Wednesday 7 September 2011

Harus ku teruskan



Kanan dan kiri suramnya terasa 
Cuba fahami apa yang terjadi 
Tidak tertanggung beban di alami 
Mengapa terjadinya sebegini 
Tiada guna bertanya semua yang terjadi 
Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan 

Tuhan berikan sinar harapan 
Hembuskan suatu kekuatan 
Kumohon jauhkan dari kegelapan ini 
Agar bisa aku teruskan 

Walaupun lelah untuk menghadapi 
Mengalah bukan jawapan yang ada 
Walaupun berat segala di dada 
Ku pasti mengharungi keakhirnya 
Tiada guna bertanya semua yang terjadi 
Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan 

Tuhan berikan sinar harapan 
Hembuskan suatu kekuatan 
Ku hanya insan yang kerdil di dunia ini... 
Tunjukkan ku jalan hadapan

Genggami tangan ini oh teman 
Disaat aku memerlukan 
Dan bila waktu untuk melangkah pergi.... 
Berikanlah daku cahaya 
Oh tuhan..

Peringatan buat diri saya yang lemah..

Suatu masa, tiap orang akan rasai keperitan hidup..ya, tiap manusia akan diuji dengan bentuk apa sekalipun. 

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ." 

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



Sesekali diuji, tetaplah bersabar!Ada hikmah menanti..Allah mengetahui apa yang baik & apa yang buruk untuk hambaNya. Moga ini menjadi peringatan yang bermanfaat buat saya..



Saya tidak mengira bahawa sesudah kebaikan ada keburukan dan saya tidak mengira bahawa keburukan itu merupakan kepastian yang tidak dapat ditawar-tawar lagi..faham maksudnya..ya, sesuatu perkara itu tak boleh nak ada satu bahagian je..ada baik & buruknya..kena fikir sume tu..mungkin sahabat ada pendapat sendiri..


Apa jua kesedihan yang menimpa, anggaplah ia penawar kebahagiaan untuk teruskan hidup..apa yang saya fikirkan?kadang2 takut untuk berhadapan dengan dunia hari ini..padahal semangat hidup itu ada..mungkin tak kuat. Kuatkanlah..pohon pada Allah...teruskan..teruskan..selagi mampu..harus teruskan!!

Satu 'beban' dah saya lepaskan..sebenarnya mudah nak dilakukan..lega rasanya!Berfikirlah sejenak sahabat, Allah akan permudahkan jika bersungguh2 melawan apa yang menyebelenggu itu.. Ada peribahasa arab yang berbunyi,"Carilah jalan untuk membuat sesuatu tetapi janganlah pula cari alasan jika tidak mahu berbuat sesuatu."Renung2kan..

Stop putus asa..mahu persoalkan apa lagi??
NEVER,NEVER GIVE UP!!!


*Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik jika diberitahu pun tidak dihiraukan...entahlah..tunggu & lihat..!!Waallahua'lam.Wasalam.




1 comment:

Unknown said...

test often being our friends:) becoz it is close us to Allah