Sunday 27 May 2012

Usah Bersangka Buruk


Alhamdulillah..saat nie masih diberi nafas untuk meneruskan jihad & ibadah kepada-Nya.Lama benar meninggalkan "NOTA HATIKU" dek kesibukan nga asemen & byk lg.Banyak perkara yg berlaku sejak akhir2 nie sama ada sedar or x...kdg tewas,mujur bangkit segera!Akhir2 nie kerap ke maktabah..ada tugasan yg perlu disiapkan.Dlm mnyiapkan tugasan..trjumpa satu artikel nie yg mnceritakan tajuk "Hindari bersangka buruk, mencari kesalahan orang lain".Memang menarik..terus ana meneliti,membaca  kemudian mengambil isi yg boleh ana kongsikan bersama.Kdg kita x sedar bhw amat bahaya jika kita bersikap bersangka buruk terhadap org lain.Tipulah jika seseorang itu tidak pernah ada pengalaman mengenai perkara ini.Baiklah,ana akan terus mencoret tulisan yg ana ambik pd artikel trsebut. Ia ditulis oleh Syed Abi Ghufran Syed Ahmad al-Idrus.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan al-Basri berbisik, alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau seperti aku.

Tiba-tiba Hassan al-Basri melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkannya.

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata: "Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang saja sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi itu. Maka lelaki itu berkata padanya: "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata: "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan". Orang itu menjawab: "Mudah-mudahan Allah memperkenankan permohonan tuan".

Sejak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan dia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Mencari kesalahan orang lain  hadir apabila wujudnya sangkaan baik dalam hati sehingga terbukalah kesalahan, keaiban atau kelemahan seseorang yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketakwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " Dan orang yang mengganggu serta menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tidak tepat dengan sesuatu kesalahan dilakukannya maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata". (Surah al-Ahzab:58)

Hubungan baik antara satu sama lain khususnya antara sesama muslim harus dijalin dengan sebaik-baiknya kerana Allah SWT telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara seperti dalam firmanNya yang bermaksud: " Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat." (Surah Al-Hujurat: 10)

Hidup kita tidak lekang daripada disangka buruk dan bersangka buruk. Kunci menanganinya adalah, beristighfar dan bertaubat. Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: "setiap anak adam itu, ada kesilapan(dosa) dan orang yang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat." (hadist riwayat At-tarmizi)

Sangkaan buruk boleh terjadi dengan beberapa sebab, antaranya godaan dan tipu helah syaitan yang merangsang manusia bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat dan berpecah-belah. Jiwa yang lemah juga, akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran negatif dan buruk terhadap orang lain. Perasaan sombing dan bongkak turut mewujudkan sifat negatif yang menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.

Saidina Umar Al-Khattab berkata: " Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik".

.::Semoga kita sama2 dpt mgambik 'ibrah @ iktibar trhdp kisah Hassan al-Basri ini..insya'Allah..^_^.

5 comments:

syahira said...

satu nasihat yg agak mantop!!!!
teruskan perjuanganmu sahabatku.. :)

Nadzirah Huffaz Kalamullah said...

salam ya ukti mahbubah.. :-)
terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini...

Bersangka baiklah terhadap orang lain...jangan hanya pandang orang melalui luarannya sahaja...tetapi, pandanglah orang malalui dalamannya...belum tentu orang yang berpakaian buruk dan compang-camping itu seorang pencuri atau perompak...dan belum tentu orang yang berpakaian kemas itu baik orangnya...walau apapun, pandanglah orang dengan pandangan "husnuzhon"

.: Moga Allah Kasih :. (^_^)

Adamiah Daud said...

Syukran Jazilan ukhti Syahira & Ukhti Nadzirah krn sntiase menyokong & memberi smangat kpd diri..

Sme2 smarakkan perjuangan ini..kata2 kalian mmberi smangat diri..HEBAT di mata ALLAH..

Ukhti Syahira: utk jadik mantop,perlu kpd nasihat yg MANTOP!!Jom BERJUANG!!

Ukhti Nadzirah: Kata2mu mnarik..sme2 kte share ye..^_^..moga Allah kasih & redha..ameen.

Nadzirah Bintun Sulur said...

kak miah, nnti post lgi smthg y bombastik...hehehe

Sayap Pejuang said...

sma2 mujahadah nafsi.. let's hijrah!