Thursday 7 July 2011

Bercuti..ke mana???


Situasi cemas…dlm Ofis kononnya..
 READY..1...2...3...ACTION!!!!!!!


Salina : Eh Tahirah,tak nak pergi makan tengahari ke?

Tahirah  : Saya dah kenyang.Saya rasa nak duk dalam ofis je..

Solehah   : Kak Huda,saya dengar negeri Kelantan terkenal dengan “Dikir Barat”. Saya suka menyanyikan lagunya..akak dengar ye..(Demo loni tok supo mulo,tok berani kawe nok tego..)

Huda : Nyanyian kamu sangat teruklah la..tercekik akak..ahekk2.



Solehah : Sampai hati akak kata macam tu..huh!

Tahirah : Dahla tu.. Kamu berdua tau tak, saya akan pergi ikut kakak saya ke Switzealand waktu cuti nanti.Kami dapat tiket percuma untuk dua orang!Jangan dengki ek,heh2..

Solehah : Wah,untungnya kamu Tahirah!Kalau sayalah, tak cukup bajet nak pergi bercuti ke luar negara.

Huda : Alaa..bercuti dalam negara jelah. Dapat juga keseronokannya.

Solehah : Memanglah..saya dah ada rancangan sendiri.Lagipun,boleh jimat bajet.

Tahirah : Oh ye ke! Kat mana tu?Boleh cerita sikit..?

Solehah : Kat Kelantan,tapi saya tak tau banyak mengenainya..huhu.Kak Ina,sokonglah saya.



Salina : Ok..Kak Ina hanya tahu pasal makanan je..makanannya sedap2.

Huda : Alaa Ina, Solehah tu tau nak jimatkan bajet je.

Salina : Kak Ina boleh jelaskan sikit2 pasal makanan..

Solehah : Suka2..hehehe..

Huda : Huhuhu...

Tahirah : Kak Ina tahu pasal makanan...

Cik Miah : Ehem2..selamat tengahari semua!

Semua : Err Cik Miah..selamat tengahari!

Cik Miah : Apa yang kamu semua bualkan tadi?Nampak menarik je..

Tahirah : Sebenarnya kami berbincang pasal tempat percutian pilihan masing2. Saya sendiri nak pergi ke Switzealand, kakak saya dapat tiket percuma ke sana!

Solehah : Saya pula..

Huda : Solehah nak pergi Kelantan,tapi dia tak tau tempat mana yang paling menarik kat sana?hehe..

Solehah : Ishh..sibuk je.

Tahirah : Urmm..

Salina : Apa pendapat Cik Miah?Ada apa2 cadangan ke?

Cik Miah : Oh..begitu. Bunyinya nampak menarik. Tahirah,kamu sangat bertuah ye..

Tahirah : Terima kasih!

Cik Miah : Oh!Solehah.kebetulan,saya tahu tempat2 menarik di Kelantan. Saya dah tiga kali bercuti ke sana. Boleh dikatakan,tempat tu kegemaran saya sekeluarga.

Solehah : Baguslah kalau begitu. Bolehlah Cik Miah terangkan tempat2 menarik di sana.

Cik Miah : Boleh je..

Tahirah : Saya nak dengar jugalah..ia menarik perhatian saya pulak.

Huda : Saya ikut je..saya tak ada apa2 nak kongsi sekarang..huhu.

Salina : Saya pun..hehe.

Cik Miah : Baiklah.. salah satu tempat menarik di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan.Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, mempunyai pasir yang cantik dan air yang jernih.Terdapat deretan pokok ru dan pokok kelapa yang menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu.


Salina : Jadi, adakah pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, dan banyak pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.

Cik Miah : Tepat sekali.

Tahirah : Bagaimana dengan tempat membeli-belah di sana?Harga barangan murah atau mahal?

Huda: Baru saya teringat,saya ada kawan yang pernah membeli-belah di sana. Tempat membeli-belah di sana banyak. Contohnya:Mydin,Tesco Pantai Timur,The Store,Zon Ria dan banyak lagi. Jarak antara kedai pula dekat2.

Solehah : Owhh..bagaimana dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh?

Cik Miah : Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang menjual makanan ringan tempatan,buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan pakaian wanita. Tak rugi kamu pergi ke sana.


Solehah : Saya tiba2 teringat  pasal makanan..Kak Ina kan tahu pasal makanan kat sana,cuba jelaskan.

Tahirah&Huda : Owh..

Kak Salina : Makanan..semestinya pilihan ramai. Kamu mungkin tertawa mendengar nama kuih seperti Tahi Itik,Kuih Kartun,Badak Berendam,Abang Balik Gelisah,Che Abang Guling,Lompat Tikam,Lidah Buaya dan sebagainya.

Solehah : Wah,kelakarnya!hehehe..

Cik Miah : Memang ia kelakar,tapi ia mengenyangkan perut!



Salina : Bukan tu saja..kamu juga boleh menikmati Nasi Kerabu,Nasi Dagang, Nasi Berlauk dan banyak lagi.

Solehah,Huda&Tahirah : Owh..

Tahirah : Saya belum merasai lagi Nasi Dagang..

Huda : Kamu rasailah ia di Switzealand nanti!hehe..

Tahirah : Tak kelakarlah..

Solehah : Tak sabar rasanya nak pergi sana..huhu.

Cik Miah : Ada banyak lagi sebenarnya..salah satunya Gunung Stong,Dabong yang popular dengan aktiviti mendaki atau aktiviti lasak.Secara ringkasnya,ia terkenal dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter. Kamu akan menikmati udara segar dan air terjun yang sejuk  dan bersih di sana.

Solehah : Kalau begitu saya tetap dengan keputusan nak pergi bercuti di negeri Kelantan.

Salina : Nanti dulu,Kak Ina ingat..apa kata kita pergi sama2,setuju tak?

Huda&Solehah : Saya setuju dengan cadangan kamu!

Huda&Solehah : Huh!

Tahirah : Maafkan saya Kak Ina, saya teringin juga nak ke sana tapi saya perlu mengikut kakak saya ke Switzealand. Mungkin lain kali saya memilih Kelantan sebagai tempat percutian saya seterusnya.

Salina : Oh takpe..bagaimana dengan Cik Miah pula?

Cik Miah : Maafkan saya..saya juga tak boleh ikut kamu!Saya perlu ke Thailand kerana ada urusan di sana.Lagipun,saya dah banyak kali pergi ke Kelantan.

Solehah: Baiklah!Saya faham. Terima kasih atas penjelasan Cik Miah tadi.

 Salina: Ye..saya pun sama!Terima kasih.

Cik Miah : Sama2. Kalau begitu,saya pergi dulu.

Semua : Ok.

CUT!!!!!!Heheheheheheehee..



No comments: