Tuesday 21 June 2011

Ku hadiahkan padamu ibuku tersayang

Ummi..
Wahai wanita yang telah meredhai Allah S.W.T sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad S.A.W sebagai Rasulnya..
Wahai wanita yang meniti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran..
Wahai murabbiyah (wanita pendidik) yang berjuang dengan kalimahnya, memelihara norma-normanya dan membersihkan dirinya..
Wahai wanita yang sanggup berkorban demi amanah-Nya..
sungguh pilu dan sebak hati ini bila tak dapat bersama-sama berkorban..
Wahai wanita yang layak digelar ibuku..
kasihmu sungguh bermakna terhadap anak-anakmu..
kata-kata nasihatmu pelengkap kalamku..
Wahai wanita yang wajahnya penuh keceriaan..
ku sedar itu bila mana aku dan yang lain berjaya..
berjaya kerana Allah..Terima kasih ya Allah..
Wahai wanita yang ku cintai kerana-Nya..
akanku berusaha untuk menjadi anak penyejuk matamu..
biarku terbimbing dalam hidup yang diredhai Allah..
Wahai wanita yang ku cintai kerana-Nya..
doaku pada-Nya agar kau selalu di bawah jaga-Nya,perlindungan-Nya..
hingga ke syurga-Nya yang abadi..Amin.

Segala puji bagi Allah S.W.T yang sentiasa memberi nikmat pada hamba-Nya.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat baginda yang diredhai-Nya.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.Dan aku ingin seperti itu.Aku sayang ibu..aku sayang ayah..tak pernah bibir ini melafazkannya secara lisan.Padahal seorang anak perlu mengatakan itu pada orang tuanya.Tidak..aku ada cara tersendiri.Mungkin sukar bagiku untuk menurut cara seperti itu.Apa yang penting aku respect mereka..menuruti kehendak mereka..menjaga mereka sepenuh hatiku..membahagiakan mereka.. Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia..

Apapun..hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.Kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Untuk mencapai apa yang diinginkan,memerlukan jihad ..perlu lalui derita,perlu terimanya.Jika ditanya pada ibu dan ayah,apakah harapan mereka terhadap anak-anaknya?Bolehkah anak-anak menduganya?Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.Itulah anak-anak..tak dapat menduga tapi mencuba.


"Ya Allah,ampunilah dosa-dosaku dan kedua ibubapaku..berilah kami petunjuk dan rahmat-Mu,sesungguhnya Engkau sebaik-baik pemberi tiap-tiap sesuatu."

No comments: