Thursday 9 June 2011

Perintah Solat di Malam Isra' dan Mikraj


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, 
"Abu Dzarr r.a. menceritakan bahawasanya Nabi Muhammad saw bersabda, 'Dibukalah atap rumahku dan aku berada di Mekah. Turunlah Jibril a.s. dan membelah dadaku, kemudian dicucinya dengan air zamzam lalu membawa mangkuk besar dari emas, penuh dengan hikmah dan keimanan, lalu ditumpahkan ke dalam dadaku, kemudian ditutupkannya. Ia memegang tanganku dan membawaku ke langit dunia. Ketika aku tiba di langit dunia, berkatalah Jibril kepada penjaga langit, 'Bukalah.' 

Penjaga langit itu bertanya, 'Siapakah ini?'

Dia (jibril) menjawab, 'Ini,  Jibril.' 

Penjaga langit itu bertanya, 'Apakah Anda bersama seseorang?' 

Dia menjawab, 'Ya, aku bersama Muhammad saw.' 

Penjaga langit itu bertanya, 'Apakah dia diutus?' 

Ia menjawab, 'Ya.' 

Ketika penjaga langit itu membuka, kami menaiki langit dunia. Tiba tiba ada seorang lelaki duduk di sebelah kanannya ada hitam-hitam (banyak orang) dan di sebelah kirinya ada hitam-hitam (banyak orang). Apabila dia memandang ke kanan, dia tertawa, dan apabila dia berpaling ke kiri, dia menangis, lalu dia berkata, 

'Selamat datang Nabi yang soleh dan anak lelaki yang soleh.' 

Aku bertanya kepada Jibril, 'Siapakah orang ini?' 

Dia menjawab, 'Ini adalah Adam dan hitam-hitam yang di kanan dan kirinya adalah adalah jiwa anak cucunya. Yang di sebelah kanan dari mereka itu adalah penghuni syurga dan hitam-hitam yang di sebelah kainnya adalah penghuni neraka.' 

Apabila dia berpaling ke sebelah kanannya, dia tertawa, dan apabila dia melihat ke sebelah kirinya,d ia menangis, sampai Jibril menaikkan aku ke langit yang ke dua, lalu dia berkata kepada penjaganya, 

'Bukalah.' Berkatalah penjaga itu kepadanya seperti apa yang dikatakan oleh penjaga pertama, lalu penjaga itu membukakannya."

Anas berkata, "Baginda menyebutkan bahawasanya di beberapa langit itu baginda bertemu dengan Adam, Idris, Musa, Isa, dan Ibrahim solawatullahi alaihim, namun baginda tidak menetapkan bagaimana kedudukan (posisi) mereka, hanya baginda tidak menyebutkan bahawasanya baginda bertemu dengan Adam di langit dunia dan Ibrahim di langit keenam." Anas berkata, "Ketika Jibril a.s. bersama Nabi Muhammad saw melewati Idris, Idris berkata, 

'Selamat datang Nabi yang soleh dan saudara lelaki yang soleh.' 

Aku (Rasulullah) bertanya, 'Siapakah ini?' 

Jibril menjawab, 'Ini adalah Idris.' 

Aku melewati Musa lalu dia berkata, 'Selamat datang Nabi yang soleh dan saudara yang soleh.' 

Aku bertanya, 'Siapakah ini?' 

Jibril menjawab, 'Ini adalah Musa.' 

Aku lalu melewati Isa dan dia berkata, 'Selamat datang saudara yang soleh dan Nabi yang soleh.' 

Aku bertanya, 'Siapakah ini?' 

Jibril menjawab, 'Ini adalah Isa.' 

Aku lalu melewati Ibrahim, lalu dia berkata, 'Selamat datang Nabi yang soleh dan anak yang soleh.' 

Aku bertanya,'Siapakah ini?' 

Jibril menjawab, 'Ini adalah Ibrahim as..'"

Ibnu Syihab berkata, "Ibnu Hazm memberitahukan kepadaku bahawa Ibnu Abbas dan Abu Habbah al-Anshari berkata bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, 'Jibril lalu membawaku naik sampai jelas bagiku Mustawa. Di sana, aku mendengar goresan pena-pena.' Ibnu Hazm dan Anas bin Malik berkata bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, 'Allah Azza wa Jalla lalu mewajibkan atas umatku lima puluh solat (dalam sehari semalam). Aku lalu kembali dengan membawa kewajiban itu hingga kulewati Musa, kemudian ia (Musa) berkata kepadaku, 'Apa yang diwajibkan Allah atas umatmu?' Aku menjawab, 'Dia mewajibkan lima puluh kali solat (dalam sehari semalam).' Musa berkata, 'Kembalilah kepada Tuhanmu kerana umatmu tidak kuat atas yang demikian itu.' Allah lalu memberi dispensasi (keringanan) kepadaku (dalam satu riwayat: Maka aku kembali dan mengajukan usulan kepada Tuhanku), lalu Tuhan mengurangkan separuhnya. 'Aku lalu kembali kepada Musa dan aku katakan, 'Tuhan telah mengurangkan separuhnya.' Musa berkata, 'Kembalilah kepada Tuhanmu kerana sesungguhnya umatmu tidak kuat atas yang demikian itu. 'Aku kembali kepada Tuhanku lagi, lalu Dia mengurangkan separuhnya lagi. Aku lalu kembali kepada Musa, kemudian ia berkata, 'Kembalilah kepada Tuhanmu kerana umatmu tidak kuat atas yang demikian itu.' Aku kembali kepada Tuhan, kemudian Dia berfirman, 'Solat itu lima (waktu) dan lima itu (nilainya) sama dengan lima puluh (kali), tidak ada firman yang diganti di hadapan Ku.' Aku lalu kembali kepada Musa, lalu dia berkata, 'Kembalilah kepada Tuhanmu.' Aku jawab, '(Sungguh) aku malu kepada Tuhanku.' Jibril lalu pergi bersamaku sampai ke Sidratul Muntaha dan Sidratul Muntaha itu tertutup oleh warna-warna yang aku tidak mengetahui apakah itu sebenarnya? Aku lalu dimasukkan ke syurga. Tiba-tiba di sana ada kail dari mutiara dan debunya adalah kasturi.'" 
Hadis riwayat Bukahri dan Muslim.


Kisah ini menunjukkan bahawa pentingnya solat dalam kehidupan manusia. Dan solat itu menjadi tiang bagi agama Islam. Islam itu indah,menyeluruh dan mudah. Tidak ada alasan untuk tidak melaksanakan perintah Allah SWT.

No comments: