"Saat yang lepas milik ALLAH,yang akan datang dalam rahsia ALLAH,yang kita miliki detik ini, tetap hak ALLAH..jalanilah waktu dengan sebaiknya..”
Masih ku ingat kata-kata nasihat dari sahabat baikku melalui kiriman emelnya kepadaku. Itulah kali terakhir dia mengirim emel kepadaku. Entah ke mana dia menghilang. Tiada khabar berita sedikit pun mengenainya. Aku sedih. Aku sangat merinduinya. Aku ingin menemuinya dan mengatakan aku sangat sayang kepadanya. Dan tak mahu lagi berpisah dengannya. Kenangan yang tercipta, indah sekali dan sukar sekali untuk dilupakan. Dia adalah sahabatku, saudaraku, dan temanku yang paling rapat sekali denganku…dan sehinggalah..ya Allah..
Surat (melalui email)
Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum Datul..pe khabar?harap2 Datul sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Sudah lama kita tak bersua. Maklumlah, kita berlainan kampus. Bagaimana cuti semestermu sekarang?
Alhamdulillah..syukur pada Allah atas segala nikmat2-Nya pada kita. Asifah jiddan(saya minta maaf sangat2) kerana tak mampu nak balas mesej enti melalui telefon bimbit. Handphone ana rosak 2 hari lepas..ana tak sempat nak pergi baikinya. Harap sudi maafkan.
Insya’Allah, ana akan usahakan agar kita sentiasa berhubungan…kita boleh berhubungan melalui emel, bi iznillah(dengan izin Allah)!Mengenai masalah enti melalui mesej bahawa bagaimana untuk menghadapi stress menjelang peperiksaan? Wah, persiapan awal ye!Toyyib(baiklah), setiap orang akan mengalami perasaan itu tidak kira dalam situasi apapun. Bagaimanapun, Allah Maha Adil..Dia menghadirkan perasaan itu bukan sebagai penghalang untuk kita berjihad dalam menuntut ilmu. Bahkan, ujian bagi menambah keyakinan kita pada-Nya terutama dalam situasi tersebut. Ukhti, kita sebenarnya perlu mengharap pada-Nya. “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”-Surat At-Taubah;129.
Ana sendiri pernah mengalaminya. Jangan sedih juga ye mengenai keputusan exammu!Don’t be give up!Baiklah, di sini ana ingin kongsikan apa yang ana lakukan setelah menghadapi stress menjelang peperiksaan. Ana pun belajar daripada mereka2 yang berjaya menghadapinya. Insya’Allah, kita ambil ‘ibrah(contoh;teladan;pengajaran) bersama ye!
Ringkasnya, persiapan yang patut dilakukan sebelum peperiksaan:-
v *Buat nota ringkas supaya mudah difahami.
v *Usaha sungguh-sungguh. Ingatlah tiada kejayaan tanpa usaha gigih.
v *Jangan malu untuk bertanya tentang pelajaran yang kurang faham.
v *Jangan mendengar, berkata atau melihat sesuatu yang haram.
v *Banyakkan berzikir, hati akan menjadi tenang.
Ketika menghadapi peperiksaan:-
v Baca al-Fatihah ketika mula turun dari asrama atau dari rumah agar dibukakan segala ingatan.
v Jika terlupa bacalahيا الله، يا الله، يا معيد، يا معيد، يا معيد :
Selesai menjawab soalan:
v Ucaplah الحمدلله
v Bila mendapat markah yang baik, bacalah:
"الحمدلله رب العالمين، الحمدلله حمدا كثيرا كما يحب ويرضى، الحمدلله حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيده. الحمدلله الذي بنعمته يتم الصالحات"
“Segala puji bagi Allah yang mentadbirkan seluruh alam, segala puji bagi Allah dengan pujian2 yang banyak sebagaimana Dia suka dan redha,segala puji bagi Allah dengan pujian2 yang meyamai segala nikmat-Nya dan sebanding dengan segala tambahan-Nya. Segala puji bagi Allah yang nikmat-Nya dapat Dia sempurnakan bagi orang2 yang soleh/solehah.”
Ukhti yang dikasihi, semoga dengan perkongsian ini dapatlah membantu enti menghadapinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Ana tetap doakan kejayaan enti . Sampaikan salam ana pada walid dan ummi enti. ^_^ sahabatmu; Syuwaida’ Abdillah.
Sekian, wassalam.
Balasan surat daripada aku (melalui emel)
Bismillahirrahmanirrahim…
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..
Syukran ya ukhti..alhamdulillah. Ana sekeluarga sihat sahaja di sini. Ana sangat merindui enti. Ingin sekali bertemu enti untuk berbicara. Namun, apakan daya urusan kita adalah kehendak-Nya jua. Masing2 masghulah(sibuk)!
Jazakillahu khoir(semoga Allah membalas kebaikanmu)..terima kasih atas segala perkongsian ilmu. Sungguh, diri ini begitu memerlukan..apa lagi yang ana ingin katakan selain ucapan syukur pada Illahi kerana mengurniakan sahabat yang baik seperti enti . InsyaAllah, nasihat enti pada ana amatlah dihargai. Akanku bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
Mengenai cuti semester.. buat masa ini, tiada apa yang ana lakukan. Hanya menolong ummi di rumah. Bila bosan, ana membaca novel dan membelek buku2 yang ada..bukan belek je, bace sekali..hehe. Tiada yang menarik..maaf ye!n_n..Apapun, Datul juga akan tetap doakan kejayaan Syu‼uhibbuki fillah(saya menyayangi awak kerana Allah).n_n.
Wasalam..
Tiap2 minggu kami berkirim emel..kalau nak ikutkan tiap2 hari..tapi masing2 sibuk dengan urusan. Syuwaida’ Abdillah..berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan. Berumur 20 tahun. Tiada saudara-mara. Tinggal dengan neneknya. Kedua orang tuanya sudah lama tiada. Suka menulis, membaca dan melancong. Seorang yang peramah dan baik hati. Itulah serba sedikit latarbelakang yang aku tahu tentang sahabatku ini. Dia bukan seorang yang aktif. Tetapi bila disuruh berbicara di hadapan umum..dia memang petah. Aku begitu kagum sekali. Suatu saat, aku begitu terharu dan sedih membaca emelnya yang satu ini.
“Assalamualaikum Datul..apa khabar imanmu, hatimu?Mudah-mudahan imanmu sentiasa bertambah. Semoga hatimu sentiasa tenang dalam zikrullah.
Ana ada satu perkhabaran nak bagitau. Ianya sedih dan sungguh menyayat hati. Mak Lijah, jiran ana yang mengalami semua ini. Apa yang ana ceritakan di sini..sama2 ambil ‘ibrah dan doakan Mak Lijah agar beliau diberi kekuatan untuk hadapi semua ini.
Mak Lijah hidup bergantung menyara keluarganya hanya bekerja di kilang kerepek sahaja. Suaminya telah lama meninggal dunia. Beliau mempunyai dua orang anak. Anak lelaki berumur 9 tahun manakala anak perempuan berumur 6 tahun. Rutin harian Mak Lijah adalah bekerja jam 8 pagi dan pulang pada jam 5 petang. Anaknya sudah bersekolah. Yang sulung bersekolah di sekolah rendah dan bongsu pula bersekolah di tadika.
Kebiasaannya, Mak Lijah akan menghantar dan mengambil anak2nya sekolah. Yang sulung sudah pandai menaiki basikal jadi tidak perlu lagi beliau menghantar dan mengambilnya. Mak Lijah hanya menghantar dan mengambil anaknya yang bongsu. Waktu rehat, Mak Lijah menjemput anaknya itu. Biasanya, kanak2 tadika akan pulang pada jam 12 tengah hari. Begitulah tugas dan tanggungjawab seorang ibu. Ya, ana rasa kagum dengan kesungguhan Mak Lijah. Beliau seorang yang rajin. Juga baik hati. Beliau sering menziarahi nenek ana. Hubungan kami juga akrab. Alhamdulillah..
Namun, kita sentiasa diuji. Kita tak boleh lari dari ketentuan Allah. Mak Lijah diuji. Suatu hari, Mak Lijah menerima surat bantuan kewangan dari sebuah agensi. Sungguh gembira Mak Lijah. Beliau perlu pergi ke sebuah majlis untuk menerima bantuan tersebut. Itu dilakukan beliau sesudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Kebetulan hari itu dia memohon cuti kerja dan diluluskan. Majlis itu bermula 9 pagi. Oleh kerana terlalu ramai yang menerima bantuan. Majlis yang diadakan juga berakhir lewat. Belum tiba giliran Mak Lijah untuk menerima. Namun, pada jam 1 petang barulah nama Mak Lijah dipanggil.
Hati Mak Lijah keresahan. Dia ingin cepat2 pulang. Anak bongsunya sudah tentu menunggunya di tadika. Anak sulungnya juga pasti pulang kerana kebiasaan pelajar sekolah rendah pulang awal. Mak Lijah pulang segera ke rumahnya. Tiada sesiapa di rumah. Kebiasaan anak sulungnya pasti di rumah waktu itu. Mungkin kerana beliau tiada di rumah, anaknya itu keluar bermain. Duga hatinya. Beliau cepat2 ke tadika untuk menjemput anak bongsunya. Beliau memahami anaknya itu, seorang anak yang baik dan tidak akan menangis sekiranya beliau lewat menjemput.
Tiba di pertengahan jalan, Mak Lijah terserempak dengan orang ramai. Beliau pelik. Pasti ada kemalangan. Beliau tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia menghampiri orang ramai itu dan dugaan beliau benar bahawa ada kemalangan. Kelihatan orang mengerumuni sesuatu. Hati beliau terdesak untuk mengetahui siapa yang dikerumuni orang ramai. Beliau menyelitkan diri untuk melihatnya. Alangkah terkejutnya Mak Lijah, yang dilihat orang ramai tadi adalah 2 orang anaknya yang terbaring kaku serta berlumuran darah. Beliau ternampak basikal kepunyaan anaknya itu hancur. Tak sangka si abang pergi menjemput si adik dari tadika dan terlibat dalam kemalangan ketika membonceng pulang. Hancur luluh hati si ibu. Si ibu rebah lalu pengsan di situ. Kedua-dua orang anaknya sudah pergi meninggalkannya. Kini, dia tinggal keseorangan.
Ukhti, ana turut sedih terhadap apa yang menimpa Mak Lijah. Bayangan wajah sedih Mak Lijah masih bermain dalam fikiran. Allahurabbi, begitu berat ujian yang dialami oleh Mak Lijah. Ana tidak tahu apa perkembangan keadaan Mak Lijah selepas itu..dia menghilangkan diri hingga sekarang. Apapun, ana doakan beliau sentiasa di bawah jagaan-Nya. Sama2lah kita berdoa kesejahteraannya. Sama2lah kita ambil iktibar atas apa yang berlaku pada Mak Lijah.”
Wassalam..
Ya Allah, aku turut merasa sedih membaca kisah Mak Lijah. Sungguh, tidak tertahan ‘abrahku(airmataku) waktu itu. Ia menitis jua. Perkongsian yang sungguh bermakna dari sahabatku ini. Tidak lama kemudian, sahabatku tidak lagi mengirim emelnya. Selama percutian semester, iaitu 4 bulan..hanya dalam masa 2 bulan kami berhubung. Untuk bulan seterusnya..tiada berita. Aku tidak tahu mengapa sehinggalah dia menghantar emel pada akhir bulan yang ketiga. Emelnya itu mengatakan “Saat yang lepas milik ALLAH, yang akan datang dalam rahsia ALLAH, yang kita miliki detik ini, tetap hak ALLAH..jalanilah waktu dengan sebaiknya..”
Aku membalas emelnya, telefon juga berkali-kali..tetap tiada balasan darinya. Aku tidak tahu jelas lokasi rumahnya. Kenalan2 lain juga tidak tahu. Ya Allah, apa yang dialami oleh sahabatku ini. Adakah silap aku? Perkara apa yang aku lakukan hingga mengguris hatinya dan dia tidak membalas atau mengkhabarkan apa2 berita tentangnya padaku. Minggu depan akan bermula semester baru. Sungguh, ku tertanya besar apa yang berlaku. Sehinggalah saat ku tahu segalanya tentang dia. Ya, aku terkejut besar‼Dia sudah tiada lagi. Pedih benar hatiku mengetahui tentang ketiadaannya. Segalanya bertindak pantas. Tidak habis jua airmataku yang menitis. Terjawab sudah segala persoalanku tentang dirinya. Sahabatku, Allah mengujiku dengan pemergianmu. Derita penyakitmu, jantung berlubang tidak pernah kau ceritakan padaku. Hakikatnya, kau tidak mahu aku sedih. Malah, aku jadi derita dan lebih sedih dari Mak Lijah.
Namun, aku redha dan pasrah menerima pemergianmu tanpa ada aku di sisi. Akanku sentiasa berdoa agar rohmu bersemadi dengan aman dan di tempatkan dalam golongan orang yang beriman. Namamu sentiasa dalam doaku..sentiasa..ukhti Syuwaida’, sahabatku juga jantung hatiku. Akanku ingat segala kebaikanmu padaku. Hingga detik ini..aku masih ingat kata2mu ini.**Saidatul Akma.
No comments:
Post a Comment