Assalamualaikum
semua..^_^
Alhamdulillah,
bertemu lagi di ruangan sederhana ini. Semoga kita sentiasa dalam inayah-Nya.
Semoga terus segar dalam beribadah kepada-Nya.
Ketika membaca
buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” oleh Fathi Yakan, satu hadis Rasulullah
s.a.w yang terkandung di dalamnya membuatkan saya tertarik dengan maksudnya;
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai Allah daripada mukmin yang
lemah”, hadis riwayat Muslim.
Saya tertanya,
apa yang menyebabkan mukmin itu kuat supaya Allah lebih suka? Mesti ada
jawapannya, lalu terfikir mukmin ada senjata. Dan senjata bagi orang mukmin
ialah DOA. "
الدعاء سلاح المؤمن "
.Mungkin salah satunya mukmin itu kuat ialah melalui doa.
Mukmin kuat yang
bagaimana Allah maksudkan dalam hadis tersebut? Sudah tentulah mukmin yang
berusaha mecari kekuatan dalam setiap aspek. Kekuatan itu nikmat yang berharga
daripada Allah. Kekuatan yang merupakan slogan Islam dalam semua sistem dan
perundangannya. Kekuatan inilah yang menjadikan mukmin itu kuat dari segi pelbagai
aspek. Antaranya peperangan, ekonomi, ilmu dan banyak lagi. Dengan adanya
kekuatan, kita mampu berdiri teguh. Kita juga boleh memperolehi kemenangan
melaluinya. Bukan pula kekuatan itu disalah gunakan tetapi Allah menghadirkan kekuatan kepada kita supaya kita berfikir,
merenung, menghayati akan segala bentuk kekuasaan-Nya. Supaya kita beribadah
dengan sempurna kepada-Nya. Bagaimana kita nak memperolehi kekuatan jika kita
tidak berusaha mendapatkannya daripada Allah?
Kekuatan dari DOA
Dalam buku itu lagi ada menyebut, kekuatan adalah simbol Islam sehingga
dalam doa yang dipanjatkan kepada Allah menjadi sebahagian daripada
petanda-petanda khusyuk dan ketenangan. Subhanallah! Itulah pentingnya
kekuatan. Lihatlah, nak mendapatkan kekuatan ada caranya iaitu melalui DOA.
Melalui doa nikmat diturunkan, melalui doa juga murka dihindarkan. Betapa perlunya
kita berdoa kepada-Nya untuk memperolehi apa yang dihajati dalam setiap situasi
atau keadaan. Kita tidak akan pernah lepas dari keperluan doa. Doa adalah ubat yang paling mujarab, ia
ibarat musuh bagi penyakit, ia senantiasa melawan, menghilangkan atau
meringankannya.
Doa sebagai IBADAH
Doa memiliki keutamaan dan faedah yang
tak terhitung, kedudukannya sebagai satu bentuk ibadah cukup menjadi bukti
keutamaannya, bahkan ia adalah ibadah itu sendiri, sebagaimana sabda Rasulullah
saw, “Doa adalah ibadah.” (HR: Tirmizi, disahihkan Al-Albani). Meninggalkan doa
adalah bentuk menyombongkan diri dari menyembah Allah SWT, sebagaimana Allah SWT
berfirman: “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku,
nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan
diri dari menyembah-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina-dina." [Ghafir (al-Mukmin): 60]
Bagaimana
doa direalisasikan dalam hidup kita?
Dalam
kehidupan seharian, kita berhadapan dengan pelbagai bentuk keadaan, sama ada
gembira, sedih, takut, dan sebagainya. Apa lagi yang diharapkan oleh seorang
hamba melainkan ALLAH? Dengan meletakkan Dia selalu di hati kita. Jadikan Dia
sebagai kekasih kita. Dialah peneman setia dalam hidup kita. Dialah
segala-galanya bagi kita. Justeru, senang dan susah, Dia bersama kita. Maka, dengan
berdoa akan membuatkan kita bertambah dekat dengan-Nya. Kita boleh
merealisasikan doa dalam hidup kita dengar teratur iaitu melalui DIARI DOA
MUSLIM/MUSLIMAH. Ianya mudah dan berguna
kepada kita. Setiap masa kita perlukan doa, setiap saat itulah kita ingat pada
Allah. Lihatlah gambaran bentuk diari pada gambar di bawah:
Doa sebelum/selepas makan -> Doa selepas solat fardhu -> Doa mendengar guruh -> Doa ketika hujan turun ->banyak lagi...
Secara automatiknya, kita sendiri telah
melakukan diari doa tersebut dengan mengingati setiap doa bagi setiap perbuatan
yang kita lakukan seharian. Hebatnya diari doa yang diajarkan oleh Islam kepada
kita. Indahnya Islam mengatur cara hidup kita. Indahnya cara Islam mengajar
kita untuk mengingati Allah. Apatah lagi jika kita mengamalkan doa-doa yang ada
secara istiqomah dan penuh keyakinan. Biasanya cara menghafal doa dalam
kalangan kita berbeza. Ada yang menghafal dalam bahasa Arab sahaja, ada yang
dalam bahasa Melayu sahaja, malah ada kedua-duanya sekali. Yang lebih mudah
faham adalah kedua-dua sekali. Digalakkan mempelajari bahasa Arab untuk lebih
jelas lagi. Apa yang penting, doa yang dihafal, dapat diamal secara istiqomah.
Kalau kita catat satu persatu doa yang
dah kita belajar dan ketahui sama ada dari al-Quran atau hadis, memang terlalu
banyak. Terkadang kita lupa, tetapi bila kita terjumpa balik, kita memang akan
terasa bahawa kita memang dah pernah baca dan hafal doa tersebut. Untuk
mengelakkan berlakunya seperti itu, ada yang berusaha membuat diari doa. Malah,
ada yang hanya membeli buku doa dan merujuk buku tersebut bila perlu. Bagi
saya, lebih kreatif dan puas hati bila kita buat dalam bentuk diari doa untuk
dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Ataupun beli buku doa, kemudian
pilih doa yang sesuai digunakan dalam seharian dan buat diari doa.
Terpulanglah. ^_^
Ada banyak cara untuk mudah menghafal,
mengingati dan mengamalkan doa dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,
menulis dan menampal ia ke tempat yang sesuai dibaca. Ramai yang dah guna cara
ini. Apa yang dibimbangi juga, ada yang salah faham tentang doa yang dibuat
dalam bingkai gambar. Niatnya hanya untuk perhiasan semata-mata. Ia jauh dari
maksud sebenar akan setiap bait-bait doa yang ditulis. Apatah lagi untuk mengamalkannya.
Semoga kita terpelihara oleh Allah dari semua yang negatif itu.
Sumber rujukan doa ialah dari Al-Quran
dan Hadis, mudahnya untuk mendapatkan doa kerana ia disusun dalam bentuk satu buku.
Sekarang ini ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk untuk memudahkan sesiapa
yang menggunakannya. Malah boleh dibawa bersama, sesuai dengan keadaan dan
tempat.
Buku Doa & Zikir Harian
– Ust.Zahazan Mohamed
Buku Keajaiban DOA Pembuka Rezeki(Untuk
Wanita)
–
Aini Samsudin
KAMUS ZIKIR & DOA - SHOHIH
ALHASAN, LC
Semoga pengisian ini bermanfaat kepada
semua yang membacanya. Mohon maaf seandainya terdapat salah dan silap, harap
dapat tegur saya. Hakikatnya, bicara
tentang doa memang takkan habis. Banyak lagi pengisiannya. In sha Allah,
sama-sama berkongsi untuk manfaat bersama. Wallahu a’lam.
BERSAMA
MELAMAR REDHA-NYA
5 comments:
Assalamualaikum,
ukhti...saya sangat bersetuju dgn pndpt anti...doa yang paling mahal adalah hidayah...kerana hidayah itu milik ALLAH S.W.T.... kita beruntung di lahirkan dalam keluarga yang beragama Islam..."hidayah itu bukan milik sesiapa, seandainya Dia mahu menarik hidayah-Nya dari kita...bagaimana?" inilah kata-kata seorang sahabat yang membuatkan ana terfikir...sungguh meskipun kita mengucap dua kalimah syahadah...namun hanya hidayah dari-Nya yang mampu meneguhkan keimanan kita agar tidak tersasar jauh....
Wa alaikummussalam ukhti..Alhamdulillah..nikmat doa buat kita. Sungguh, nk dptkn hidayah tu kena usaha kan..
betul sangat-sangat ya ukhti...jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya...begitulah setiap apa yang kita lakukan perlulah bersungguh-sungguh barulah menampakkan hasil yang kita mahukan...Begitu juga bila berdoa perbersungguh-sungguh...insyaALLAH kita akan dapat yang elok untuk kita,kerana tak semua yang kita minta elok untuk kita...kerana perancangan ALLAH S.W.T. sangat teliti..antara cepat dan lambat sahaja doa kita dimakbulkan...
ralat: begitu juga bila berdoa perlu bersungguh-sungguh
Yup..tiada guna jika kita memiliki banyak buku2 doa tetapi kita tdk beramal dengannya..kalaupun kita tidak mampu utk mengingati semua doa2 yg ada..sedikit tetapi berterusan..^_^..bersungguh2 la kita..insha Allah.
Post a Comment