Selesai membaca ayat al-Quran dari surah al-Baqarah, dari ayat 6
hingga 10. Fiqriah menerangkan maksud ayat-ayat tersebut secara ringkas kepada
ahli-ahli usrahnya. Kali ini giliran Fiqriah mengetuai usrah. Selain
memperkenalkan Jannah dan Nadzirah sebagai ahli usrah baru. Fiqriah memberi
sesuatu berupa sampul surat kepada setiap ahli usrah. Usrah ini terbuka kepada
sesiapa yang ada kekosongan masa pada hujung minggu.
“Sesiapa yang tidak dapat memperhatikan dan memahami
ayat-ayat Al- Quran yang mereka dengar dan tidak dapat mengambil pelajaran dari
tanda-tanda kebesaran Allah yang mereka lihat di cakerawala, di permukaan bumi
dan pada diri mereka sendiri. Mereka itulah yang akan mendapat azab seksa
daripada Allah. Semoga kita bukan dari kalangan mereka yang menerima azab
tersebut,” terang Fiqriah sambil memerhati ahli-ahli usrah.
“Amen ya Rabbana
alameen”. Semua ahli bersuara.
“Kak Fiqriah, saya
ada soalan dari maksud ayat yang ke-10.. “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya;
dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta”. Apakah penyakit yang
dimaksudkan di sini?” Jannah bertanyakan soalan.
“Soalan yang bagus sekali, Jannah. Dalam
ayat tersebut, maksud penyakit yang dinyatakan adalah keyakinan mereka terhadap kebenaran Nabi
Muhammad s.a.w. adalah lemah. Kelemahan
keyakinan itu, menimbulkan kedengkian, iri hati dan dendam terhadap Nabi
s.a.w., agama dan orang-orang Islam. Mereka ini adalah golongan kafir yang
memusuhi Islam”. Bersungguh-sungguh Fiqriah menjawab soalan Jannah sambil
melihat ke arah ahli yang lain.
“Baiklah, saya faham sekarang. Sehingga hari ini, musuh-musuh Islam
masih lagi berusaha untuk menghapuskan Islam dan penganutnya. Mereka ini
mempunyai penyakit yang teruk sekali. Moga umat Islam sedar akan hal ini”.
Hannah menambah.
“Justeru itu, menjadi tugas kita untuk
menyeru dan menyebarkan dakwah Islam kepada orang ramai agar tidak terpedaya
dengan muslihat mereka”. tiba giliran Hidayah.
“Bagaimana pula dengan golongan Islam
yang memerangi Islam?” tanya Nadzirah.
“Perhatikan ayat 8 dari surah al-Baqarah,
maksud ayat; di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami
beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya
bukan orang-orang yang beriman..” Fiqriah menjawab pertanyaan Nadzirah.
“Oh..mereka sebenarnya golongan yang
munafik” Hidayah menambah.
“Betul tu..alhamdulillah, semua faham
dengan maksud ayat-ayat yang baru kita baca tadi. Ada soalan lagi?”
Semua orang mengeleng.
“Secara ringkasnya, itulah muqaddimah
usrah kita pada kali ini. Sama-samalah kita mengambil pengajarannya.
Sesungguhnya, beruntunglah mereka yang benar-benar beramal dengan kalamuLLAH yang mulia ini.
Baiklah, untuk meneruskan pengisian berikutnya, saya harap semua telah pun bersedia
dengan pengisian masing-masing”. Jelas Fiqriah sambil memberi senyum kepada
setiap ahli.”
“Insya’Allah Fiqriah..kami semua sentiasa
bersedia. [Ahli-ahli yang lain menggangguk setuju]. Apa topik usrah kita kali
ni?” tiba giliran Salimah bersuara
setelah lama membisu.
“Buka sampul surat yang saya bagi tadi
dan baca isi di dalamnya sekarang. Itulah topik usrah kita..” Jelas Fiqriah
sambil memerhati reaksi setiap ahli usrahnya.
Masing-masing kusyuk membaca isi surat :
PETUA SENANG HATI
= Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH.
=Latih hati sentiasa ingat, ALLAH memberi sentiasa pahala kepada
kita setiap kali kita diumpat.
=Latih hati sentiasa bergantung dengan ALLAH dan tidak mengharapkan
manusia.
= Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH.
=Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa
memohon ampun dari ALLAH.
“Alhamdulillah, menarik sungguh tajuk nie
kak!” Nadzirah memberi reaksi.
“Bagusnya kalau dapat istiqomah latih
hati dengan cara nie.” Hidayah menambah.
“Insya’Allah, jika kita ikhlas dan yakin
dengan Allah..setiap urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.” Salimah menambah lagi.
“Saya nak tahu dengan lebih jelas lagi,
boleh sahabat-sahabat sekalian menerangkan satu persatu mengenai petua senang
hati kepada saya?” Jannah membuka bicaranya.
“Sudah tentu Jannah. Kita akan
membicarakannya satu persatu agar semua dapat faham dengan lebih jelas lagi.
Bermula dengan bersangka baik dengan Allah. Kita wajib beriman
kepada Allah. Meletakkan sepenuhnya kepercayaan kita kepada-Nya. Apa-apa sahaja
yang datang daripada Allah hendaklah kita percaya bahawa itu semua untuk
kebaikan kita. Apabila kita ditimpa sesuatu musibah, hendaklah bersabar.
Apabila kita diberi nikmat pula, hendaklah bersyukur. Allah Maha Adil, dan
tidak akan membebankan sesuatu di luar kemampuan kita. Berpegang kuatlah kita
kepada-Nya. Maka jadilah hamba yang sentiasa bersangka baik dengan Allah
nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita.” Fiqriah mula menerangkan topik
yang dibincangkan.
“Sebagai contoh, apabila kita berdoa dan
doa itu masih belum termakbul, janganlah kita berputus asa untuk terus berdoa. Dalam
masa yang sama, janganlah pula menyalahkan sesuatu yang menimpa kepada takdir
dan ketentuan Allah. Teruslah berbaik sangka dengan Allah.” Fiqriah menambah
lagi. Semua mengangguk.
“Betul tu kak..kadang-kadang kita
mengeluh bila perkara buruk berlaku. Sepatutnya kita kawal emosi tu dengan
baik.” Jannah menyampuk. Fiqriah senyum dan menggangguk.
“Betul tu…yang kedua pula, siapa nak terangkan?” tanya Fiqriah.
“Boleh saya kongsi untuk yang kedua?” Hannah mencelah sambil
memandang ke arah semua.
“Silakan Hannah” ujar Fiqriah.
Selepas membaca basmalah Hannah berbicara.
“Baiklah sahabat semua, jika dihayati maksud ayat-ayat daripada Surah Al-Humazah (pengumpat), ia menerangkan kepada kita tentang ancaman Allah terhadap orang-orang yang
suka mencela orang lain, suka mengumpat dan mengaibkan orang lain. Golongan ini
akan diazab oleh Allah dengan pedih sekali. Sekiranya kita tidak berpuas hati
dengan seseorang, ataupun kita merasakan seseorang itu mempunyai sikap buruk,
janganlah kita menceritakan hal mengenainya kepada orang lain. Kesannya akan
merosakkan hubungan sesama kita malah akan memburukkan lagi situasi. Sebaiknya,
kita selesaikan dengan baik dan berhikmah.” jelas Hannah.
“Saya setuju..lagi pula, hal ini boleh
merosakkan hati.” Nadzirah mencelah.
“Bagaimana kita nak menghindari perkara
nie?” tanya Jannah.
“Firman Allah ta’ala dalam surah Qaaf
ayat 18 yang bermaksud, tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya
malaikat pengawas yang selalu hadir. Kita hendaklah yakin bahawa setiap
perbuatan kita dicatat oleh para malaikat yang ditugaskan oleh Allah. Kita
tidak boleh lari dari pengawasan Allah.” jelas Hannah. Semua ahli mengangguk.
“Macam mana kalau dah mengumpat, bila sedar kesalahan..malu pula
nak minta maaf? Tapi kita bertaubat tak nak buat lagi…” Salimah pula bertanya.
“Jangan takut dan malu untuk meminta maaf. Terpulang bagaimana
seseorang itu mahu menerima atau tak kemaafan kita, buatlah dengan niat yang
ikhlas. Insya’Allah, pasti semuanya
baik. Berdoalah pada Allah agar dilembutkan hatinya. Dalam masa yang sama,
terus meminta ampun daripada Allah. Semoga Allah mengampuni dan memperbaiki
diri kita. Baguslah kalau dah bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
yakinlah Dia sentiasa mendengarkan kita.” Salimah menggangguk faham dengan
penjelasan Fiqriah.
“Saya rasa apa yang akak jelaskan tadi sudah meliputi ke semua
topik yang kita sedang bincangkan sekarang. Betul tak?” Nadzirah bersuara.
“A’ah laa..” Jannah mengiakan. Ahli hanya tersenyum sambil
mengangguk.
Fiqriah sangat gembira dan bersyukur kerana
usrah pada hari itu berjalan dengan lancar. Semua ahli usrah memberi pengisian
yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama. Fiqriah teringat pada Mardhiah. Dia
mengirim mesej bertanya khabar….tup..tup..!
No comments:
Post a Comment