Tuesday 26 March 2013

kiTa dAn iBu..

Mother..


Baca dan renungkan..

Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah Subhanallahu Wa Ta’ala bersama-sama kita, janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu.

KETIKA BERUSIA SETAHUN
Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.



APABILA BERUSIA 2 TAHUN
Ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

MENJELANG USIA 3 TAHUN
Ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
Ibu membelikan sekotak pensel warna, kita mengucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

BERUSIA 5 TAHUN
Ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

SETELAH 6 TAHUN
Ibu memimpin kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit “Tak nak! Tak nak!”.

APABILA BERUSIA 7 TAHUN
Ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap cermin jiran.

MENJELANG USIA 8 TAHUN
Ibu belikan aiskrim, kita mengucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
Ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

BERUSIA 10 TAHUN
Ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.



APABILA BERUSIA 12 TAHUN
Ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

MENJELANG USIA 13 TAHUN
Ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
Ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis 
sepucuk surat pun.

KETIKA BERUSIA 15 TAHUN
Ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

MENJELANG USIA 18 TAHUN
Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

"Anakku sayang..."

"Buat yang terbaik ye nakk.."


KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
Ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

BERUSIA 20 TAHUN
Ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata; “Itu bukan urusan ibu”.

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
Ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata; “Saya tak mahu jadi seperti ibu”.

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
Ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan. “Perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan aku!”.

MENJELANG USIA 24 TAHUN
Ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut; “Ibuuu, tooooooolonglahhh?”.

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
Ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

PADA USIA 30 TAHUN
Ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, “Itu dulu, sekarang zaman moden”.



KETIKA USIA 40 TAHUN
Ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata; “Kami sibuk, tak ada masa nak datang”.

APABILA BERUSIA 50 TAHUN
Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

DAN KEMUDIAN SATU HARI…
Kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan airmata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

SEDARI & RENUNGKAN..


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: 

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) "-Surah Al-Luqman,14



Ayuh sahabat..
*Taat pd ibu bapa selagi tidak bertentangan dgn syarak
*Bercakap dgn lemah lembut terhadap mereka
*Menginsafi betapa besarnya pengorbanan mereka
*Mendoakan ibubapa kita
*Memelihara ibubapa yang sudah tua

P/s: 
Ingat balasan Allah swt:
 Segala yg kita lakukan walau sekecil mana sekalipun akan dibalas oleh Allah Ta'ala.
 selalulah melakukan sesuatu itu dengan Bismillah..^_^


No comments: