Segala puji bagi Allah yang telah
menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat
petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. [Al-A’raaf,43]
Alhamdulillah untuk semuanya..kali ni nak
mengulas secebis coretan yang agak panjang dalam ‘Nota Hatiku’...selagi
berkesempatan. Ingin saya kongsikan sebuah kisah yang begitu menyentuh hati,
untuk mengingatkan kita semua agar mensyukuri tarikan nafas kita pada hari ini
dengan bersegera pada ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Kerana esok,
atau mungkin sesaat lagi, kita akan berlalu dari dunia ini, menuju kepada
kebahagiaan abadi, atau siksa abadi....!
Dia Adalah Saudariku!!
Pipinya cengkung, dan kulitnya membalut
tulangnya. Hal itu tidak menghentikannya kerana kamu takkan melihatnya tidak
membaca Al-Qur’an. Dia selalu terjaga di ruang solatnya yang ayah bangunkan untuknya. Ruku’, sujud, dan mengangkat tangannya ketika solat, seperti itulah
dia sejak fajar hingga matahari terbenam dan kembali lagi, kejenuhan itu untuk
orang lain (bukan bagi dirinya). Adapun
aku, aku dengan minatku tidak lain selain majalah fashion dan novel. Aku gemar
menonton video hingga perjalananku ke tempat sewa, video menjadi trademark-ku.
Ada sebuah pepatah bahawa jika sesuatu telah menjadi kebiasaan, orang-orang
akan mengenalimu dengannya. Aku lalai dari kewajipanku dan solatku ditandai
dengan kemalasan.
Suatu malam, setelah tiga jam yang panjang
menonton, aku mematikan video. Azan dengan lembut membangunkan malam. Aku
menyelinap dengan damai ke dalam selimutku. Suaranya memanggilku dari ruang solatnya.
“Ya? Kamu ingin sesuatu Soleha?” Tanyaku.
Dengan jarum tajam dia memecahkan rencanaku.
“Jangan tidur sebelum kamu solat subuh!”
“Agghh! Masih ada waktu satu jam sebelum subuh,
Itu hanya Azan pertama.” Kataku. Dengan suaranya yang merdu dia memanggilku
mendekat. Dia selalu seperti itu bahkan sebelum penyakit ganas itu menggoncangkan
jiwanya dan menahannya di tempat tidur.
“Hanan, sudikah kamu duduk di sisiku?” Aku
tidak pernah dapat menolak permintaannya, kamu dapat merasakan kemurnian dan
keikhlasan pada dirinya.
“Ya Soleha?”
“Duduklah di sini.”
“Baiklah, aku duduk. Apa yang kamu fikirkan?” Dengan
suaranya yang manis dia membaca: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.” (QS Al- Imran
[3] : 185)
Dia berhenti sambil berfikir. Kemudian dia bertanya,
“Kamu percaya pada kematian?”
“Sudah tentu.” Jawabku.
“Adakah kamu percaya yang kamu akan bertanggungjawab
terhadap apapun yang kamu kerjakan, tidak perduli itu kecil atau besar?”
“Aku
percaya, tetapi Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang, dan kehidupan
masih panjang menantiku.”
“Hentikan Hanan! Tidakkah kamu takut dengan
kematian dan kedatangannya yang tiba-tiba? Lihat Nurul. Dia lebih muda darimu
tetapi dia maut dalam kemalangan jalan raya. Kematian buta terhadap usia dan umurmu
tidak dapat mengukur bilakah kamu akan mati.”
Kegelapan kamar itu memenuhi kulitku dengan
ketakutan. “Aku takut gelap dan sekarang kamu menakutiku dengan kematian.
Bagaimana aku hendak tidur sekarang? Soleha, ku ingat kamu sudah berjanji untuk
pergi bercuti bersamaku sepanjang musim panas ini.”
Suaranya pecah dan hatinya gementar “Aku mungkin
akan menempuh percutian yang panjang tahun ini Hanan, tetapi di tempat yang
lain. Kehidupan kita semua berada di tangan Allah dan kita semua adalah
milik-Nya.” Mataku basah dan air mataku mengalir di kedua-dua pipiku. Aku memikirkan
penyakit ganas saudariku. Doktor telah memberitahu kepada ayahku secara peribadi,
tidak banyak harapan Soleha dapat mengalahkan penyakitnya. Dia tidak diberitahu,
aku tertanya-tanya, siapa gerangan yang
memberitahu kepadanya. Atau adakah dia dapat merasakan kebenaran?
“Apa
yang kamu fikirkan Hanan? Suaranya terdengar tajam.
“Kamu ingat aku katakan ini hanya kerana aku
sakit? Aku harap tidak. Bahkan, aku mungkin hidup lebih lama dari orang-orang
yang sihat. Berapa lama kamu akan hidup, Hanan? Mungkin dua puluh tahun? Mungkin
empat puluh? Seterusnya apa?” Dalam gelap dia menyentuh tanganku dan menekannya
lembut.
“Tidak ada perbezaan antara kita. Kita semua
akan pergi meninggalkan dunia ini untuk tinggal di dalam Syurga atau sengsara
di dalam Neraka. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga, maka sungguh ia telah beruntung. (QS Al-Imran [3] : 185)
Aku meninggalkan kamar saudariku dalam keadaan
samar, kata-katanya mengiang di telingaku, “Semoga Allah menunjukimu Hanan,
jangan lupakan solatmu.” Ku mendengar tangisan di pintuku pada pukul lapan pagi.
Aku tidak biasa bangun di waktu seperti ini. Ada tangisan dan kebingungan. Ya
Allah, apa yang terjadi? Keadaan Soleha menjadi kritikal setelah subuh, mereka segera
membawanya ke hospital. Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.
Tidak akan ada percutian pada musim panas ini. Telah
ditakdirkan aku akan menghabiskan musim panas di rumah. Seolah-olah waktu
berlalu selamanya ketika tiba jam 1 petang. Ibu menelefon hospital. “Ya, kamu
semua boleh datang dan menjenguknya sekarang.” Suara ayah berubah dan ibu dapat
merasakan sesuatu yang buruk telah terjadi. Kami segera berangkat. Di mana
jalan yang sering ku lewati dan ku rasa sangat singkat? Mengapa ini terasa begitu
lama? Di mana-mana kesibukan dan lalu lintas yang selalu memberiku kesempatan
untuk menoleh ke kiri dan ke kanan? Semua orang menyingkir dari jalan kami! Ibu
menggelengkan kepalanya dalam tangannya menangis ketika dia mendoakan Soleha.
Kami tiba di lobi hospital. Seorang lelaki mengerang, sedangkan yang lainnya
meninggal dalam kemalangan. Dan mata lelaki yang seorang lagi terlihat sedingin
ais. Kita tidak mampu memastikan adakah
dia mati atau hidup. Soleha berada dalam wad ICU.
Kami menaiki tangga menuju ke lantai (wad)nya.
Jururawat mendekati kami, “Mari saya tunjukkan kamu wad Soleha.” Ketika kami
berjalan sepanjang koridor, jururawat bercerita betapa manisnya Soleha. Sedikit
banyak dia meyakinkan ibu bahawa keadaan Soleha lebih baik daripada pagi tadi.
“Maaf. Tidak boleh lebih dari satu
orang pengunjung
memasuki wad.” Kata jururawat tersebut. Ini
adalah wad ICU. Menatap ke arah jubah putih
selembut salju, melalui jendela kecil di pintu,
aku melihat mata saudariku. Ibu berdiri di
sisinya. Setelah kurang-lebih dua minit, ibu
keluar kerana tak dapat menahan tangisannya.
“Kamu boleh masuk dan mengucapkan
salam kepadanya dengan syarat kamu tidak berbicara terlalu lama dengannya,”
mereka berkata kepadaku. “Dua minit cukup.”
“Bagaimana keadaanmu Soleha? Kamu baik-baik saja
semalam saudariku, apa yang terjadi?” Kami berpegangan tangan, dia menekannya lembut.
“Sekarang pun, alhamdulillah, aku baik-baik
saja.”
“Alhamdulillah... tapi.. tanganmu
sangat dingin.” Aku duduk di sisi tempat tidurnya dan meletakkan tanganku di
lututnya. Dia tersentak.
“Maaf, sakit ya?”
“Tidak, hanya saja aku teringat
firman Allah; dan bertaut betis (kiri) dan betis (kanan)[Kerana hebatnya penderitaan di saat akan
mati dan ketakutan akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat.]-QS
Al-Qiyamah;29”
“Hanan, doakan aku. Mungkin aku
akan segera bertemu hari pertama
dari hari akhirat (yakni
di kuburan). Itu adalah perjalanan yang panjang dan aku belum mempersiapkan amalan yang cukup dalam
perbekalanku.”
Sebutir air mata menitik dan meluncur ke pipiku
mendengar kata-katanya. Aku menangis dan dia ikut menangis bersamaku. Ruangan
menjadi kabur dan membiarkan kami dua bersaudara menangis bersama. Titisan air
mata jatuh ke telapak tangan saudariku, yang ku genggam dengan kedua tanganku.
Ayah saat ini menjadi lebih khuatir melihatku. Aku tak pernah menangis seperti
ini sebelumnya. Di rumah dan ditingkat atas di kamarku, aku menyaksikan
matahari berlalu dengan hari yang penuh kesedihan. Kesunyian mengapung di
koridor rumah kami. Secara bergiliran sepupu-sepupuku masuk ke kamarku. Banyak
pengunjung dan semua suara bercampur baur di lantai bawah. Hanya satu hal yang
jelas saat itu – Soleha telah pergi! Aku berhenti membezakan siapa yang datang
dan siapa yang pergi. Aku tidak dapat mengingati apa yang mereka katakan. Ya
Allah, di mana aku? Apa yang terjadi?
Bahkan aku tidak dapat menangis lagi. Beberapa
hari kemudian mereka menceritakan kepadaku apa yang terjadi. Ayah telah menarik
tanganku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudariku untuk yang terakhir
kalinya. Aku mencium kepala Soleha.
Aku hanya teringat satu hal ketika
menyaksikannya terbujur di tempat tidur – tempat di mana dia akan meninggal.
Aku teringat ayat yang dibacanya: “dan bertaut betis (kiri) dan betis (kanan).”
Dan aku tahu pasti kebenaran ayat berikutnya: “kepada
Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau.” (QS Al-Qiyamah [75] : 30)
Aku menyusup ke ruang solatnya malam itu.
Menatap pada pakaian yang diam dan cermin yang bisu. Aku bersungguh menjaga dia
yang telah berkongsi rahim ibuku denganku. Soleha adalah saudara kembarku. Aku
teringat dia yang dengannya aku berkongsi kesedihan, memberi ketenangan di
hari-hari hujanku. Aku teringat dia yang berdoa agar aku mendapat petunjuk dan dia
yang menitiskan begitu banyak air mata pada kebanyakan malam yang panjang
mengingatkanku akan kematian dan hisab. Semoga Allah menyelamatkan kami semua.
Malam ini adalah malam pertama Soleha yang
perlu dia lalui di kuburnya. Ya Allah, rahmatilah dia dan terangilah kuburnya. Inilah
Al-Qur’an dan sajadahnya. Dan inilah pakaian berwarna mawar musim lalu yang dia
katakan kepadaku akan disimpannya sampai dia berkahwin, pakaian yang hanya disimpannya
untuk suaminya kelak. Aku teringat saudariku dan menangisi semua hari-hari yang
telah lalu. Aku berdoa kepada Allah agar melimpahkan rahmatnya kepada kami,
menerima ibadahku dan mengampuniku. Aku berdoa kepada Allah untuk meneguhkan Soleha
di dalam kuburnya sebagaimana yang selalu dia ucapkan di dalam doanya. Pada
saat itu, aku berhenti. Aku bertanya kepada diriku apa jadinya jika akulah yang
mati. Ke mana aku akan menuju? Ketakutan memenuhiku dan air mataku mulai
mengalir lagi.
Allahu
Akbar. Allahu Akbar.... “Azan pertama terdengar lembut dari masjid. Ia
terdengar begitu indah kali ini. Aku merasa tenang dan nyaman ketika mengikuti
bacaan muadzin. Ku lilitkan syal di pundakku dan berdiri untuk solat subuh. Aku
solat seolah-olah itulah solat terakhirku, solat perpisahan. sama seperti apa
yang Soleha lakukan kelmarin. Itu adalah solat subuh terakhirnya. Kini, dan
Insya Allah sepanjang sisa hidupku, jika aku bangun di pagi hari aku tidak lagi
menganggap akan hidup hingga malam, dan di malam hari aku tidak menganggap akan
tetap hidup di pagi hari. Kita semua akan menuju perjalanan ke tempat Soleha. Apa yang telah kita persiapkan
untuknya?
Sumber: Azzaman al-Qadim, Maktabah
Raudhah al-Muhibbin
Semoga kisah ini bermanfaat buat pembaca dan
buat diri saya juga. Sekiranya ada kesilapan dalam penulisan ini harap
dimaafkan.. Wa Allahu a’lam.
JADILAH ANAK-ANAK AKHIRAT
Ali bin Abi Thalib berkata:
“Dunia itu akan pergi menjauh. Sedangkan
akhirat akan
mendekat. Dunia dan akhirat tesebut
memiliki anak. Jadilah
anak-anak akhirat dan janganlah kalian
menjadi anak dunia.
Hari ini (di dunia) adalah hari beramal
dan bukanlah hari
perhitungan (hisab), sedangkan besok (di
akhirat) adalah hari
perhitungan (hisab) dan bukanlah hari
beramal.”
(HR. Bukhari secara mu’allaq –tanpa
sanad)
2 comments:
sedih nye cter ni..smga bermanfaat utk semua..tq post kn cter ni..
salam, ukhti.. sungguh, kisah ini sangat menjentik rasa hatiku.. membuka mata, membangunkan jiwa, betapa kemanisan dunia hanya sementara.. betapa perjalanan hidup ini terlalu singkat.. terlalu singkat utk disia2kan.. =']
Post a Comment