Bismillahirrahmanirrahim..
Ukhti,
Aku mohon sedikit ruang dan waktu,
Untuk menghabiskan separuh daripada sisa-sisa hidupku,
Dengan memberi apa yang sepatutnya padamu,
Aku harap ianya tidak menganggu ruang dan waktumu,
Terutamanya tika dirimu sedang berhadapan dengan-Nya.
Dengan keizinan-Nya jua.
Ukhti,
Maafkan aku kerana menduga hatimu,
Maafkan aku kerana menyentuh hatimu,
Ruangan itu bukan untuk dipermainkan,
Ruangan itu perlu dijaga seindahnya,
Ruangan itu bukanlah jaminan abadi,
Dan aku bukanlah untuk ruangan itu,
Aku hadir untuk sementara saja.
Ukhti,
Aku siapa kau siapa?
Mungkin tak layak aku memanggilmu ukhti,
Ketahuilah, aku tidak pernah peduli..
Perbezaan apapun antara kita,
Asal keturunan kita..
Darah kacukan kita..
Hitam atau putih kita..
Dan seangkatan dengannya..
Ukhti,
Payahnya menangkis api cemburu manusia,
Ada saja pandangan serong terhadap kita,
Hakikatnya inilah duri-duri dunia,
Aku tidak bosan menghadapinya,
Aku tidak jemu menongkah arusnya,
Biar sakit dan derita yang diterima,
Aku percaya pada Allah sepenuhnya,
Kasih sayang kerana-Nya adalah bahagia.
Ukhti,
Mungkin salah..
jika terlalu mempedulikan hati orang lain,
Mungkin melampau..
jika sengaja menduga hati orang lain,
Memang sukar..
untuk memahami hati orang lain,
Memang benar semua itu..
Ukhti,
Mungkin kau pernah merasa..
Begitu sukar untuk meletakkan diri..
Baik atau sempurna di mata manusia..
Itulah pandangan manusia..
Yang penuh dengan kebencian..
Yang terasa nilaian diri lebih hebat..
Tiada airmata untuk perasaan ini.
Ukhti,
Mungkin kau pernah merasa..
Ada hal yang menyerabutkan bermain di minda,
Ada hal yang menyakitkan terasa di hati,
Ada hal yang kabur di sekeliling,
Payah sekali saat itu,
Sungguh, Allah ingin menguji.
Ukhti,
Kadang-kadang terasa lemah,
Kadang-kadang terasa kuat,
Seolah-olah diri bukan yang sebenarnya,
Inilah lumrah dalam kehidupan,
Semua perkara akan ada perubahan.
Ianya sekelip mata.
Ukhti,
Alangkah indahnya jika bersendirian,
Berzikir pada-Nya, berfikir tentang kebesaran-Nya,
Alangkah indahnya dalam diam,
Bertambah kekusyukan pada-Nya,tiada kekusutan,
Alangkah indahnya dapat menghilangkan,
Kepahitan dan parut kelukaan yang mendalam.
Ukhti,
Nota keinsafan yang ada pada diri,
Usah dibiarkan ia berlalu pergi,
Kita memerlukan ia dalam bermuhasabah diri,
Kita ada istiqomah yang ingin dikejari,
Kita punya matlamat yang ingin dicapai,
Bangkitlah sebagai Muslimah Sejati,
Bersemangatlah wahai diri,
Bersemangatlah ukhti..
Ukhti,
Dalam sebuah pertemuan,
Biar awalnya ada kekalutan,
Perjalanan seterusnya adalah perjuangan,
Perjuangan yang memberi kematangan,
Kematangan dalam kehidupan,
Kehidupan yang ada cabaran dan dugaan,
Allah jua tempat memohon pertolongan,
Dan akhirnya ada kesenangan.
Ukhti,
Saat yang lepas milik ALLAH,
yang akan datang dalam rahsia ALLAH,
yang kita miliki detik ini, tetap hak
ALLAH,
inilah masanya untuk kita kembali kepada
ALLAH.
“Selagi bernafas, sama-sama mujahadah
nafs.”
Puisi ini buat ukhti yang sentiasa
disayangi, dikasihi, dan di hati.
Siapapun ukhti..percayalah, kita
bersaudara…^_^.
Wallahu a’lam.
3 comments:
sapelaaa agaknya "ukhti" tu... rsanya bkn sy.. =)
eh..x specific kt satu org je..sume yg bergelar "ukhti" la..yg betul2 mgenali saya..^_^..mybe awk trmasuk skali..he2
Best wahai ukhti
Post a Comment