Thursday 12 June 2014

Hanya Ini Yang Mampu


Takyah la pegi lau takde bajet sgt..
Nak belanje hari2 pun tak cukup..
Dah tau takde duit, jangan nak join ape2..
Kalau pandai usaha sdiri takpe gak, goyang kaki je tak berhasil..
Nak suh paham mcmne lagi neh???..

Qalbiah mengadap diari lagi. Dia baru mencoret sesuatu yang ligat bermain di kepalanya. Dia menarik nafas panjang. Puas bermonolog dalam diari. Dia teringat dengan panggilan ibunya.

“Ibu boleh bagi sikit je..sebab bulan ni dapat tu je”                              

“Ok bu..takpe la..tak comfirm lagi pegi ke tak..”

“Kenape pulak? Hari tu cakap dah comfirm..”

“Ada perubahan sikit…”

“Nanti ada apa2 bagitau la ibu..jangan simpan sorang2 pulak. Jangan lupa makan ye..nanti gastrik lagi. Nak berjimat pun, biarlah kesihatan terjaga!”

“Insya’Allah bu..sayang ibu, ok..”

Qalbiah mencapai surat yang diberi rakannya tadi. Surat berkenaan dengan lawatan antarabangsa anjuran fakulti. Dia begitu teruja ingin melancong ke luar negara bersama teman-temannya. 

Bukan senang peluang begini hadir bagi insan sepertinya. Tak ada sponsor, tak ada sumbangan..itulah masalah yang dihadapinya. Jujurnya..duit tidak mencukupi! Namun, dia berusaha juga untuk mencapai dengan setakat yang mampu dia lakukan. Mungkin dia rasa mampu!

“Kalau kau betul nak pergi, aku boleh bantu. Duit simpanan aku ada.”

“Eh, bukan kamu nak guna untuk ambil lesen kereta ke?”

“Takpela..aku boleh cari lagi.”

“Serba salah pulak rasanya…nantilah aku fikir balik”

Qalbiah menerima mesej dari adiknya tadi. Dia makin risau. Makin ramai orang yang dia susahkan termasuk kakak dan abangnya.

“Nanti kak long bagi hujung minggu ni. Tak banyak la sebab akhir2 ni perlu belanja banyak untuk anak-anak kak long sebab gaji kak long tak masuk lagi. Yang ada sekarang duit suami kak long. Kamu jangan risau sangat ye..fokus pada belajar dulu..insya’Allah ada jalan nanti..”

Perlahan-lahan airmata Qalbiah keluar. Terharu dengan sikap ahli keluarganya. Walaupun masing-masing ada keperluan sendiri, masih lagi ingin membantunya. Hari itu jugak abangnya sms.

“Nanti aku mintak dengan bos aku…pinjam untuk pendahuluan dulu boleh kot. Kalau dapat aku bagitau kau. Ok.”

“Ok bang..”

Ya Allah…permudahkan urusanku. Tak sangggup lagi nak menyusahkan mereka.

* * * * * * * *


Maka akhirnya, apa yang dirancang tak semuanya berjaya. Oleh kerana masa untuk mengumpul duit adalah terhad, Qolbiah terpaksa membatalkan rancangannya untuk sama2 mengikuti teman2nya ke lawatan antarabangsa. Qolbiah terpaksa akur dengan ketentuan-Nya, ada hikmahnya.

“Saya tau awak excited sangat nak pergi. Saya nampak kesungguhan awak, menitis airmata saya sebab terharu dengan usaha yang awak tunjukkan. Awak tak suka susahkan orang kan? Sedih dapat tau awak tak dapat pergi. Saya tau semua tu..saya bertambah sedih bila tak dapat tolong awak..maafkan saya ye..saya doakan awak selalu..”

“Ya Allah, sahabatku..takde ape lah..saya yakin dengan janji Allah pada hamba2-Nya yang berusaha dan tidak berhenti berusaha..terima kasih sebab menyokong saya..dan juga mendoakan saya..sama2lah kita mendoakan..”

Qolbiah teringat perbualan bersama rakannya.

Qolbiah membuka semula diarinya.

Ya Allah, aku perlu berkorban juga. Mungkin kali ini bukan rezeki aku. Moga ada lagi peluang yang juga menjadi cita-citaku itu. Aku perlu berusaha sendiri dan keep berusaha. Tak perlulah nak susahkan ramai orang. Hanya ini yang mampu. Buatlah setakat yang termampu. Bukan terhenti di sini sahaja…^_^.


No comments: