Sunday, 11 March 2012

.::LeLaKi AcUaN aL-QuRaN::.


Kak Asrar:
Alhamdulillah,akak sungguh berpuas hati dengan USRAH hari ni.
Semua adik2 membuat persediaan dengan baik..syukran lakum!

Adik2:
Alhamdulillah..(semua tersenyum)

Kak Asrar:
Sebelum mengakhiri USRAH kita nie,akak nak kongsi sebuah puisi untuk antunna.
Insya'Allah,sama2 ambik manfaat.Puisi ni akak baca pada sebuah buku..akak dah tak ingat nama buku tu.Sekiranya ada sebarang persoalan,insya'Allah kita sambung minggu depan.^__^.
"LELAKI ACUAN AL-QURAN"

Lelaki Acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.

Lelaki Acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki Acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga,
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara  menunggu akhirat.

Lelaki Acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah SWT ke atasnya.
Lelaki Acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana kuat membaca,
Yang suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikir,
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki Acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki Acuan Al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Disitulah rumah impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Adik2:
SubhanaAllah..lelaki idaman & Impian kita semua.

Kak Asrar:
Sekiranya "lelaki acuan al-quran" yang antunna impikan.
Berusahalah untuk menjadi "WANITA ACUAN AL-QURAN".
Sama2 lah kita berusaha.

Adik2:
Insya'Allah..terima kasih kak.Kami amat menyukai puisi ini!!






Kak Asrar:
Alhamdulillah..kalau semua dah suka,ambik manfaat darinya.Apapun,yang terbaik semuanya datang daripada Allah Ta'ala.Dia lebih Mengetahui..Wa'allahua'lam.
Baiklah,kita tangguh USRAH kita dengan membaca tasbih kafarah serta surah al-Asr.Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.Ila 'liqo.

Adik2:
^__^.Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh ..ma'a 'salamah.


"MUJAHADAH PEMBURU SYAHID"




2 comments:

  1. salam mujahadah wa mahabbah...
    to get the best,we must be the best...
    yakinlah dengan sabda Ilahi:-
    "WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK"
    wallahu'aalam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...