Sunday 21 October 2012

Sebuah KERINDUAN (اشتياق/حنين)



Fikiranku melayang jauh merenungkan sesuatu, gusar yang bisa kaburi pandangan. Melewati di dalam diri di fenomena ini, tak henti jua berkali terjadi. Ada selisih yang mengguris selama berdiam diri, hati membahang di dalam bagaikan api di dalam sekam. Masih ada keraguan menitip persoalan walau cuba dibajai namun masih ada yang berkeluh kesah. Setulusnya hati ini, memulih silaturahim sendu merantai,  kerinduan simfoni syahdu menjadi teman diri. Kasih saudara jadi pudar warna, kerna hasutan semalam bisakah berlalu pergi…

Tenangnya waktu sepertiga malam hanya empunya yang merasai. Anugerah dari Yang Esa buat insan yang ingin mendekati-Nya dengan ikhlas dan istiqomah. Dengan keazaman dan usaha yang sunguh-sungguh, pasti ia akan membuahkan hasil. Firman Allah ta’ala dalam surah Ali ‘Imraan ayat 159: Apabila kamu telah bertekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal pada-Nya.

Dalam ketenangan itu, teruji dengan kesakitan yang berbekas kebiruan. Di sebalik kesakitan itu, ada penawar yang ingin diberi. Empunya tahu, kesakitan yang menghalang untuk sujud pada-Nya hanyalah godaan dari pihak musuh. Sakit..sungguh, tiap kali sujud..kebiruan yang menekan menjadi pedih. Namun tidak menghalang pergerakan empunya. Di akhir sujud, selesai memohon kesejahteraan untuk keluarga tercinta..empunya memohon untuk sahabat tercinta yang sentiasa menjadi penguat empunya.

“Ya Allah, ku rindu mujahadah-Mu ini..sampaikanlah rindu ini agar dia tahu, doaku terus segar dikirimkan kepadanya walaupun aku seringkali berdiam diri. Ya Allah, peliharalah mujahadah-Mu ini agar dia terus segar berdiri di jalan-Mu, menjadi penyebab kami terus berjihad untuk jalan-Mu..”

“Ku bersyukur pada-Mu ya Allah s.w.t kerana adanya dirinya yang menyayangiku. Ku teringin mengenalinya kerana semakin lama semakin ku rasa kemanisan ukhuwah. Ku mungkin bukan teman sempurna yang dia cari, bukan jua yang terbaik di antara yang semuanya, namun ku selalu mendoakan yang terbaik untuknya. Ku bersyukur pada-Mu kerana mempertemukan kami..”



“Akan ku cucuri hatimu dengan izin Allah, akan ku sayangi hati itu dan akan ku pastikan dalam doaku tak tertinggal memohon kepada Allah agar hati itu sentiasa dalam keadaan tenang dengan zikrullah, bersih dengan ilmu-ilmu Islam, dibajai dengan ukhuwah fillah dan disuburi dengan husnu zhon (bersangka baik) kepada orang lain. Moga hati itu akan menghiasi dengan peribadi muslimah yang unggul..uhibbuki fillah abadan abada”.

“Ya Allah, peliharalah saudaraku ini agar dia sentiasa di bawah rahmat-Mu, cukupkan keperluannya, hiasi dirinya dengan cahaya-Mu, makbulkan doanya, berilah dia kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian-Mu, semoga hidupnya sentiasa dalam kesenangan dan kebahagiaan..semoga kami terus bersama dalam ukhuwah kerana-Mu ya Allah..amin.”

 “Wahai Tuhan semesta alam, sesungguhnya kami berserah diri kepada Engkau..semoga saudariku yang ku cintai dan ku kasihi ini berbahagia, bergembira dengan jarak yang jauh antara kami, dengan bimbingan-Mu, dengan keagungan pahala-Mu, hiasi dirinya dengan berkat tasbih kami kepada-Mu, bagaikan berita gembira, bagaikan limpahan hujan, bagaikan fajar, bagaikan sinar, bagaikan awan dalam sujud doa dan dalam pengawasan-Mu ya Allah..sayangku padanya kerana-Mu, maka kekalkanlah ukhuwah ini..cukup bagi kami mengharap cinta-Mu jua pertolongan-Mu sebagai penguat hati kami,amin”.

“Wahai saudariku..mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkanmu, sesungguhnya Dia Maha Pemurah pada makhluk-Nya dan pasti akan memberikan kurnia-Nya kepadamu yang tidur tenang dalam redha Allah dan takdir-Nya, dengan berbantalkan angin lembut, gelapnya malam pasti akan tersingkap, moga dirimu dibuai mimpi indah, walau sebentar lagi fajar akan muncul dengan perhiasannya yang cerah, ku doakan harimu kan bermakna, semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepadamu wahai saudariku, hari-hari akan menjadi ceria dengan kehadiranmu, semoga muncul hari esok memberikan kamu kehidupan yang baru dan hati yang baru..lebih baik dari yang dahulu. Ku mungkin tidak akan lagi  bersamamu. Tanpa disuruh..ku tetap akan pergi jua..akan menghilang..^_^..justeru itu, hanya doa dan kenangan yang tak terhapus mengiringi..”   

Tinggallah Kenangan
Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama
Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin dapat dilupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengirim restu..


Ibnu ‘Athailah:
“Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang keadaannya tak membangkitkan semangatmu, dan pembicaraannya tak membimbingmu ke jalan Allah”.


“Wahai saudariku, jika akulah sahabat yang tak membangkitkan semangatmu, dan jika akulah yang pembicaraannya tak membimbingmu ke jalan Allah..maafkanlah! Buatlah perkara yang membahagiakanmu tanpa aku..moga kau temui sahabat yang lebih baik dari aku..^_^..”

Seusai empunya mengadu cinta pada-Nya..kesakitan yang dirasai semakin bertambah. Godaan datang lagi, “Ku sedang diuji..Allah sedang memerhatiku, ku ada-Nya..usah lemah wahai diri!” bisik empunya dalam hati. Perlahan-lahan empunya berbicara ketika membaca surat cinta-Nya. Tiba-tiba empunya menangis…secara automatik dan drastik....


 Nota terakhir..!

2 comments:

Sayap Pejuang said...

Nota terakhir! Erk.. Syg awk fillah.. ^^

Adamiah Daud said...

Syg awk fillah jgk..xde ape pn dgn nota terakhir!Sy dh gtau,insan yg bergelar shbt ternyata istimewa!Sy suka berukhuwah!Alhamdulillah,sy sgt bertuah m'dpt shbt2 yg byk mendorong sy ke arh yg lbh baik..jgk memberi smgt tka sedih. Tika shbt m'buat shbt bnr2 teruji..m'buat shbt tersentak..membuatkan shbt sdar siapa diri shbt yg sbnrnya..dlm kelembutan dan kehalusan bicaranya..Tika shbt ni tdk jemu bertanya khabar dan trus memberi shbt nasihat..sesekali suka bercerita, acapkali suka mendengar cerita..dlm kelembutan dan kehalusan bicaranya..jrg skali membicarakan tntg silap shbt..itu pun sbg.teguran..sungguh,adanya shbt seperti ini..jka kamu mnemui shbt yg setia dlm diamnya..truslah berdoa utk m'dpt kebaikan dan hikmah dlm pershbtn. Sy tdk mahu mgulas panjang sgt..perhatikan shbt di sekelilingmu..dgn mnerima KEKURANGANnya dan menghormati KELEBIHANnya dan dia jgk begitu pdmu, pasti kamu tahu siapa dia sbnrnya..ku kini sdg bljr utk berfikir dgn pnuh kematangan dlm stiap tindakan di usia yg smakin mningkat ini..andai sy bkn shbt yg baik buat awk, ajarlah sy utk menjad shbt yg lbh baik..jgn biarkn dan tinggalkan sy terkapai-kapai dlm kesedihan dan kehanyutan..ble tertimpa ssuatu nanti, tiadalah penyesalan dlm diri..(",)