Wednesday 27 March 2013

Uniknya kamu..!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah dan petunjuk untuk mendapat nikmat-nikmatnya, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami dengan taufik-Nya. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabatnya. Semoga anda semua berada dalam peliharaan dan rahmat-Nya. Terima kasih kerana sudi mengunjugi blog saya...^_^.

Pada coretan saya kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dan sahabat2 semasa pergi lawatan  beberapa hari yang lalu, pada 23 Mac 2013 (sabtu). Kami melawat ke Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor, tempat yang saya sendiri tak pernah pergi..kiranya ni first time lah bagi saya..^_^.. Ia adalah tempat percetakan mushaf (al-Quran) yang terkenal dengan keunikannya terutama dalam cetakan yang menggunakan pelbagai jenis tulisan khat. Di sana, terdapat pelbagai corak dan bentuk lukisan di dinding yang melakar al-Quran dalam tulisan khat. Tempatnya sunyi tetapi tenang. Tenang dengan melihat lukisan ayat al-Quran di setiap sudut bangunan Yayasan Restu. 

Sebelum berkunjung ke beberapa tempat yang terdapat dalam bangunan tersebut, kami diberi taklimat tentang sejarah penubuhan Yayasan Restu(1994) dan juga sejarah penciptaan al-Quran dalam Malaysia. Kami ditayangkan sebuah video yang menarik, yang menceritakan tentang perkembangan percetakan al-Quran dengan pelbagai tulisan khat. Menarik lagi, bukan kami (pelajar USIM) sahaja yang datang mengunjung ke sana malah satu rombongan lagi dari Singapura yang terdiri daripada makcik dan pakcik..(sebaya dengan mak dan ayah saya..maybe dah mempunyai cucu) juga turut serta dalam taklimat tersebut. Ada sahabat saya sempat bertanya tentang tujuan mereka berkunjung ke tempat itu, mereka mengatakan bahawa mereka ingin melihat sendiri keunikan mushaf-mushaf lama yang disimpan di Yayasan Restu... saya sendiri melihatnya..memang unik!


Warga singapura kusyuk mendengar taklimat..

Selain tulisan khat yang menjadikan tempat itu menjadi satu tarikan. Tambahan pula, Malaysia juga terkenal dengan rakyat yang ramai meminati khat dan yang banyak menceburi bidang penulisan khat. Malah, ramai yang sudah berjaya dalam bidang tersebut. Begitulah pandangan masyarakat luar terhadap keunikan tulisan khat.

Kalau diikutkan, banyak lagi ayat-ayat quran yang menggunakan pelbagai tulisan khat kat dalam tu..tapi atas sebab-sebab tertentu, menangkap gambar adalah dilarang, hanya di tempat-tempat yang tertentu saja yang dibenarkan..nie antara yang sempat saya ambik..




 dari bumbung..






Apa yang uniknya?

Bagi saya, pengalaman mempelajari khat sangat indah dan tak dapat dilupakan..Ia bermula sejak sekolah menengah agama dahulu. Saya pasti, sahabat2 juga telah mempelajarinya. Sama ada berbakat atau tidak, setiap manusia mempunyai keisimewaan tersendiri. Berbalik pada lawatan tadi, ada suatu tempat yang sangat menyentuh hati saya dan sahabat2 ketika kami mengunjunginya. Ia adalah tempat yang paling istimewa dalam hidup sesiapa pun..iaitu replika tempat Rasulullah s.a.w bersama keluarga semasa hayat baginda. Pakaian, tempat solat, tempat makan, jenis2 makanan yang dimakan oleh Rasulullah, dapur dan banyak lagi. Sungguh tenang tika melewati ke tempat itu. Untuk menjaga kemaslahatan tempat tersebut, kami dilarang menangkap gambar. Maka,  hanya yang berkunjung ke sana dapat merasainya..Tajuk blog saya kali ini "Uniknya kamu" yang dimaksudkan oleh saya adalah al-Quran dan replika Rasulullah s.a.w. Kerana kedua2nya sangat indah dan membuat saya kagum malah menyentuh hati setiap yang merasainya sendiri.

Apa yang penting dalam lawatan ini adalah niat yang ikhlas untuk mengenali dan mendekati al-Quran. Maka, jalan untuk mempelajari keunikan itu akan jadi mudah. Dan minat akan lahir lebih mendalam lagi. Salah satunya adalah mempelajari bahasa Arab. Kerana ia adalah bahasa al-Quran dan bahasa Jannah (syurga)..dalam solat pun kita praktik bahasa Arab.. Selain itu, mempelajari khat nie perlulah secara perlahan-lahan.. kena ada rasa minat yang mendalam terhadapnya..mempelajari khat nie kena penelitian dan fokus betul2..baru hasilnya sedap mata memandang..^_^! Tulisan jawi juga memainkan peranan penting dalam memahami al-Quran kerana ia salah satu pendekatan untuk mempelajari bahasa Arab. Maka tidak hairanlah tulisan jawi dipraktikkan dalam pembelajaran sekarang. Sebelum saya dan sahabat2 meninggalkan Yayasan Restu, kami sempat hadir bengkel mempelajari khat. Ada 2 orang ustaz yang mengajar kami, mereka adalah pelajar dari Kolej Yayasan Restu . 

Kat bawah nie plak tulisan khat ustaz kat bengkel Yayasan Restu..^_^..cantik!

Khat Diwani Jali

 Khat Diwani

 Khat Raq'ah

 Khat Tuluth

Teringat pulak sewaktu semester 1, saya ada mempelajari khat. Lihatlah hasilnya..ini kerja secara berkumpulan, atas bimbingan Ustaz Firdaus.

Khat Tuluth

Uniknya al-Quran niee..!!

Nie sewaktu nak beli al-Quran kat FPQS,USIM..
nak tunjuk salah satu keunikan al-Quran yang kat pasaran sekarang!
ambik gambar nie sebab nak tanya pendapat kakak, hadiah untuknya!
Surprises!

Sebenarnya, kami pergi 3 tempat pada hari tu..selepas ke Yayasan Restu, kami mengunjungi Komplek PKNS, Shah Alam..kemudian ke I-City...alhamdulillah, pengalaman yang menarik sekali!

Ini saja dari saya..harap tak jemu dan bosan! Salam..^_^

6 comments:

shauqahimtiyaz said...

Assalamualaikum w.b.t.Subhanallah!Satu ungkapan yang tidak dapat ana lupakan semasa mengikuti program bersama pemilik blog ini pada hari yang sama,kami memasuki replika rumah Rasulullah S.A.W.
Tidak dapat menahan sebak rasa di hati kerana dapat masuk ke rumah Rasulullah walaupun ianya adalah sebuah replika. Rasa kagum dihati kerana dapat masuk bilik Saidatina Fatimah r.a.Tidak sia-sia ana mengikuti program ini kerana ianya amat bermanfaat dalam hidup ana.Ana yakin dan percaya bahawa Rasulullah melihat perbuatan kami.Subhanallah! Ana begitu teruja. Rasa seperti tidak mahu balik dan ingin menetap di sana kerana ianya adalah "Rumah Rasulullah S.A.W".Selawat ke atas Baginda S.A.W.

Adamiah Daud said...

Wa alaikum mussalam..alhamdulillah, memang ianya x dpt dilupakan..jika diberi peluang utk ke sana lagi, in sha Allah..xkan lepaskan peluang tuu..sama2 mengingati Rasulullah dgn berselawat padanya..Allahumma solli wa sallim wa barik alaih..^_^

adeq mah said...

waaahhh blog akak.. byk input larrrrrrrr.... best lar blog akak ni.... ok good luck with your blog yer...........

AtiqahSidi said...

tok aci la sep ni g.. ambe sore tok gi..huhu :(

Unknown said...

masyaAllah...seronoknye...
tapi, kawe dok reti la tulis khat...
tulisan kawe nie unik sgt... hihihihi...
tapi, kawe suko khat raq'ah...

Peringatan utk diri & kawan2:-
* Hiasi diri dengan kemuliaan Al-Quran...
* Jangan lupa baca Al-Quran setiap hari, walau busy macam mana pun, kalo x boleh nk baca sangat, dengar lah ayat Al-Quran...nest semuakn dah canggih, jangan lupa letak surah2 Al-Quran skali dlm nset ^_^
* Dan yang terakhir, AKU RINDU KEKASIHKU... :(
ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA MUHAMMAD,
WA 'ALA ALIHI WASAHBIHI WASALLIM

Adamiah Daud said...

he2..ye ke x reti?? belum cuba blum tau..dah suka pd khat, kira ok la tuh..

*betul tuu..dh hndset xleh dgr mp3, beli je mp3 tuk ltak bacaan Al-quran..
*syukran ats perkongsian & peringatan yg bermnfaat ukhti Syazwani..
mantapkn diri dgn al-Quran..^_^