Monday 18 July 2011

Berkatalah benar walau ia adalah pahit

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam kemaafan..salam jihad!

(Harap maaf..blog ini bukan untuk menyatakan perasaan tidak puas hati!!)
Bukan sengaja..ia adalah hakikat hidup.Berikan senyuman ketika membaca..(",)



Berkatalah benar walau ia adalah pahit. Dalam kehidupan ini manusia tak lepas dari kesalahan. Memang susah jika kita tiada sokongan sesiapapun yang boleh membantu kita untuk berubah menjadi sebaik-baik manusia. Padahal kita amat memerlukan seseorang yang boleh membimbing kita ke jalan-Nya. Adalah lebih baik ada orang yang sudi bersama-sama kita untuk menyelami ilmu dakwah.

Maksud hadis: Telah berkata Nu'man bin Basir, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Kamu akan melihat orang mukmin dari segi persaudaraan dan kasih sayang mereka seperti anggota badan, apabila sakit salah satu  anggota maka keseluruhannya akan berjalan malam dan sama-sama merasai kesakitannya."

Bersaudara kerana Allah semata, adalah terbaik buat diri merasai kemanisan ukhuwah. Hadis Nabi menyatakan bahawa bersaudara itu umpama anggota badan yang mana tiap-tiap darinya perlu menjaga tiap dari yang lain. Diri ini memerlukan kekuatan! Bagaimana ingin memulakan langkah sekiranya salah satu anggota sakit?Dan anggota lain tidak pula memainkan peranan..oh kekuatan datang dari Allah s.w.t..

Elemen/unsur-unsur kekuatan
  1. Rohani (IMAN)
  2. Motivasi (SEMANGAT)
  3. Ilmu (KEPAKARAN)
  4. Jasmani (KESIHATAN)
  5. Ukhuwah (PERPADUAN)
  6. Kebendaan (EKONOMI)

p/s: Boleh nak buat camni slalu..??huhu..


Jujur diri ini ingin luahkan..hati ini banyak terguris,entah masalah apa yang menganggu diri hingga untuk melakukan kebaikan disalah ertikan. Mungkin berkata jujur terlalu pahit. Aduh!Ya Allah Engkau ajarkanlah padaku perkara benar yang aku tidak tahu.Mungkin diri ini masih dhoif dalam menyampaikan sesuatu. Temukan daku dengan orang2 yang  mencintai-Mu ya Allah,yang mencintaiku dan menyayangiku kerana mencintai-Mu. Amin.

Hayati(kehidupanku)

Kerasnya hatiku untuk berbakti
Pada dunia yang penuh duri
Tanpa iman yang teguh
Diri ini pasti roboh
Lembutnya gergaji mengalahkan gigi
Hakikatnya manusia masih tak sedar diri
Kekal dengan kesalahan
Sukar untuk melawan
Bertambah dengan godaan
Mampukah SYURGA menjadi idaman?
Tingkatkan IMAN, tambahkan AMALAN
Kurangkan DOSA, hindari MAKSIAT
Hayati lillahi Ta’ala..

p/s: Aku tetap tersenyum..



Syukran,wasalam.

No comments: