Friday 23 May 2014

HATI TERUSIK SEKETIKA


Cuti study week bermula lagi…
Dah beli tiket nak balik kampung?” mesej Norjihan masuk. Waktu itu aku sedang membaca novel Cinta High Class karya Fatimah Syarha.
“Urmm..belum lagi. Tak tau lagi nak balik dengan apa…kereta api atau bas.” balas aku setelah menutup novel.
“Ohh..jom balik sekali. Biar saya je yang beli. Kebetulan nak ke Seremban, kita naik kereta api jelaa..jimat sikit.” balas Norjihan lagi dengan simbol senyum.
“Alhamdulillah..baiklah, saya ikut awak je. Syukran Jihan.” Aku membalas mesej Norjihan.
Afwan ukhti mahbubah” dia pantas membalas.
Dia merupakan sahabat baik aku sejak sekolah menengah. Kami bertuah kerana berada di tempat pengajian yang sama walaupun berbeza bidang pengajian. Ukhuwah kami belum diuji dengan jarak…^_^
Sewaktu di KTM Seremban…hari kami bertolak pulang..
“Tak sabar nak jumpa mak dan ayah. Baru tadi sempat call diorang.” aku mula meluahkan rasa yang terpendam di hati saat itu. Terlalu rindu keluarga di kampung.
“Samalah saya..rindu sangat2..awal2 lagi dah bagitau diorang nak balik hari nie” ujar Norjihan yang tadi senyap, dia meluahkan rasa seperti aku.
Tiba-tiba Norjihan berbisik padaku. Dia memberitahu ada seorang lelaki memandang ke arah kami sejak dari tadi. Aku tidak pula memandang lelaki tersebut, takut dia syak kami berbicara mengenainya. Hanya Norjihan yang sesekali memandang lelaki tersebut kerana bimbang ada perkara buruk berlaku. Bagaimanapun, aku menasihatkan Norjihan supaya mengabaikan lelaki tersebut. Mustahil lelaki itu akan melakukan sesuatu di tempat orang ramai iaitu di ruang menunggu kereta api sebelum ia tiba.
Dua minit berlalu, kereta api tiba ke Seremban. Waktu itu jam 21:56 malam. Kami segera mengambil beg dan mencari tempat duduk masing2. Aku dan Norjihan duduk bersama. Cerita mengenai lelaki tadi hilang begitu saja. Kami kepenatan lalu menyandarkan kepala di kerusi. Hampir setengah jam kereta api telah bertolak. Walaupun kepenatan kami tidak tidur kerana lampu yang cerah dan orang yang lalu-lalang di tengah2 laluan sedikit mengganggu. Jadi kami hanya menjadi pemerhati ketika itu.
Sedang kami memerhati orang, tiba2 terasa kami pula diperhati oleh seseorang yang berdiri di pintu (tempat orang masuk & keluar). Tambahan, dari tadi orang itu asyik ulang-alik di laluan sama dalam kawasan gerabak yang kami duduk dan berhenti pada pintu tersebut. Orang itu sedang bercakap dengan seseorang sambil memerhati ke arah kami. Ketika itu aku berasa tidak sedap hati. Ingin saja aku abaikan perasaan itu namun makin lama makin bimbang di hati. Aku terus memberitahu hal itu pada Norjihan. Selepas itu Norjihan diam2 mencuri tengok orang itu untuk mengetahui kebenaran apa yang aku beritahu. Ternyata Norjihan juga percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada orang itu. Orang itu adalah lelaki yang memerhati kami sebelum menaiki kereta api. Lelaki yang sama. Dia memikul beg galas yang besar, memakai cermin mata hitam, berbaju t-shirt biasa serta berseluar slack kelabu.
Gayanya seperti seorang askar. Itu gambaran yang Norjihan bagitahu aku apabila melihat lelaki itu. Aku pula hanya mengerling samar. Takut lelaki itu perasan. Tambahan pula, kelibat penumpang lain yang turut lalu-lalang menghalang pandangan. Sekali lagi aku menyuruh Norjihan abaikan saja lelaki itu dan kami berbual seperti biasa. Sedang rancak kami berbual, seorang makcik datang ke tempat kami.
“Anak, makcik ada sesuatu nak bagitau..” makcik itu bersuara sambil memberi senyuman yang sukar aku tafsir. Ada maksud di sebalik senyumannya.
Ye makcik..” aku pula bersuara sambil membalas senyuman. Norjihan hanya diam,. Hanya membiarkan aku berbicara. Fikiranku pula kosong, seolah-olah blur dengan kehadiran makcik tanpa diundang itu.
“Makcik nak tolong sampaikan pesanan seseorang..itu dia…” ujar makcik sambil menuding jari ke arah seseorang. Aku dan Norjihan memandang orang itu. Ya Allah, dia lagi. Bisik hatiku. Aku dan Norjihan saling berpandangan.
“Dia nak berkenalan dengan kamu..tapi dia malu nak bercakap. Jadi dia minta tolong makcik sampaikan.” makcik itu menambah lagi sambil menunjukkan jarinya ke arahku. Aku sedikit bingung. Norjihan hanya tersenyum apabila makcik menghalakan tangannya ke arahku. Aku mula fikirkan sesuatu. Lidah ku kelu untuk berkata, Norjihan pula sama seperti aku. Makcik itu pula masih di situ, menunggu jawapan. Manakala penumpang-penumpang lain kebanyakannya sudah tidur.
“Maaf makcik kalau saya berbahasa kasar…saya tak berapa jelas..” ringkas aku membalas bicara makcik itu.
“Tak mengapa..nanti makcik bagitahu dia ye..” tenang makcik itu berbicara sambil beredar. Adui..aku tak tahu nak cakap apa. Aku agak terkejut dengan apa yang berlaku. Aku memandang Norjihan, menunggu dia berkata sesuatu terhadap hal yang baru terjadi itu.
“Dia nak berkenalan dengan awak la tu..patutlah dia memerhati dari tadi. Dia dah berkenan dengan awak rupanya..hehe..” kata-kata Norjihan menambah lagi keresahan di hatiku. Aku menidakkan kata-kata itu dengan mengeleng kepala. Sementara itu, makcik itu datang kembali.
“Anak, makcik dah bagitahu dia. Dia cakap dia ikhlas nak mengenali kamu. Dia takut kamu menolak jika dia sendiri yang datang bagitahu. Dia inginkan jawapan dari kamu. Bagaimana kali nie?” kali ini makcik itu bernada serius. Tapi senyumannya masih lagi terserlah di wajahnya.
Belum lagi aku menjawab, tiba2 saja lelaki itu meluru ke arah kami. Makcik tadi terus beredar. Aku dan Norjihan terkejut. Lelaki tadi menundukkan kepala tanda hormat. Aku makin resah hingga diam melihat gaya lelaki itu. Norjihan lagi laa..mukanya kelihatan garang. Entah apa yang bermain di fikiran Norjihan.
“Assalamualaikum..maaf sebab mengganggu. Biar saya berterus-terang untuk semua hal yang terjadi seketika tadi. Apa yang makcik beritahu tadi memang benar. Saya betul2 nak berkenalan dengan saudari yang ini..” pantas lelaki itu berbicara. Sambil itu dia menunjuk jarinya ke arah aku.
“Nama saya Zamri bin Husaini, dari Pasir Mas. Saya bekerja sebagai askar. Saya minta maaf sekiranya cara saya ini tidak menyenangkan saudari. Saya ikhlas nak mengenali saudari, harap saudari sudi…” sambung lelaki itu tanpa berhenti.
“Maaf ye..dalam ramai2 perempuan, kenapa pilih  saya je, kawan di sebelah saya?” aku sengaja menduganya dengan menanyakan soalan itu. Aku pasti lelaki itu ada maksud lain.
Dua2 pun boleh tapi saya takut tengok muka kawan saudari nie, garang kot. Saudari nie manis je. Lagipun, sejuk saya tengok saudari berpakaian, bertudung labuh…menutup aurat camni. Mak saya sendiri pesan pada saya supaya cari isteri macam saudari.” jelas lelaki itu sambil senyum. Ya Allah, aku jadi malu bila lelaki itu berkata seperti itu. Rasa berdosa pun ada. Waktu itu hanya Allah je yang tahu apa yang ada di hatiku.
“Kalau sudi..boleh tak bagi nombor telefon saudari pada saya. Saya serius untuk mengenali saudari..” belum sempat aku berbicara, lelaki itu menyambung bicaranya.
“Maaf encik, saya tak pakai telefon bimbit. Jadi saya takde nombor telefon. Tapi ayah saya punya ada lah” aku berterus-terang sambil menunjukkan telefon. Ya, memang aku berkata benar. Aku tidak memiliki telefon bimbit sendiri. Aku hanya meminjam dari ayah untuk sementara. Masih belum berkemampuan membelinya sendiri. Yang ada sekerang pun akan dipulangkan tak lama lagi pada ayah.
“Kalau macam tu, bagi alamat rumah saudari boleh. Tolonglah..” lelaki itu mengeluarkan kertas dan pen dari begnya. Lelaki itu nampak bersungguh-sungguh menyebabkan aku berasa serba salah. Aku memandang ke arah Norjihan dengan harapan dia boleh berkata sesuatu. Aku tidak bijak untuk menghadapi situasi seperti ini. Hendak menolak dan hentikan semua ini, tetapi tidak tahu bagaimana. Norjihan tetap senyap. Mungkin terkilan dengan kata-kata lelaki itu tentangnya sebentar tadi. Sedang aku berfikir, lelaki itu menyambung lagi bicaranya, membuatkan aku makin tidak senang dengan tingkah-lakunya itu. Sesekali aku memandang sekeliling. Mujur semua penumpang tidur nyenyak. Mujur bicara lelaki itu tidak menyedarkan penumpang lain. Namun di hatiku tetap resah dengan situasi ini.
Lelaki itu masih lagi bercakap. Bercerita tentang latarbelakangnya. Aku terpaksa ‘melayan’ semuanya. Lelaki itu tidak merasa lenguh dan letih berdiri. Dia tidak malu untuk terus bercakap walaupun reaksi aku seperti tidak senang dengan situasi itu. Entah dia sedar atau tidak, aku tak tahu. Permintaannya tadi belum lagi tertunai. Aku masih belum memberi kata putus sebaliknya cuba menolaknya dengan ayat berkias.  Lelaki itu itu tidak faham malah tidak mahu mengundurkan diri, masih menanti jawapan daripada aku. Aduh…degilnya dia. Oleh kerana tidak mahu perkara ini berterusan, ditambah dengan kedegilan lelaki itu aku memutuskan untuk memberi alamat rumah aku kepadanya dengan syarat dia beredar dari tempat aku. Aku harap dia faham niat aku. Aku harap cara aku ini berhasil. Agak susah bagi memahamkan lelaki yang degil seperti dia.
Alhamdulillah…setelah aku memberi seperti yang diminta, dia terus beredar dan tidak kembali lagi. Aku berasa lega. Selepas itu, aku dan Norjihan berbual seketika, tidak menyangka hal itu akan terjadi. Kejadian ini adalah pengalaman yang baru buat insan seperti aku. Tidak pernah aku ditegur oleh seorang yang bernama lelaki seperti itu. Hatiku benar2 terusik. Perkara itu benar-benar mengajar aku. Aku tidak mahu mengulas panjang lagi mengenai kejadian yang berlaku ini. Selepas itu apa yang terjadi…
Lelaki itu telah mengirim surat dan kad raya kepada aku. Siap bagi fotonya sekali. Aduhai, aku ingat ia berhenti setakat pertemuan di dalam kereta api itu sahaja. Hatiku terusik lagi..hal itu aku ceritakan pada keluarga aku terutama mak dah ayah aku. Aku juga ceritakan satu persatu hal yang terjadi, dari mula hingga akhirnya. Mereka hanya tersenyum. Mereka juga menasihatkan aku agar berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Mengenai lelaki itu, aku tidak membalas suratnya. Melalui isi suratnya, dia mengatakan bahawa dia ingin menjadikan aku sebagai suri hidupnya. Namun pada masa itu, aku belum lagi bersedia untuk ke arah itu. Masih banyak lagi yang perlu difikirkan. Hati aku belum lagi terbuka untuk menerimanya. Aku membiarkan perkara itu begitu saja. Aku tidak berbuat apa2. Mungkin disebabkan aku tidak melayannya, dia membisu. Ini kerana aku tidak lagi menerima apa2 daripada lelaki tersebut. Hal aku dan dia terhenti di situ…^_^


 Wallahu a’lam.

No comments: