Thursday 21 April 2011

Tajdid Nafsi

Ya Allah, aku hanya mahu jadi orang yang baik, melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat..jika aku tak mampu, janganlah kiranya aku melakukan kejahatan..atau kejahatan dalam kebaikan..biarlah aku diam andainya aku belum bersedia. Kini aku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah untuk selamanya. Aku harap aku akan kuat dan aku mohon sangat2 biar aku kuat untuk melakukan kebaikan...dengan itu aku berusaha dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Engkau teman yang setia ya Allah. Redhailah daku. Dari Bingkisan Kenangan;aku rindukan teman untuk berjuang, sahabat untuk berjihad, kawan senda dan tawa, sodiq untuk sama beribadat, rakan untuk sama2 bermuhasabah, yang sama2 menuntut ilmu Allah, sama2 bekerja untuk ISLAM, sama2 berkorban demi Allah, dan sama2 saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran..semata2 kerana Allah.

No comments: