Thursday 1 November 2012

Bila Hatiku Berbicara



Petang itu, ku sendirian di sebuah pondok usang. Ada sepohon nangka di balik pondok itu. Setiap kali ku menjenguk pohon itu, ada buah yang melekat. Subur pohon ni, bisik hatiku. Ku menjenguk di langit, kelihatan burung-burung kecil berterbangan. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah, bisik hatiku lagi. Tiba-tiba si comel datang. Ku tersenyum. Lapar ye..tak makan lagi. Kucing kesayanganku mengomel kecil. Ku senang berbicara dengan si comel. Walau tak dibalas, seakan-akan ia memahami kata-kataku. Ku membelai ia dengan manja. Seronok main dengan kucing. Hilang sedikit resah di hati.

Ku terfikir tentang semalam. Kecewa tentang semalam. Bila ku bersemangat untuk berbuat sesuatu, pasti akan tercapai. Tetapi semalam tidak. Ku benar-benar bersemangat dan berazam untuk melakukannya. Sayang jika terlepas. Allah, ku ingin menangis saat ini. Allah, maafkan hamba. Banyak kali ku berpeluang, banyak kali juga ku terlepas.

Si comel mengomel lagi. Ia ingin beredar. Ku membiarkan ia. Ku menggapai telefon bimbitku di sisi. Ku membuka di bahagian peti masuk. Ada mesej yang ku belum baca. Ku teliti mesej yang ku buka. Ada mesej penting dan ada mesej yang tak penting. Yang penting ku simpan manakala yang tak penting terus ku padam. Tiba-tiba ku tertekan satu bahagian mesej. Ia milik seseorang yang dah tak ada dalam hidupku. Ku sebak. Kenapa saat-saat begini ia muncul?

Ku buka di bahagian muzik kesukaanku. Ku memasang alunan zikir. Alunan zikir syahdu yang membuatku terharu mendengarnya. Sedang ku bersendirian, tiba-tiba kak longku datang.

“Buat apa sorang2 ni? Kenapa sedih je kak tengok, ada masalah ke?” ku lihat wajah kak long dengan rasa serba salah. Entah kenapa..

“Takdelah, saja..” jawabku ringkas.

“Nak makan buah, pergi la umah kak nanti. Buah duku, manggis, rambutan..banyak lagi tu”.
“Ok..”

“Kenapa ni, kak tengok cam takde mood je? Ada masalah dengan belajar ke?”

“Takdelah..ok je. Saje nak buat gimik muka.  Tengah boring sekarang ni. Hehe”. Ku cuba menyembunyikan perasaan. Takut disoal lagi.

Memang saat itu ku rasa sedih, kecewa dan banyak lagi la. Masalah? Setiap orang memang tak boleh nak lari dari masalah. Setiap orang ada masalah tersendiri. Terutama gagal dalam sesuatu. Masalah yang banyak bermain dengan perasaan. Ku rasakan hati dah terkisar. Sakit sangat2. Ku malu nak meluahkan pada kakak. Tak mahu menambahkan beban.

Ku bersendirian pada petang itu untuk mendamaikan hati. Sambil ku berfikir apa yang ingin dilakukan seterusnya. Sambil menyenarai apa kesilapan yang ku lakukan sehingga ada perkara yang tak pernah ku sangka terjadi. Bermula dari diri sendiri. Oh tuhan, ku sungguh lemah. Ku sangat2 memerlukan diri-Mu. Ku ingin menangis saat ini, tapi ku tahan saja.

Ku terfikir keadaan sekarang. Ku menghitung usiaku sekarang. Cukup bekalankah untuk ku ke sana nanti? Setiap hari rambutku gugur menandakan hidup ini sementara. Kenapa sekarang baruku sedar? Semua persoalan ini bermain di minda. Ku diam sejenak.

Ku melihat di sekelilingku. Ada beberapa pokok pisang dan beberapa pokok ubi di hadapanku. Ada pokok betik yang baru hendak tumbuh. Keadaanku tenang sebentar. Tetapi dalam keadaan penuh kekosongan.

 Tiada daya kekuatan melainkan dari Allah jua.  Ku jadi terfikir. Terfikir segala hal yang ku lakukan selama ini. Betul dan salahnya. Patut yang tak patutnya. Apakah ku hidup dalam keadaan mementingkan diri sendiri selama ini? Bagaimana perspektif orang di sekeliling?

Ada lagi..!

Tiba2 ku terfikir mengenai asemen yg perlu ku buat..kena selesaikan yang ni dulu..!!

* * * * * * * * * *

Ku beredar dari pondok setelah penat berfikir. Tak boleh nak selesaikan masalah2 itu dengan segera. Akanku berbicara dengan Kekasih hatiku malam nanti. Mudah-mudahan ku dapat meneruskan hari-hari seterusnya dengan ceria dan bersemangat.

Mungkin ku perlu 'berehat' dari pandangan dunia buat sementara...


No comments: