Monday 10 October 2016

Senarai Semak Amalan Solat Sunat, Zikir dan Selawat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum pembuka kalam,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah masih lagi bernafas untuk terus berdakwah..
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya dapat menulis lagi di laman ini..terima kasih ya Allah.
Jikalau dulu masih belajar, alhamdulillah kini sudah bekerja.

Kali ini saya ingin kongsikan Senarai Semak Amalan Solat Sunat, Zikir dan Selawat buat pembaca budiman yang mana singgah di blog saya ini. Terima kasih.

Sedikit pengenalan, senarai semak ini adalah usaha kecil saya untuk memudahkan diri khususnya saya sendiri untuk menyemak amalan-amalan yang digalakkan oleh Islam, yang mana amalan-amalan itu juga dapat memantapkan kerohanian setiap insan yang bergelar Muslim.

 Sebaik-baik amalan adalah mengisi waktu dengan perkara yang diredhai Allah.
Jom mulakan, belum terlambat. Moga istiqomah...allahumma aamiin. Buat sehabis baik.

 





 


Antara buku-buku ilmiah yang menjadi sumber rujukan saya ialah 70 Selawat Terbaik terbitan PSN Publication, Panduan Zikir Harian & Qiamullai terbitan Galeri Ilmu, Amalan 24 Jam Wanita Haid terbitan PTS Islamika, Indahnya Hidup Bersyariat terbitan Telaga Biru dan banyak lagi. Maaf, tak dapat nak nyatakan semua. Nama-nama penulis anda dapat ketahui jika anda dapatkan buku-buku tersebut.

Sekiranya anda ingin mengetahui isi-isi (solat sunat & selawat) dalam senarai semak yang saya nyatakan, anda boleh dapatkan buku-buku yang saya sebut di atas atau mana-mana sumber rujukan yang berkaitan.
Semoga usaha kecil saya ini bermanfaat buat anda yang sudi singgah di blog saya ini.

Sekian.

No comments: