Tuesday 31 May 2011

MUTIARA KATA BUAT SAHABAT

Hidup kita bagaikan satu subjek matematik iaitu campur ( + ), tolak ( - ), darab ( x ), bahagi ( / ).
“Perkara baik hendaklah dicampurkan, perkara yang buruk wajiblah ditolak, amalan yang baik haruslah didarabkan dan masa itu hendaklah dibahagikan dengan sempurna.” Semoga dirimu beroleh kejayaan di dunia dan diakhirat.
Masa yang terluang itu, usah kau persiakan. Tuntutlah walau apa jua pun ilmu yang ada di dunia ini. Asalkan ada kemahuan di hatimu dan rasakanlah nikmat kebahagiaan itu, andainya yang kau capai.
Masa yang berlalu itu sebenarnya sudah mati, bila setiap pagi datang satu peluang baik dan setiap peluang yang baik itu boleh meningkatkan darjat seseorang itu.
Sesungguhnya keyakinan yang mendalam serta semangat yang kental adalah menjadi anak kunci utama kearah mencapai matlamat di dalam setiap usaha yang dilakukan. Lantaran itu, satukanlah kedua-duanya di atas singgahsana yang sama di dalam jiwa setiap insan.
Insan yang tak buat apa-apa kesalahan sebenarnya tidak berbuat apa-apa, oleh itu, janganlah takut untuk memperbaiki diri, kerana kejayaan tidak diukur sangat dari kedudukan yang dapat dicapai tapi dari pengorbanan yang dapat dilakukan demi untuk mencapai kejayaan.
Kita mempunyai hati yang suci murni. Hati kita adalah sebagai kanvas atau panduan yang akan kita corakkan perasaan, ada warna-warna yang akan melorekkan kanvas itu untuk dijadikan lukisan jiwa.
Terangilah jiwa dan hati anda dengan air sembahyang, kerana sesungguhnya hidup ini banyak membuat hati kita keresahan. Oleh itu, tabahkanlah hati kerana ketabahan itu adalah penyuluh hidup ini agar apa yang akan kita tempuhi nanti mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.
Bangunlah dari kesilapan semalam, semoga kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi dan jadikanlah pengalaman itu sebagai pengajaran, kerana semakin banyak pengalaman kita akan semakin dewasa. Hanya kedewasaan membuat kita matang bertindak.
Membuat satu kesilapan adalah satu kesalahan, menangisi satu kesilapan adalah satu keinsafan, menyesali satu kesilapan adalah satu kebenaran. Oleh itu, fikirlah dahulu sebelum meluahkan perkataan kerana insan tidak sunyi dari kesilapan.
Masalah jangan dicari, tetapi jika bertemu masalah jangan lari. Kemanisan hidup dapat dinikmati apabila dapat menghadapi masalah dengan penuh keyakinan .

No comments: