Tuesday 16 August 2011

Insan bergelar SAHABAT



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.Amin,

Aku bersyukur sahabatku ini..
Kata-katanya buatku terharu..
Peribadinya mengajarku erti kehidupan..
Sikapnya yang rendah diri..
Pandangan matanya mengeratkan silaturahim..
Dia menjadi penguat diri ini..
Aku kira dia sahabat baik bagiku..
Datangnya tak ku pinta..
Perginya amatlah terasa..
Inilah ukhuwah kerana-Nya..
Aku bersyukur..terlalu bersyukur..
Hingga menitis airmataku..
Sayang dan rindu padanya..
Terima kasih ya Allah..
Atas ukhuwah ini.

Sahabatku ini berkata:
"Aku gembira menyayangimu, kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati, keredhaan dalam menerima dirimu seadanya dan kemudahan dalam setiap urusan, walaupun kadang tewas dengan kebencian iblis terhadap keutuhan persaudaraan, ku iringi kekesalan dengan kemaafan..moga Allah mempermudahkan kita dalam perjuangan penuh dugaan dan terus istiqomah berdasarkan aqidah yang satu..demi cinta tuhan yang Maha Agung"

Wahai sahabat,takkan mampu ku menjadi sehebat dan sekuat dirimu..maafkan diri ini..
Padahal aku sangat memerlukan dirimu saat ini..aku ingin kau rasa apa yang aku rasa..seperti janji kita..susah senang harungi bersama..aku ingin kau tau keadaanku sekarang..penat berfikir..sakit kepala..penat mengkaji..sakit hati..semuanya kerana hati.


Semuanya kerana hati
 Sakitnya hati bila dilukai
Malunya diri bila tak dihargai
Bertambah sakit jika tak diingati
Bertambah malu jika tak dipeduli
Hendak diluah tak sampai hati
Jika dipulau menyayat hati
Kalau dibenci merana diri
Bila jauh dekat dihati
Bila dekat terasa nak pergi
Kalau begitu, tak payahlah fikir lagi
So, buat je macam ZOMBI.


Aku dapat tahu,kau juga punya masalah sepertiku.Mengapa deritamu itu kau tanggung sendirian?sakit diri ini melihatmu..sedih diri ini..tak dapat bersamamu saat itu..sungguh,kita diuji!!


“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."


"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) Yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya."


"Ya Allah, ilhamkanlah kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepada kami dan kepada ibu bapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai"


"Salam serta selawat atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda sekalian."



Pasrah Segalanya

Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)

Berkali-kali ku mendengar lagu ini..sungguh ku terasa..lagu yang tepat bagiku.Memang benar,insan bergelar SAHABAT bagiku adalah dia seperti yang ku katakan.Pada masa yang sama..inginku luahkan apa yang ku rasa melalui lirik lagu ini..padanya,INSAN BERGELAR SAHABAT!
Wasalam..



1 comment:

Unknown said...

beruntung kamu punyai sahabat spt itu..
sungguh,diri ini x mmpu mnjadi sahabat y trbaik untuk mu..maafkn daku..hnya mmpu menjadi insan biasa y semmpunya.