Monday, 30 January 2012

Perihnya Dosa Ini

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar."[Al-Ahzab:70--71]


Ya Allah,
Tatkala diri hanyut dan leka..
Tatkala diri tertipu dan ditipu nafsu..
Tak sedar ada Engkau yang memerhati..
Tak endah dua malaikat-Mu di kanan dan kiri..

Allahurabbi,
Waktu hanyut dan leka..
Entah mengapa diri tak ingat pada-Mu..
Entah bagaimana diri tak takut pada-Mu..
Hilang semua peringatan-Mu..

Ya Allah Ya Robbi,
Sungguh ku terharu..
Hamba-Mu yang hina lagi kikir ini..
Masih diberi peluang dan kesempatan..
Walaupun terlalu jauh ku berpaling..
Walaupun terlalu banyak ku tinggalkan..
Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang tersembunyi dan yang terlihat..
Kerana Engkau Maha Memberi..
Segala nikmat dan anugerah..

Ya Rahman Ya Robbi,
Ku doa sungguh-sungguh..
Agar hati ini sentiasa mengingati-Mu..
Agar diri ini sentiasa dekat dengan-Mu.
Tak mahu hanyut dan terleka lagi..
Tak mahu mengulangi kesilapan ini..
Kuatkan mujahadahku ya Robbi..
Tanamkan sifat istiqomah dalam diriku..
Engkau sebaik-baik penolongku.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Allah berfirman,'Aku (akan lakukan) sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku senantiasa bersamanya manakala dia menyebut-Ku..."

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...