Sunday 9 October 2011

Melihat KESENANGAN melalui KESUSAHAN..apa kata sahabat??



Melihat KESENANGAN melalui KESUSAHAN..camne ye?
Seperti yang anda rasa..itulah dia.
Mengapa saat ini saya menyatakan persoalan seperti ini??
Urm..tak mau jawab dulu..saya nak tau pendapat sahabat2 saya yang lain..
Ana ada menghantar mesej bertanyakan apa kefahaman sahabat2 saya tentang perkara tersebut..
Dan..saya menunggu apa jawapan mereka?
Suspen juga ye saat menunggu..
Terpulang mereka nak jawab atau tak..
juz nak share ilmu!!

SOALAN:
Assalamualaikum shbtku..mntak tlg ye.Apa yg enti dpt faham tentang ayat ini "MELIHAT KESENANGAN MELALUI KESUSAHAN"?enti bebas menjawab mengikut kefahaman tersdiri..sama ada jwpn panjang@ringkas..mntak kerjasme sgt2 ye..syukran kasiran..=)

Alhamdulillah,sahabat2 saya nie memang supporting & caring!!
Jom bace apa kata mereka!!

Ukhti SabilatulHuda:
Wslm..apa yang ana faham melalui ayat itu,bersyukur dengan ujian yang diberi..:)

Ukhti Ain:
Wsalam..try ni..tidak berputus asa dan sentiasa syukur dgn ujian yang diberikan oleh Allah.

Ukhti Saadiah:
Melihat kesenangan melalui kesusahan ni mksudnya..kita tengok semua orang lain hidup senang tapi kita hidup susah.

Ukhti Solehah:
Allah ciptakan setiap sesuatu dalam dunia ni berpasang-pasangan..jika ada malam ada siangnya,jika ada panas ada sejuknya,jika ada ketawa ada menangisnya,jika ada kesusahan ada kesenangannya..dibalik kesusahan ada kesenangan,dibalik kesenangan ada kesusahan..untuk dapat senang perlu bertemu dengan kesusahan dulu,apabila berhadapan dengan kesusahan pasti akan muncul kesenangannya suatu ketika nanti,bila kita melihat kesusahan dari sudut kesenangannya yang akn kita peroleh akn dtg,kita x akn mengeluh berhadapan dgn kesusahan itu,kita akn direzekikan sifat keredhaan & keyakinan pdNYA yg cukup tinggi oleh Allah,beruntunglah org itu..tetapi,jika kita melihat kesusahan dgn kesusahan juga..kita juga akn mendapatkan kesusahan itu,x ada kekuatan menghadapi kesusahan itu,tidak redha malah tidak yakin pada janjiNYA,itulah yg dinamakan..melihat kesusahan dari sudut kesenangannya..

Ukhti Hidayah:
Melihat kesenangan melalui kesusahan?i think,dengan setiap kesusahan dan ujian Allah bagi tu,kita dapat up diri kita untuk buat yang terbaik dan capai kesenangan kemudian hari...

Ukhti Eiyda:
Wasalam,bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian @ berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian..bila mendapat sesuatu kejayaan yakni sikit atau banyak dengan usaha titik peluh kita sendiri,dengan penat lelah kita,ia akan jadi lebih lega/bersyukur/gembira yang teramat tak tahu nak cakap apa dah..meme ia lebih berkat la.Sekian~

Ukhti Akma:
Wasalam..tak tau nak jawab gano..tapi gak kesenangan yang dapat dilihat adalah kebahagian yang mereka rasai sendiri.

Ukhti Asmaa':
Rasa susah takkan timbul apabila kita pernah mengalami kesusahan..itulah kesenangan..

Ukhti Huda:
Em..camne ea..melihat kesenangan tanpa melupakan kesusahan maksudnya dalam kesenangan yang dirasai tu  tetap tak lupakan kesusahan yang dah dilalui atau yang bakal ditempuhi..

Ukhti Farah Famieza:
Di sebalik kesusahan terselit seinfiniti kesenangan,susah adalah tarbiyah Allah untuk hambaNYA,dengan kesusahan yang dialami,kita akan serahkan segala pengharapan hanya padaNYA.Hati kita akan hidup & dekat denganNYA di saat titisan airmata keluar,kalau dikurniakan susah pastu Allah anugerahkan kesenangan pasti wujud dalam diri erti syukur yang hakiki,try to think if seseorang tu diberi kesenangan terus,pasti dalam diri tak terbit pun rasa syukur yang berpanjangan.Contoh lain pula,jika kita ditimpa masalah dan kita miskin adakah sama pengharapan & doa kita kepadaNYA dengan orang yang kaya yang tidak bermasalah,pasti berbeza,kalau kita susah pasti kita mengalirkan airmata kerana kita kerdil,namun orang kaya sebaliknya..

Ukhti Hafizah:
Ada untung di sebalik modal yang besar..

Ukhti Shafieza:
Hok saya faham,tuk dapat kesenangan,kita perlu menghadapi kesusahan dulu..kesenangan bukan boleh kita dapat secara mudah,perlu ada usaha & pengorbanan..jadi,kita perlu lihat kesenangan melalui kesusahan..contohnya,kalau kita nak dapat result cemerlang,bukan senang2 kita dapat,kita kena ada usaha & melalui cabaran & kesusahan..hasil yang luar biasa perlu usaha luar biasa..

Akhi Eyo:
Berkat dari usaha & kesungguhan terbentuklah kejayaan..


Ukhti Hana:
Setiap kesusahan pasti hujungnya kesenangan...

Itulah pendapat2 dari sahabat2 saya..kesemuanya mantap!!Alhamdulillah,di sini sama2 kita dapat berkongsi pendapat!Sesungguhnya,ana amat bersyukur & amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan dan kesanggupan sahabat2 mengerahkan diri untuk berfikir.Ye,dah dapat kesenangan melalui kesusahan!Dapat juga kedamaiannya.
Syukran kasiran!

Bagi saya sendiri,ibarat kita seorang pengembara..mahu mencari pengalaman & ilmu di seluruh dunia,pasti akan melalui pelbagai cabaran & dugaan sepanjang pengembaraan tersebut.Bila melihat pada kesenangan melalui kesusahan,lahir kekuatan untuk terus mengembara,tidak berhenti separuh jalan.Ye,mestilah dengan izin Allah Ta'ala.Apa yang akan kita perolehi nanti??

Firman Allah Ta'ala:
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,maka apabila engkau telah selesai  dari sesuatu urusan,tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain,dan hanya kepada tuhanmulah engkau berharap."Surah As-Syarh;5-8
  
Sudah jelas dalam al-Quran tentang kesulitan & kemudahan yang mana akan dilalui oleh tiap2 manusia.Namun,tetaplah bersyukur atas tiap yang berlaku.Berharap pada Allah,mudah-mudahan dipermudahkan urusan dunia & akhirat.

Waallahu a'lam.


Peringatan buat diriku yang lupa,
*Mohon maaf pada sahabat2 jika terdapat kesilapan dalam coretan saya kali ni..

No comments: