Fikiranku
melayang jauh merenungkan sesuatu, gusar yang bisa kaburi pandangan. Melewati
di dalam diri di fenomena ini, tak henti jua berkali terjadi. Ada selisih yang
mengguris selama berdiam diri, hati membahang di dalam bagaikan api di dalam
sekam. Masih ada keraguan menitip persoalan walau cuba dibajai namun masih ada
yang berkeluh kesah. Setulusnya hati ini, memulih silaturahim sendu
merantai, kerinduan simfoni syahdu
menjadi teman diri. Kasih saudara jadi pudar warna, kerna hasutan semalam
bisakah berlalu pergi…
Tenangnya waktu
sepertiga malam hanya empunya yang merasai. Anugerah dari Yang Esa buat insan
yang ingin mendekati-Nya dengan ikhlas dan istiqomah. Dengan keazaman dan usaha
yang sunguh-sungguh, pasti ia akan membuahkan hasil. Firman Allah ta’ala dalam
surah Ali ‘Imraan ayat 159: Apabila kamu telah bertekad, maka bertawakallah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal pada-Nya.
Dalam ketenangan
itu, teruji dengan kesakitan yang berbekas kebiruan. Di sebalik kesakitan itu,
ada penawar yang ingin diberi. Empunya tahu, kesakitan yang menghalang untuk
sujud pada-Nya hanyalah godaan dari pihak musuh. Sakit..sungguh, tiap kali
sujud..kebiruan yang menekan menjadi pedih. Namun tidak menghalang pergerakan
empunya. Di akhir sujud, selesai memohon kesejahteraan untuk keluarga
tercinta..empunya memohon untuk sahabat tercinta yang sentiasa menjadi penguat
empunya.
“Ya Allah, ku
rindu mujahadah-Mu ini..sampaikanlah rindu ini agar dia tahu, doaku terus segar
dikirimkan kepadanya walaupun aku seringkali berdiam diri. Ya Allah,
peliharalah mujahadah-Mu ini agar dia terus segar berdiri di jalan-Mu, menjadi
penyebab kami terus berjihad untuk jalan-Mu..”
“Ku bersyukur
pada-Mu ya Allah s.w.t kerana adanya dirinya yang menyayangiku. Ku teringin
mengenalinya kerana semakin lama semakin ku rasa kemanisan ukhuwah. Ku mungkin
bukan teman sempurna yang dia cari, bukan jua yang terbaik di antara yang
semuanya, namun ku selalu mendoakan yang terbaik untuknya. Ku bersyukur pada-Mu
kerana mempertemukan kami..”
“Akan ku cucuri
hatimu dengan izin Allah, akan ku sayangi hati itu dan akan ku pastikan dalam
doaku tak tertinggal memohon kepada Allah agar hati itu sentiasa dalam keadaan
tenang dengan zikrullah, bersih dengan ilmu-ilmu Islam, dibajai dengan ukhuwah
fillah dan disuburi dengan husnu zhon (bersangka baik) kepada orang lain. Moga
hati itu akan menghiasi dengan peribadi muslimah yang unggul..uhibbuki fillah
abadan abada”.
“Ya Allah,
peliharalah saudaraku ini agar dia sentiasa di bawah rahmat-Mu, cukupkan
keperluannya, hiasi dirinya dengan cahaya-Mu, makbulkan doanya, berilah dia
kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian-Mu, semoga hidupnya sentiasa
dalam kesenangan dan kebahagiaan..semoga kami terus bersama dalam ukhuwah
kerana-Mu ya Allah..amin.”
“Wahai Tuhan semesta alam, sesungguhnya kami
berserah diri kepada Engkau..semoga saudariku yang ku cintai dan ku kasihi ini
berbahagia, bergembira dengan jarak yang jauh antara kami, dengan bimbingan-Mu,
dengan keagungan pahala-Mu, hiasi dirinya dengan berkat tasbih kami kepada-Mu,
bagaikan berita gembira, bagaikan limpahan hujan, bagaikan fajar, bagaikan
sinar, bagaikan awan dalam sujud doa dan dalam pengawasan-Mu ya Allah..sayangku
padanya kerana-Mu, maka kekalkanlah ukhuwah ini..cukup bagi kami mengharap
cinta-Mu jua pertolongan-Mu sebagai penguat hati kami,amin”.
“Wahai
saudariku..mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkanmu,
sesungguhnya Dia Maha Pemurah pada makhluk-Nya dan pasti akan memberikan
kurnia-Nya kepadamu yang tidur tenang dalam redha Allah dan takdir-Nya, dengan
berbantalkan angin lembut, gelapnya malam pasti akan tersingkap, moga dirimu
dibuai mimpi indah, walau sebentar lagi fajar akan muncul dengan perhiasannya
yang cerah, ku doakan harimu kan bermakna, semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya
kepadamu wahai saudariku, hari-hari akan menjadi ceria dengan kehadiranmu,
semoga muncul hari esok memberikan kamu kehidupan yang baru dan hati yang
baru..lebih baik dari yang dahulu. Ku mungkin tidak akan lagi bersamamu. Tanpa disuruh..ku tetap akan pergi
jua..akan menghilang..^_^..justeru itu, hanya doa dan kenangan yang tak
terhapus mengiringi..”
Tinggallah
Kenangan
Terasa sebak di
dada
Tersurat
perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam
terbayang di mata
Teringat masa
bersama
Kita tawa
bergurau senda
Kini tiba saat
berpisah
Hiba hati terasa
gundah
Kini tinggallah
kenangan
Yang tak mungkin
dapat dilupa
Semusim telah
berlalu
Airmata mengirim
restu..
Ibnu ‘Athailah:
“Janganlah engkau
bersahabat dengan orang yang keadaannya tak membangkitkan semangatmu, dan
pembicaraannya tak membimbingmu ke jalan Allah”.
“Wahai saudariku,
jika akulah sahabat yang tak membangkitkan semangatmu, dan jika akulah yang
pembicaraannya tak membimbingmu ke jalan Allah..maafkanlah! Buatlah perkara
yang membahagiakanmu tanpa aku..moga kau temui sahabat yang lebih baik dari
aku..^_^..”
Seusai empunya
mengadu cinta pada-Nya..kesakitan yang dirasai semakin bertambah. Godaan datang
lagi, “Ku sedang diuji..Allah sedang memerhatiku, ku ada-Nya..usah lemah wahai
diri!” bisik empunya dalam hati. Perlahan-lahan empunya berbicara ketika
membaca surat cinta-Nya. Tiba-tiba empunya menangis…secara automatik dan
drastik....
Nota terakhir..!
2 comments:
Nota terakhir! Erk.. Syg awk fillah.. ^^
Syg awk fillah jgk..xde ape pn dgn nota terakhir!Sy dh gtau,insan yg bergelar shbt ternyata istimewa!Sy suka berukhuwah!Alhamdulillah,sy sgt bertuah m'dpt shbt2 yg byk mendorong sy ke arh yg lbh baik..jgk memberi smgt tka sedih. Tika shbt m'buat shbt bnr2 teruji..m'buat shbt tersentak..membuatkan shbt sdar siapa diri shbt yg sbnrnya..dlm kelembutan dan kehalusan bicaranya..Tika shbt ni tdk jemu bertanya khabar dan trus memberi shbt nasihat..sesekali suka bercerita, acapkali suka mendengar cerita..dlm kelembutan dan kehalusan bicaranya..jrg skali membicarakan tntg silap shbt..itu pun sbg.teguran..sungguh,adanya shbt seperti ini..jka kamu mnemui shbt yg setia dlm diamnya..truslah berdoa utk m'dpt kebaikan dan hikmah dlm pershbtn. Sy tdk mahu mgulas panjang sgt..perhatikan shbt di sekelilingmu..dgn mnerima KEKURANGANnya dan menghormati KELEBIHANnya dan dia jgk begitu pdmu, pasti kamu tahu siapa dia sbnrnya..ku kini sdg bljr utk berfikir dgn pnuh kematangan dlm stiap tindakan di usia yg smakin mningkat ini..andai sy bkn shbt yg baik buat awk, ajarlah sy utk menjad shbt yg lbh baik..jgn biarkn dan tinggalkan sy terkapai-kapai dlm kesedihan dan kehanyutan..ble tertimpa ssuatu nanti, tiadalah penyesalan dlm diri..(",)
Post a Comment