Tuesday 10 December 2013

Sahabat yang DULU bukan yang SEKARANG


Assalamualaikum warohmatullahi wa barokatuh..

Sahabatku,
Masih ingat lagikah kamu pada pertemuan pertama kita?
Kau dengan tudung labuhmu yang menawan…
Tertutup rapi dan bersederhana dalam perhiasan…
Tutur katamu menyejukkan hati, mengingati mati…

Sahabatku,
Masih ingat lagikah kamu pada usrah kita?
Kau mengajarku erti pengorbanan masa dan tenaga…
Berkongsi pengalaman indah bersama-sama…
Mengeratkan hubungan sesama kita..

Sahabatku,
Masih ingat lagikah kamu pada
pesanan ustaz dan ustazah kita?
Jangan terpengaruh dengan kejutan budaya…
Jaga perbatasan hubungan antara lelaki dan wanita…
Fokus pada pembelajaran dan merai cita-cita…

Sahabatku,
Masih ingat lagikah kamu tentang matlamat perjuangan kita?
Untuk mencapai keredhaan-Nya…
Menerajui iman dengan kitab-Nya dan sunnah kekasih-Nya…
Mengajak insan lain berlayar bersama-sama…

Sahabatku,
Kenapa cepat sangat kamu berubah?
Mana kamu yang seperti pertemuan pertama kita?
Apakah usrah dan pengalaman indah kita hanya tinggal sejarah?
Bagaimana pula dengan pesanan-pesanan ustaz dan ustazah?
Masih bergetah lagikah matlamat perjuangan kita?

Sahabatku,
Aku masih ingat tentang kamu…
Yang tak jemu mengirim kata-kata motivasi…
Yang bertegur sapa bila bertemu…
Yang sangat suka memberi nasihat…
Yang aktif dalam soal jawab agama…
Yang tak kekok berkongsi masalah…
Yang tak lupa bertanya khabar…
Aku sangat-sangat rindukan kamu yang ini…

Sahabatku,
Begitu pantas masa berlalu…
Kesibukan menghambat peluang bertemu…
Sekali, kadang-kadang, jarang-jarang malah tiada langsung…
Itu tidak membuatkan aku begitu sedih tetapi…perubahanmu!
Seandainya aku yang berubah…katakanlah!

Sahabatku,
Maafkanlah aku seandainya semua ini tidak benar…
Sekadar mengingatkan aku dan kamu…
Sungguh, aku sangat-sangat mencintai kalian…
Hari ini, esok atau lusa…
Mungkin kita tidak akan berjumpa lagi…
Walaupun hanya setakat di dunia…
Walaupun untuk tempoh sementara…
Mungkin tiada lagi peluang ini di dunia…
Kerana pembawaan masing-masing berbeza…

Sahabatku,
Semoga kamu bahagia…!


No comments: