ini..” pantas lelaki itu berbicara. Sambil itu dia menunjuk jarinya ke arah aku.
“Nama saya Zamri bin Husaini, dari Pasir Mas. Saya bekerja sebagai askar. Saya minta maaf sekiranya cara saya ini tidak menyenangkan saudari. Saya ikhlas nak mengenali saudari, harap saudari sudi…” sambung lelaki itu tanpa berhenti.
“Maaf ye..dalam ramai2 perempuan, kenapa pilih  saya je, kawan di sebelah saya?” aku sengaja menduganya dengan menanyakan soalan itu. Aku pasti lelaki itu ada maksud lain.
Dua2 pun boleh tapi saya takut tengok muka kawan saudari nie, garang kot. Saudari nie manis je. Lagipun, sejuk saya tengok saudari berpakaian, bertudung labuh…menutup aurat camni. Mak saya sendiri pesan pada saya supaya cari isteri macam saudari.” jelas lelaki itu sambil senyum. Ya Allah, aku jadi malu bila lelaki itu berkata seperti itu. Rasa berdosa pun ada. Waktu itu hanya Allah je yang tahu apa yang ada di hatiku.
“Kalau sudi..boleh tak bagi nombor telefon saudari pada saya. Saya serius untuk mengenali saudari..” belum sempat aku berbicara, lelaki itu menyambung bicaranya.
“Maaf encik, saya tak pakai telefon bimbit. Jadi saya takde nombor telefon. Tapi ayah saya punya ada lah” aku berterus-terang sambil menunjukkan telefon. Ya, memang aku berkata benar. Aku tidak memiliki telefon bimbit sendiri. Aku hanya meminjam dari ayah untuk sementara. Masih belum berkemampuan membelinya sendiri. Yang ada sekerang pun akan dipulangkan tak lama lagi pada ayah.
“Kalau macam tu, bagi alamat rumah saudari boleh. Tolonglah..” lelaki itu mengeluarkan kertas dan pen dari begnya. Lelaki itu nampak bersungguh-sungguh menyebabkan aku berasa serba salah. Aku memandang ke arah Norjihan dengan harapan dia boleh berkata sesuatu. Aku tidak bijak untuk menghadapi situasi seperti ini. Hendak menolak dan hentikan semua ini, tetapi tidak tahu bagaimana. Norjihan tetap senyap. Mungkin terkilan dengan kata-kata lelaki itu tentangnya sebentar tadi. Sedang aku berfikir, lelaki itu menyambung lagi bicaranya, membuatkan aku makin tidak senang dengan tingkah-lakunya itu. Sesekali aku memandang sekeliling. Mujur semua penumpang tidur nyenyak. Mujur bicara lelaki itu tidak menyedarkan penumpang lain. Namun di hatiku tetap resah dengan situasi ini.
Lelaki itu masih lagi bercakap. Bercerita tentang latarbelakangnya. Aku terpaksa ‘melayan’ semuanya. Lelaki itu tidak merasa lenguh dan letih berdiri. Dia tidak malu untuk terus bercakap walaupun reaksi aku seperti tidak senang dengan situasi itu. Entah dia sedar atau tidak, aku tak tahu. Permintaannya tadi belum lagi tertunai. Aku masih belum memberi kata putus sebaliknya cuba menolaknya dengan ayat berkias.  Lelaki itu itu tidak faham malah tidak mahu mengundurkan diri, masih menanti jawapan daripada aku. Aduh…degilnya dia. Oleh kerana tidak mahu perkara ini berterusan, ditambah dengan kedegilan lelaki itu aku memutuskan untuk memberi alamat rumah aku kepadanya dengan syarat dia beredar dari tempat aku. Aku harap dia faham niat aku. Aku harap cara aku ini berhasil. Agak susah bagi memahamkan lelaki yang degil seperti dia.
Alhamdulillah…setelah aku memberi seperti yang diminta, dia terus beredar dan tidak kembali lagi. Aku berasa lega. Selepas itu, aku dan Norjihan berbual seketika, tidak menyangka hal itu akan terjadi. Kejadian ini adalah pengalaman yang baru buat insan seperti aku. Tidak pernah aku ditegur oleh seorang yang bernama lelaki seperti itu. Hatiku benar2 terusik. Perkara itu benar-benar mengajar aku. Aku tidak mahu mengulas panjang lagi mengenai kejadian yang berlaku ini. Selepas itu apa yang terjadi…
Lelaki itu telah mengirim surat dan kad raya kepada aku. Siap bagi fotonya sekali. Aduhai, aku ingat ia berhenti setakat pertemuan di dalam kereta api itu sahaja. Hatiku terusik lagi..hal itu aku ceritakan pada keluarga aku terutama mak dah ayah aku. Aku juga ceritakan satu persatu hal yang terjadi, dari mula hingga akhirnya. Mereka hanya tersenyum. Mereka juga menasihatkan aku agar berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Mengenai lelaki itu, aku tidak membalas suratnya. Melalui isi suratnya, dia mengatakan bahawa dia ingin menjadikan aku sebagai suri hidupnya. Namun pada masa itu, aku belum lagi bersedia untuk ke arah itu. Masih banyak lagi yang perlu difikirkan. Hati aku belum lagi terbuka untuk menerimanya. Aku membiarkan perkara itu begitu saja. Aku tidak berbuat apa2. Mungkin disebabkan aku tidak melayannya, dia membisu. Ini kerana aku tidak lagi menerima apa2 daripada lelaki tersebut. Hal aku dan dia terhenti di situ…^_^


 Wallahu a’lam.

Friday, 7 March 2014

Allah sebaik-baik Perancang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik..masa berlalu dengan pantas.. hari nie dah masuk minggu ke-5 saya menjalani praktikal di Jabatan Kementerian Pendidikan Malaysia, Cyberjaya. Apabila berjumpa teman-teman lain, mereka akan bertanya khabar, bertanya tentang kerja apa yang saya lakukan di sana, ‘bera’t ke? susah atau mudah? sibuk atau rileks?

Setiap orang akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup mereka, tidak kira mereka berada di tahap apa sekalipun..bermula dari tadika, sek. rendah & menengah, IPTA/IPTS, praktikal dan seterusnya…begitu juga saya, pengalaman di KPM adalah sesuatu yang baru bagi saya. Pelbagai perkara yang saya pelajari..nampak kerja biasa-biasa je tapi hasil yang diperolehi adalah luarbiasa.

Salah satunya adalah menghadiri mesyuarat yang disertai org2 yg berpengalaman dalam bidang pendidikan, org2 yg banyak memberi idea untuk pendidikan, dan org2 yg berjasa besar meningkatkan pendidikan rakyat di Negara ini. Maksud saya yg nampak biasa2 ialah mencatat hasil perbincangan dari ahli mesyuarat..hanya mendengar dan mencatat. Sesiapapun boleh melakukan ini..yg luarbiasanya adalah perkara yg dibincangkan…ia adalah sesuatu yg besar..melibatkan kemaslahatan umat.

Saya bekerja dalam pejabat..itu yg saya bagitau pd teman2 yg bertanya. Mereka pun dah boleh membayangkan sendiri..saya pasti kawan-kawan saya yg lain pun ada yg sama macam saya. Ada pula yg bertanya, berkait ke dgn kos yg saya ambik iaitu bhs Arab & Komunikasi..?

Allah sebaik-baik Perancang…

Tiada siapa yg boleh melawan ketentuan-Nya..bila kita sudah merancang, pasti kita ingin rancangan kita itu berjaya ke akhirnya. Ujian sentiasa hadir untuk mereka yg beriman. Saya percaya, anda mengetahui maksud saya..kerna setiap drpd anda mengalaminya. Sebagai contoh, saya diberi pilihan untuk memilih tempat yg sesuai, mudah dan terbaik untuk menjalani praktikal. Bukannya tiada pilihan langsung..hinggakan saya sendiri keliru sebelum mengesahkan pilihan..ia sebahagian perancangan dan usaha..inilah ujian yg perlu kita hayati hikmahnya..

Dan hinggalah ke hari ini, ujian itu tetap ada..bergantung pd kekuatan yg ada pada diri  utk menghadapinya..memang tampak seperti tiada kaitan dengan kos yg saya ambik tetapi ia tetap ilmu yg berguna bagi saya..dan sesiapapun yg merasainya..setakat ini yg mampu saya kongsikan..semoga hari seterusnya lbh baik drpd hari ini...! 


Wallahu a'lam..



Tuesday, 25 February 2014

Petua Senang Hati


Selesai membaca ayat al-Quran dari surah al-Baqarah, dari ayat 6 hingga 10. Fiqriah menerangkan maksud ayat-ayat tersebut secara ringkas kepada ahli-ahli usrahnya. Kali ini giliran Fiqriah mengetuai usrah. Selain memperkenalkan Jannah dan Nadzirah sebagai ahli usrah baru. Fiqriah memberi sesuatu berupa sampul surat kepada setiap ahli usrah. Usrah ini terbuka kepada sesiapa yang ada kekosongan masa pada hujung minggu.

“Sesiapa yang  tidak dapat memperhatikan dan memahami ayat-ayat Al- Quran yang mereka dengar dan tidak dapat mengambil pelajaran dari tanda-tanda kebesaran Allah yang mereka lihat di cakerawala, di permukaan bumi dan pada diri mereka sendiri. Mereka itulah yang akan mendapat azab seksa daripada Allah. Semoga kita bukan dari kalangan mereka yang menerima azab tersebut,” terang Fiqriah sambil memerhati ahli-ahli usrah.

“Amen ya Rabbana alameen”. Semua ahli bersuara.

“Kak Fiqriah, saya ada soalan dari maksud ayat yang ke-10.. “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta”. Apakah penyakit yang dimaksudkan di sini?” Jannah bertanyakan soalan.

“Soalan yang bagus sekali, Jannah. Dalam ayat tersebut, maksud penyakit yang dinyatakan adalah keyakinan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. adalah  lemah. Kelemahan keyakinan itu, menimbulkan kedengkian, iri hati dan dendam terhadap Nabi s.a.w., agama dan orang-orang Islam. Mereka ini adalah golongan kafir yang memusuhi Islam”. Bersungguh-sungguh Fiqriah menjawab soalan Jannah sambil melihat ke arah ahli yang lain.

Baiklah, saya faham sekarang. Sehingga hari ini, musuh-musuh Islam masih lagi berusaha untuk menghapuskan Islam dan penganutnya. Mereka ini mempunyai penyakit yang teruk sekali. Moga umat Islam sedar akan hal ini”. Hannah menambah.

“Justeru itu, menjadi tugas kita untuk menyeru dan menyebarkan dakwah Islam kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan muslihat mereka”. tiba giliran Hidayah.

“Bagaimana pula dengan golongan Islam yang memerangi Islam?” tanya Nadzirah.

“Perhatikan ayat 8 dari surah al-Baqarah, maksud ayat; di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman..” Fiqriah menjawab pertanyaan Nadzirah.

“Oh..mereka sebenarnya golongan yang munafik” Hidayah menambah.

“Betul tu..alhamdulillah, semua faham dengan maksud ayat-ayat yang baru kita baca tadi. Ada soalan lagi?”

Semua orang mengeleng.

“Secara ringkasnya, itulah muqaddimah usrah kita pada kali ini. Sama-samalah kita mengambil pengajarannya. Sesungguhnya, beruntunglah mereka yang benar-benar  beramal dengan kalamuLLAH yang mulia ini. Baiklah, untuk meneruskan pengisian berikutnya, saya harap semua telah pun bersedia dengan pengisian masing-masing”. Jelas Fiqriah sambil memberi senyum kepada setiap ahli.”

“Insya’Allah Fiqriah..kami semua sentiasa bersedia. [Ahli-ahli yang lain menggangguk setuju]. Apa topik usrah kita kali ni?” tiba  giliran Salimah bersuara setelah lama membisu.

“Buka sampul surat yang saya bagi tadi dan baca isi di dalamnya sekarang. Itulah topik usrah kita..” Jelas Fiqriah sambil memerhati reaksi setiap ahli usrahnya.

Masing-masing kusyuk membaca isi surat :

PETUA SENANG HATI

Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH.
=Latih hati sentiasa ingat, ALLAH memberi sentiasa pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.   
=Latih hati sentiasa bergantung dengan ALLAH dan tidak mengharapkan manusia. 
 = Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH.
 =Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH.

“Alhamdulillah, menarik sungguh tajuk nie kak!” Nadzirah memberi reaksi.

“Bagusnya kalau dapat istiqomah latih hati dengan cara nie.” Hidayah menambah.

“Insya’Allah, jika kita ikhlas dan yakin dengan Allah..setiap urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.” Salimah menambah lagi.

“Saya nak tahu dengan lebih jelas lagi, boleh sahabat-sahabat sekalian menerangkan satu persatu mengenai petua senang hati kepada saya?” Jannah membuka bicaranya.

“Sudah tentu Jannah. Kita akan membicarakannya satu persatu agar semua dapat faham dengan lebih jelas lagi. Bermula dengan bersangka baik dengan Allah. Kita wajib beriman kepada Allah. Meletakkan sepenuhnya kepercayaan kita kepada-Nya. Apa-apa sahaja yang datang daripada Allah hendaklah kita percaya bahawa itu semua untuk kebaikan kita. Apabila kita ditimpa sesuatu musibah, hendaklah bersabar. Apabila kita diberi nikmat pula, hendaklah bersyukur. Allah Maha Adil, dan tidak akan membebankan sesuatu di luar kemampuan kita. Berpegang kuatlah kita kepada-Nya. Maka jadilah hamba yang sentiasa bersangka baik dengan Allah nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita.” Fiqriah mula menerangkan topik yang dibincangkan.

“Sebagai contoh, apabila kita berdoa dan doa itu masih belum termakbul, janganlah kita berputus asa untuk terus berdoa. Dalam masa yang sama, janganlah pula menyalahkan sesuatu yang menimpa kepada takdir dan ketentuan Allah. Teruslah berbaik sangka dengan Allah.” Fiqriah menambah lagi. Semua mengangguk.

“Betul tu kak..kadang-kadang kita mengeluh bila perkara buruk berlaku. Sepatutnya kita kawal emosi tu dengan baik.” Jannah menyampuk. Fiqriah senyum dan menggangguk.

            “Betul tu…yang kedua pula, siapa nak terangkan?” tanya Fiqriah.

          “Boleh saya kongsi untuk yang kedua?” Hannah mencelah sambil memandang ke arah semua.

            “Silakan Hannah” ujar Fiqriah.

Selepas membaca basmalah Hannah berbicara.

“Baiklah sahabat semua, jika dihayati maksud ayat-ayat daripada Surah Al-Humazah (pengumpat), ia menerangkan kepada kita tentang ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan mengaibkan orang lain. Golongan ini akan diazab oleh Allah dengan pedih sekali. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan seseorang, ataupun kita merasakan seseorang itu mempunyai sikap buruk, janganlah kita menceritakan hal mengenainya kepada orang lain. Kesannya akan merosakkan hubungan sesama kita malah akan memburukkan lagi situasi. Sebaiknya, kita selesaikan dengan baik dan berhikmah.” jelas Hannah.

“Saya setuju..lagi pula, hal ini boleh merosakkan hati.” Nadzirah mencelah.

“Bagaimana kita nak menghindari perkara nie?” tanya Jannah.

“Firman Allah ta’ala dalam surah Qaaf ayat 18 yang bermaksud, tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. Kita hendaklah yakin bahawa setiap perbuatan kita dicatat oleh para malaikat yang ditugaskan oleh Allah. Kita tidak boleh lari dari pengawasan Allah.” jelas Hannah. Semua ahli mengangguk.

“Macam mana kalau dah mengumpat, bila sedar kesalahan..malu pula nak minta maaf? Tapi kita bertaubat tak nak buat lagi…” Salimah pula bertanya.

“Jangan takut dan malu untuk meminta maaf. Terpulang bagaimana seseorang itu mahu menerima atau tak kemaafan kita, buatlah dengan niat yang ikhlas. Insya’Allah, pasti  semuanya baik. Berdoalah pada Allah agar dilembutkan hatinya. Dalam masa yang sama, terus meminta ampun daripada Allah. Semoga Allah mengampuni dan memperbaiki diri kita. Baguslah kalau dah bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, yakinlah Dia sentiasa mendengarkan kita.” Salimah menggangguk faham dengan penjelasan Fiqriah.

“Saya rasa apa yang akak jelaskan tadi sudah meliputi ke semua topik yang kita sedang bincangkan sekarang. Betul tak?” Nadzirah bersuara.

“A’ah laa..” Jannah mengiakan. Ahli hanya tersenyum sambil mengangguk.

Fiqriah sangat gembira dan bersyukur kerana usrah pada hari itu berjalan dengan lancar. Semua ahli usrah memberi pengisian yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama. Fiqriah teringat pada Mardhiah. Dia mengirim mesej bertanya khabar….tup..tup..!


Sunday, 2 February 2014

Doa Seorang Hamba


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah, kurniakanlah kebaikan bagiku dalam beragama, yang merupakan kunci kehormatan bagiku. Kurniakanlah kebaikan akhirat, yang merupakan tempat di mana ku akan kembali. Jadikanlah kehidupanku agar sentiasa baik. Jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala keburukan.

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku sehingga akhir hayatku, jadikanlah sebaik-baik amalanku sehingga akhir hayatku, jadikanlah sebaik-baik hariku sehingga saat hariku bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang lapang, kematian yang menyenangkan, dan tempat kembali yang tidak menyedihkan serta terhindar dari bencana.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amalan, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, dan sebaik-baik kematian.

Kuatkanlah aku, tingkatkan keimananku, tinggikan darjatku, terimalah solatku, ampunkanlah dosa-dosaku dan aku memohon kepada-Mu syurga yang tertinggi.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan rahmat-Mu, keampunan dari-Mu, keselamatan dari segala dosa, keuntungan dari segala kebajikan dan kemenangan mendapatkan syurga serta keselamatan dari api neraka.

Ya Allah, kurniakanlah kebaikan bagiku dalam segala urusan, berikanlah pahala kepadaku dari setiap penderitaan dunia dan siksaan akhirat. Ya Allah, anugerahkanlah untuk aku rasa takut kepada-Mu, yang menghalang aku dari perbuatan maksiat kepada-Mu dan anugerahkanlah aku ketaatan kepada-Mu yang akan membawaku kepada syurga-Mu, anugerahkanlah juga keyakinan yang akan meringankanku dari segala musibah di dunia ini.

Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan kepadaku melalui pendengaran, penglihatan dan kekuatanku selama aku masih hidup dan jadikanlah ia warisan dariku. Jadikanlah balasan ke atas mereka yang menganiayaku, dan tolonglah aku daripada orang yang memusuhiku. Janganlah Engkau jadikan musibah di dalam urusan agamaku. Janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-citaku yang terbesar dan puncak dari ilmuku. Janganlah Engkau berikan kekuasaan kepadaku ke atas mereka yang tidak mengasihiku.

Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan aku melakukan dosa, melainkan Engkau mengampunkannya. Tidak ada kebuntuan kecuali Engkau berikan jalan keluar, tidak ada hutang kecuali Engkau melunaskannya, dan tidak ada satu permintaan dunia dan akhirat kecuali Engkau memenuhinya wahai Tuhan semesta alam.

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, serta hindarkanlah daku dari api neraka. Semoga selawat dan salam sentiasa dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabatnya yang terpilih. Perkenankanlah doa hamba ya Allah..ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...