Wednesday 2 November 2011

INDAHNYA PERSAHABATAN INI



*Actually, post ni khas untuk sesiapa yang bergelar sahabat..tak kiralah yang mengenali saya atau tidak.Selagi  ikatan ukhuwah tak terbatas,ia milik kita bersama.Tidak ditujukan untuk seorang tetapi untuk semua..fikir2kan.


INDAHNYA PERSAHABATAN INI

“Khas untuk Sahabat”

Ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa..Agar mudah ku mengerti segala yang terjadi kerana sudah suratan Illahi..Ku biarkan pena menulis meluahkan hasrat di hati..Moga terubat segala keresahan di hati tak pernah ku ingini..Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu..Mungkin sudah suratan hidupku..Kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca..Oh teman maafkanlah diriku..Oh tuhan tunjukkanku jalan untuk menempuh dugaan ini..Teman maafkan jika ku melukaimu..Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya..Ku tahu..pertemuan & perpisahan adalah ketentuanNYA..namun,bukan ini yang ku pinta..Aku tidakkan berdaya menahan hibanya rasa bila kau pergi meninggalkanku..Ku redha..dan tak ku kesali..mungkin ada rahmat yang tersembunyi.

SAHABAT,
Kehadiranmu sebagai sahabatku..
Sungguh bermakna bagiku..
Mengapa?
Hanya Allah saja yang tahu segala yang ada di hatiku..
Sungguh, indahnya persahabatan ini..

SAHABAT,
Ku benar-benar bersyukur..
Ku benar-benar terharu..
Allah berikan kesempatan pada kita..
Dalam waktu yang singkat kita berkenalan..
Kenangan yang dicipta bersama..
Membuktikan lagi indahnya persahabatan ini..
Ukhuwah Islamiyah..

SAHABAT,
Begitu susah ku bayangkan..
Begitu sakit ku rasakan..
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri..
Namun bagiku,melupakanmu perlu waktuku seumur hidup..
Inilah saat terakhirku melihat kamu..

SAHABAT,
Cintaku padamu tetap seperti dulu..
Takkan berubah biarpun masa berlalu..
Biarkan waktu terus berputar..
Ku menyayangimu penuh rasa sabar..
Meski sakit hati ini kau tinggalkan..
Ku ikhlas untuk bertahan..

SAHABAT,
Kasihku padamu sungguh tulus..
Harap dirimu dapat merasakan..
Jangan pernah cuba untuk tinggalkanku..
Meninggalkan tanpa perasaan..
Jangan biarkanku dalam kekecewaan..
Ku tetap ikhlas untuk bertahan..

SAHABAT,
Walauku tahu bahawa dirimu punya teman2 lain..
Namun ku tetap ingin jadi teman terbaik di sisimu..
Ketahuilah aku sayang kamu kerana ALLAH..
Jadilah sahabat yang jujur & tulus..
Moga ia berkekalan..

SAHABAT,
Mungkin ini memang suratan takdirku..
Mencintai tanpa dicintai....
Tak mengapa bagiku..
Asal kau bahagia dalam hidupmu..
Tak mengapa bagiku..
Menyayangimu adalah bahagia dalam hidupku..

SAHABAT,
Sudah suratan takdirku..
Bersedia untuk melangkah pergi..
Menyahut seruan yang MAHA SATU..
Ku mohon untuk kali terakhirnya..
Doakan kesejahteraanku..

SAHABAT,
Izinkan aku untuk melihat kamu..
Di saat-saat terakhirku..
Untukku ucapkan selamat tinggal..
Jumpa kita di sana nanti..
Di tempat yang indah milikNYA..
InsyaAllah..

*Seseorang yang hadir dalam hidup,telah menjadi sebahagian dalam hidup,atas sebab tertentu dia terpaksa pergi,jangan terlalu sedih,sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan.Terima kasih pada dia.

AWAS!!
*Satu fakta yang tak dapat dinafikan ialah sains perubatan berjaya mengubat penyakit2 yang disebabkan oleh virus & kulat,tetapi gagal mengawal kemusnahan mental,jiwa & jasad disebabkan oleh risau,takut,benci & lain2.Sehingga kini,apa yang menyebabkan penyakit gila masih misteri.Tetapi besar kemumgkinan ia disebabkan oleh penyakit mazmumah(hati) & kecelaruan fikiran (akal).Oleh itu,berjaga2lah sahabatku sekalian!

No comments: