Thursday 21 July 2011

Naik salah, turun pun salah




Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang keldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orang ramai. Ada di antara mereka berkata : “Ini kes aniaya, keldai dah la kecil. Dua-dua orang pula naik. Kan tu menyeksa binatang..tak ada perikemanusiaan langsung”.
           
           Si bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun membiarkan anaknya bersendirian di atas keldai. Si bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orang ramai. Sekali lagi ada yang komen : “Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai, bapanya 
dibiarkan berjalan kaki”.


           
       Si anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas keldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan : “Bapa tak ada otak, dia sedap naik keldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan kaki”.


           
       Mendengar komen itu, si bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Keldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang lagi. Masih ada yang komen. “Apalah bodohnya orang tua ni. Ada keldai tapi tak mahu naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa keldai!”.
           
    Mendengar kata-kata ini, si bapa pun memberitahu anaknya. “Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka, rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik untuk kita. Jangan pedulikan komen mereka..”.


MORAL DAN IKTIBAR
v  Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang.
v Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut secara melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.
v  Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.
v  Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Sekian, wasalam.







No comments: