Thursday 2 June 2011

Wanita..kelahiranmu amat berharga.


Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu umat banyak terletak di tangan wanita yang menghayun buai..Oleh kerana itulah, sebagai anak, dia mahu menjadi anak solehah. Sebagai anak muda dia  mahu jadi anak yang berhemah. Sebagai isteri, dia mahu jadi isteri yang menyenangkan dan mententeramkan hati suaminya. Sebagai ibu dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya. “Barangsiapa mengerjakan  amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan tidak dianiayai walau sedikit.”(an-Nisa:24)
Allah telah mengurniakan wanita dengan berbagai-bagai kelebihan untuk wanita memasuki Syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : “ Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka dia pasti masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”

Abdul Rahman bin Auf pula meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda, “Seorang wanita solehah lebih baik baginya 1000 lelaki. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari mana saja tanpa hisab.”
Manakala menurut Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.”

Seterusnya Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita: iaitu seorang wanita solehah lebih baik daripada seorang wali Allah , wanita yang mengguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya, wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan diberi pahala seperti membersihkan Baitullah, wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh. Allah akan memberkati rezeki apabila wanita memasak sambil berzikir, seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan oleh Allah cahaya wajahnya 13 kali daripada wajah asal, dan Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang mengambil berat auratnya di akhirat nanti.

No comments: