Wednesday, 8 February 2012

KITA SIBUK DENGAN APA???


Semua orang sibuk. Emak sibuk di rumah, ayah pulak sibuk di tempat kerja. Guru dan pelajar sibuk di bilik darjah. Pendek kata semua orang sibuk. Tidak ketinggalan remaja pun ada sibuknya. Namun demikian, apakah makna sibuk yang sebenarnya?? Adakah kita perlu sibuk seperti orang lain??? 

SIBUK..
SIBUK..
SIBUK...

Let's explore..and know what the meaning of 'SIBUK' or 'BUSY'!!

Ada sebuah kamus yang diterbitkan oleh {Collins} memberi makna SIBUK nie sebagai AKTIF dan USAHA SEPENUHNYA. Hah, itu dia! Ada lagi..kamus ni menjelaskan SIBUK sebagai GUNA SEPENUHNYA. 

Ok..
SIBUK = AKTIF
                                                        = USAHA dan GUNA SEPENUHNYA

Kita ambil contoh yang mudah ye..:{TALIAN TELEFON YANG SIBUK}. Tak jelas lagi ekk? Baiklah, kita bercakap tentang sibuk kebanyakan orang.  Remaja yang keluar lepak dengan motor..kononnya sibuk nak ambik angin kat luar rumah. Orang tua yang keluar nak sembang-sembang kat kedai makan berjam-jam...kononnya ada isu hangat nak diperkatakan. Sibuk nak tambah masa lapang..^__^

JANGAN ANGGAP SEMUA ITU SIBUK OK! 

Ada sibuk yang baik dan ada sibuk yang tidak baik. Sibuk belajar dan sibuk mencari rezeki halal adalah baik. Sibuk bercinta di usia mentah adalah tidak baik. Bagaimana nak tahu SIBUK yang ok?

Bagi menjawab persoalan di atas, kita perlu melihat kembali pada FITRAH manusia. Allah Ta'ala menyatakan dalam Surah As-Syams dari ayat 8 yang bermaksud: "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan". Ayat ini membawa maksud bahawa manusia diciptakan dengan memiliki dua persediaan di dalam jiwa untuk menjadi baik atau jahat.

KENAPA??

Supaya kita pandai memilih baik atau buruk, Allah Ta'ala menjelaskan dalam ayat berikutnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya". Ini bermakna, kita perlu membersihkan jiwa kita untuk menjadi orang yang baik dan orang yang beruntung. Dan lain pulak sebaliknya.

Kita tak mahu digelar sebagai orang jahat. Sekalipun seorang pencuri yang tak mahu dianggap jahat meskipun perbuatannya salah di sisi agama. Kerana naluri manusia itu telah Allah Ta'ala jadikan suka kepada perkara yang baik. Cuma kita tidak berdaya untuk mengawal mental dan jiwa supaya tidak sibuk kepada kejahatan. Bila kawan mengajak kepada lagha' (lalai), konsep 'setia kawan', 'ukhuwah persahabatan' atau ada yang mengatakan [sesungguhnya Nabi ada bersabda: "Innama Mu'minuna Ikh'wah"] dijadikan alasan.

APA YANG PATUT KITA LAKUKAN??

Sudah jelas bahawa Rasulullah Sollullahu Alaihi Wasallam merupakan contoh 'QUDWAH HASANAH' yang terbaik. Baginda merupakan orang yang paling sibuk di dunia. Baginda merupakan manusia yang paling bersih jiwanya, paling cerdik akalnya, paling berani di medan jihad, paling beramanah bila berjanji dan paling kuat jasmani mahupun rohaninya.. Tenang, tapi paling sibuk. Baginda sebagai sahabat yang paling setia, sebagai bapa paling penyayang. sebagai suami paling tercinta, sebagai jiran paling mesra, sebagai ketua negara paling adil, sebagai ketua perang paling cekap dan berani dan sebagai Rasul paling 'takut' dan cinta kepada Allah Ta'ala.

ITULAH CONTOH SIBUK YANG PALING CEMERLANG 
DAN
PALING TERBAIK BUAT KITA

Apabila anda, kalian, kamu, antum, antunna, awak, atau sesiapapun sudah sibuk, seluruh sahabat di sekeliling juga akan mendapat manfaatnya. Lihat sahaja, perumpamaan sebuah pokok, apabila sudah subur, hasilnya pasti boleh dinikmati oleh semua orang.

Kalau kita tidak mulakan sibuk dengan AL-QURAN dan SUNNAH (perkara-perkara bermanfaat), kita akan sibuk dengan perkara-perkara lain. Perkara-perkara yang melalaikan kita. Contohnya, lepak bersahaja, chit-chat, bergayut dan sebagainya. Semua itu hanya mainan syaitan yang ingin membawa manusia ke lembah kehinaan dan maksiat yang berterusan. Nauzubillah..

Sesungguhnya, aktiviti kita sama ada berhubungan dengan manusia mahupun yang berhubungan dengan Allah Ta'ala mestilah lebih baik hari ini berbanding dengan sebelumnya. Dan supaya aktiviti itu dinilai oleh Allah Ta'ala sebagai terbaik...

TARGET KITA:
UNTUK MENCAPAI REDHA ALLAH
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Jadi, sibukkanlah diri kita dengan aktiviti yang berfaedah!! Jika ditanya, KITA SIBUK DENGAN APA??Maka, sesiapa yang sibuk dengan perkara yang baik, Allah Ta'ala akan permudahkan urusannya selama mana ia bermanfaat kepada yang lain. Ada kata-kata hikmah menyatakan: 

Ambilah WAKTU untuk BERFIKIR, itu adalah sumber KEKUATAN, 

Ambillah WAKTU untuk BELAJAR, itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN,dan 

Ambillah WAKTU untuk BERAMAL, itu adalah kunci menuju SYURGA.

Wa'Allahu a'lam..^___^

KE ARAH MEMBENTUK DIRI,
MENJADI MUKMIN DAN MUKMINAH SEJATI.

3 comments:

  1. outstanding

    ReplyDelete
  2. interesting la,sukasukasuka..saya tak suka kalu ada yg tak suka..post la lelaki acuan al-quran, kisah-kisah sahabat, dan rahsia wanita solehah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...