Friday 28 September 2012

Bila Allah Menduga Kita


Sukarnya untuk meneruskan kehidupan bila ada masalah yang kali pertama berlaku dalam hidup. Ibarat pasangan bercinta....putus cinta pada cinta pertama. Walaupun sebelum ini diberi warning supaya tidak 'bercouple', fitrah yang tidak disertakan dengan iman menjadi keutamaan.. Ibarat disisih keluarga..sebab memalukan keluarga. Nauzubillah. Bagaimana pula perasaan dibuang keluarga??Mesti teruk perasaan ini..itulah sebahagian masalah-masalah kebiasaan yang berlaku di sekeliling. Namun, masalah yang dihadapi ini tidaklah seberat itu..TETAPI semangat jadi kurang. SEBAB tak UPDATE IMAN lah boleh jadi sukar nak hadapi..dan kurang sangat BERMUHASABAH DIRI...=(

Masalah ada pelbagai jenis...itu semua ujian daripada Allah Ta'ala.

  Masalah keluarga..


Masalah belajar..

Masalah persahabatan..

Masalah lain..



“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (Ali 'Imran;142)

Jihad boleh bererti:

1. berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam.
 
2. memerangi hawa nafsu.

3. mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam.
 
4. Mencegah yang batil dan menegakkan yang hak.
 
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah;155)


Hadapi Hidup Ini Apa Adanya

Kanan dan kiri suramnya terasa
 Cuba fahami apa yang terjadi
 Tidak tertanggung beban dialami
Mengapa terjadi sebegini
Tiada guna bertanya
Semua yang terjadi
Janjiku kepada diri
Hidup harus aku teruskan
Tuhan berikan sinar harapan
Hembuskan suatu kekuatan
Ku mohon jauhkan
Dari kegelapan ini
Agar bisa aku teruskan
Walaupun lelah untuk menghadapi
Mengalah bukan jawapan yang ada
Walaupun berat segala di dada
Ku pasti mengharungi ke akhirnya
Ku hanya insan yang kerdil
Di dunia ini
Tunjukkan ku jalan hadapan
Genggami tangan ini oh teman
Di saat aku memerlukan
Dan bila waktu
Untuk melangkah pergi
Berikanlah daku cahaya
Tabahkan jiwaku oh Tuhan


Kamu tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal, atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, kadangkala pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak kamu sukai. Maka dari itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Itu kalau kamu ingin selamat dengan adil dan bijaksana. Kerana setiap luka ada harganya. Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan, dan dua pendapat yang saling bertentangan. Yakni, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik, keelokkan dan kebahagiaan itu di syurga. Adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka. Hadapilah hidup ini apa adanya..jangan bersedih..tetaplah bersyukur. Firman Allah Ta’ala;

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Ali ‘Imran;139)


“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari besarnya tanggungan, beratnya kesusahan, buruknya takdir dan gembiranya musuh terhadap cubaan yang menimpaku”.

“ Ya Allah, ampunilah bagiku kesalahan dan kebodohanku, dan tindakan-tindakan
yang berlebih-lebihan dalam urusanku, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku, Ya Allah ampunilah bagiku gurau mahupun keseriusanku, dan ketersalahan mahupun kesengajaanku, semua itu dariku”.

Nasihat imam al-Syafi’i:

“Apabila engkau tersalah membuat sesuatu kebaikan kepada orang yang bertaqwa kepada Allah, maka engkau hendaklah berbuat baik kepada orang yang menjauhi keburukan”.
 


" Moga ku temui ketenangan di jiwa, 
melepaskan segala kenangan yang tercipta, 
bukan nak menunjukkan emosi semata, 
kerna ku ini insan biasa,
 pasti kesilapan itu nyata "

3 comments:

Anonymous said...

Salam..kata seorang sahabat bila sedih.."Sy sokmo wat bese..hepi sokmo..sedih,kecewa..adlh HATI..kekasih je tahu..Allah kekasih sy sejak kecik.."

^_^..senyum sokmo ye.

Nadzirah Bintun Sulur said...

Bila Allah menduga kita,
itu tandanya Allah menyayangi kita...
Bila Allah datangkan kita dengan pelbagai ujian,
itu tandanya Allah rindukan rintihan kita...
Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melebihi kemampuannya...
Allah tahu kemampuan kita...
pasrahkan segalanya & serahkan segalanya pada Pencipta kita...
Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Mengerti...
wallahu a'alam

Adamiah Daud said...

Betul tu...xpe..kita ambik 'ibrah dr smua perkara yg berlaku..terima kaseh ats kata2 semangat..sme2 kte berkongsi..^_^